Selasa, 31 Oktober 2017
pengalaman mendebarkan sewaktu mengail diwaktu malam di sekitar Sungai Johor diEstet Nam Heng,Ulu tiram. ...........
JOHOR - pengalaman mendebarkan sewaktu mengail diwaktu malam diganggu sesuatu Sewaktu itu kami 4 orang dgn menggunakan 2bot fiber memancing di sekitar Sungai Johor diEstet Nam Heng,Ulu tiram.Malam itu bulan penuh diterangi dan cantik pemandangan persekitaranya,dimana kami memancing saling berhampiran.
Semasa sedang asyik menukar umpan Ruat Bakau dan ikan pula menyambar tak henti2 tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu suara yang teramat asing bagi kami…suara seolah2 “mengerang”seolah”menangis hiba”…ketika itu masing senyap terdiam,tiada suara sindir-menyindir kedengaran…Serta merta bulu tengkuk meremang berdiri,masing2 berbisik bertanyakan bunyi apakah gerangan? Serta merta keadaan menjadi senyap termasuk gertuan ikan juga,ketika sedang asyik bertanyakan soalan yg tak terjawab…tidak semena-mena bot fiber kami terolang-aling seperti ada alun ombak seolah2 ada bot melintas lalu.
Didalam kepala mula lah memikirkan yang bukan2…mana ada bot lintas,..Buaya ke?
tanpa diundang terdengar suara …”terisak-isak”menangis”mengeluh” dan akhir sekali “mengillai”…..sehingga membuatkan kami ‘gelabah’ketakutan
menyeramkan…akhirnya kami bergegas dan terlihat mahluk berbaju putih di tebing sungai lalu kami hidupkan engine bot lalu menarik sauh dan berpatah balik menuju kejeti kemudian terus balik membatalkan hasrat untuk memancing malam itu. Masing2 tertanya bunyi apakah itu?Benda apakah yang mengolang-olingkan bot fiber kami? Kejadian2 tadi menjadikan satu kemuskilan yang tak terjangkau oleh akal kami,Memang ramai yang menganggap ini tahyul tetapi bagi mereka yang pernah mengalami kejadian2 pelik seperti pengalaman saya tadi . Memang tidak disangkal, ada kehidupan lain iaitu alam mistik selain alam realiti ini….
Semoga cerita tersebut tidak mematahkan semangat pemancing2 untuk terus dengan hobi pancingan Cuma beringat atau berwaspada lebih menjadikan dunia pancingan hobi yang menarik
Isnin, 30 Oktober 2017
Jasin melaka :Misteri tengkorak di kebun getah di Kampung Solok Komong, Simpang Bekoh ........ ............................ .....
Jasin: Seorang bekas tentera dikejutkan dengan penemuan tengkorak manusia ketika sedang membersihkan kebun getah miliknya di Kampung Solok Komong, Simpang Bekoh di sini, 10.30 pagi semalam.
Lelaki berusia 42 tahun itu menemui tengkorak terbabit di bawah rimbunan daun dan ranting pokok ketika sedang menebas semak sebelum menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, pihaknya, termasuk unit forensik, bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama.
“Setakat ini, kami hanya menemui tengkorak, tiada tulang bahagian badan lain. Kami difahamkan, kebun getah itu tidak diusahakan dalam tempoh antara empat ke lima tahun.
“Berdasarkan keadaannya, kami percaya tengkorak itu sudah lama berada di dalam kebun getah berkenaan, tetapi tidak dapat pastikan anggaran tempoh sebenar dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya ditemui di lokasi
Ahad, 29 Oktober 2017
GUA MUSANG - Misteri Hutan Simpan Lebir, Aring 8, Gua Musang,MEMASUKI hari ke-21 Lau See, 69,hilang petunjuk bau busuk terbongkar tapi
MEMASUKI hari ke-20 hari ini, namun gerakan mencari dan menyelamat (SAR) warga emas yang hilang di Hutan Simpan Lebir, Aring 8, Gua Musang, masih belum menemui sebarang petunjuk.
Malah, petunjuk bau busuk ketika misi SAR, dua minggu lalu juga tidak membantu, memandangkan bau terbabit daripada bangkai babi hutan yang mati.
Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, pihaknya akan merujuk kes berkenaan kepada Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan untuk tindakan lanjut.
"Sejak laporan kehilangan mangsa iaitu Lau See, 69, yang berasal dari Negeri Sembilan diterima pada 9 Oktober lalu, gerakan SAR sudah digerakkan dan anggota bersama pelbagai agensi terbabit.
"Ini termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan masing-masing berdepan kesukaran berikutan bentuk muka bumi di situ.
Sejak operasi berlangsung, boleh dikatakan semua kawasan hutan sudah diperhalusi dan diteroka meskipun anggota berdepan risiko kerana kawasan berbukit dan licin.
ada yang menceritakan kawasan ini perkampungan mahluk ghaid
"Masih juga tiada petunjuk apa-apa dan cuaca juga menjadikan faktor yang menyukarkan pencarian," katanya ditemui, hari ini.
Mohd Taufik berkata, beliau akan bertemu dengan Hasanuddin, esok bagi membincangkan kes itu termasuk kemungkinan melanjutkan operasi ataupun ditangguhkan.
Lau See hilang di hutan itu pada 5.30 petang, 9 Oktober lalu selepas meninjau kawasan di hutan berkenaan bagi membuat sempadan.
Mangsa masuk ke kawasan hutan itu pada 2.30 petang bersama dua penduduk Orang Asli, Pandu Amat, 45, dan anak lelakinya, Azerin, 20.
Bagaimanapun, mangsa yang turut dikenali Akok, gagal keluar dari hutan itu manakala dua beranak Orang Asli menunggu di pacuan empat roda mangsa lebih sejam, sebelum membuat laporan kehilangan di Balai Polis Paloh.
KOTA BHARU - Misteri kehilangan barang akhirnya terbongkar terakam cctv 3 ekor hantu ..................... ........................
KOTA BHARU - Sepasang suami isteri menjadi saksi melihat sendiri rumah mereka diselongkar tiga penjenayah kemudian melarikan sebuah kereta jenis Suzuki Swift dan pelbagai barangan berharga di Kampung Becah, Tanjong Mas, di sini, Khamis lalu.
Lelaki berusia 43 tahun dan isterinya itu bagaimanapun, hanya mendiamkan diri sambil memerhatikan kejadian selama sejam tersebut.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, pasangan itu sedang tidur di bilik utama menyedari rumah mereka dimasuki perompak kerana terdengar bunyi bising.
"Mereka lihat tiga suspek masuk ke dalam rumah dengan memotong jeriji tingkap di ruang tamu dan pagar belakang rumah pada jam 4.45 pagi.
"Sebaik berjaya masuk, mereka menyelongkar rumah dan bilik anak-anak pasangan itu yang tidak berkunci. Akibat ketakutan suami isteri ini tidak keluar dan hanya memerhati melalui tingkap bilik mereka," katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, pasangan terbabit kemudiannya segera menghubungi polis kerana bimbang keselamatan anak yang sedang tidur di dalam bilik yang dimasuki perompak.
"Sejam kemudian ketiga-tiga suspek yang selesai menyelongkar ruang tamu dan bilik anak-anak mangsa dilihat keluar pada jam 5.40 pagi.
Lihat rumah diselongkar tiga penyamun
ADILA SHAHRINNI WAHID 29 OKTOBER 2017
Lihat rumah diselongkar tiga penyamun
Tiga lelaki mengumpil tingkat bahagian depan rumah mangsa.
A- A+ (Ubah saiz teks)
KOTA BHARU - Sepasang suami isteri menjadi saksi melihat sendiri rumah mereka diselongkar tiga penjenayah kemudian melarikan sebuah kereta jenis Suzuki Swift dan pelbagai barangan berharga di Kampung Becah, Tanjong Mas, di sini, Khamis lalu.
Lelaki berusia 43 tahun dan isterinya itu bagaimanapun, hanya mendiamkan diri sambil memerhatikan kejadian selama sejam tersebut.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, pasangan itu sedang tidur di bilik utama menyedari rumah mereka dimasuki perompak kerana terdengar bunyi bising.
"Mereka lihat tiga suspek masuk ke dalam rumah dengan memotong jeriji tingkap di ruang tamu dan pagar belakang rumah pada jam 4.45 pagi.
"Sebaik berjaya masuk, mereka menyelongkar rumah dan bilik anak-anak pasangan itu yang tidak berkunci. Akibat ketakutan suami isteri ini tidak keluar dan hanya memerhati melalui tingkap bilik mereka," katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, pasangan terbabit kemudiannya segera menghubungi polis kerana bimbang keselamatan anak yang sedang tidur di dalam bilik yang dimasuki perompak.
"Sejam kemudian ketiga-tiga suspek yang selesai menyelongkar ruang tamu dan bilik anak-anak mangsa dilihat keluar pada jam 5.40 pagi.
"Selepas keadaan selamat, mangsa keluar dari bilik dan mendapati kereta Suzuki Swift mangsa, sebuah telefon bimbit jenis Iphone 4 dan tabung duit syiling anaknya serta serangkai kunci rumah lesap dilarikan penjenayah," katanya.
Ismail berkata, rumah mangsa dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV), namun penelitian pihak polis ke atas rakaman itu hanya melihat kelibat dua lelaki dari jauh yang masuk melalui pagar kecil di tepi rumah mangsa.
"Kami sedang menjejaki suspek dan meminta kerjasama awam sekirannya tahu tentang ketiga-ketiga lelaki terbabit dan salurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah dan mencuri," katanya.
Rakaman CCTV berdurasi seminit 37 saat memaparkan gelagat tiga lelaki memecah masuk rumah berkenaan tular di laman sosial Facebook sejak malam kelmarin.
Sabtu, 28 Oktober 2017
IPOH -Misteri mayat di bawah pokok terbongkar.............. .............................................. .............................................. .............
LELAKI warga Indonesia ditemui mati terbaring bawah pokok dengan kesan jerut pada leher di tepi Jalan Medan Ipoh 1, Bandar Baru Medan, Ipoh, hari ini.
Mangsa, Ryan Erdiansyah, 20, ditemui orang awam, pada 8.15 pagi.
Timbalan Ketua Polis Ipoh, Superintendan Abdul Rani Alias, berkata polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan orang awam berhubung penemuan itu.
Katanya, pemeriksaan terhadap tubuh mangsa menemui kesan jerut pada leher.
“Turut ditemui pasport Indonesia dan RM39 tunai," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.
“Pemeriksaan awal doktor mengesahkan punca kematian adalah disebabkan kesan gantung diri berdasarkan luka di leher mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kbdul Rani berkata, semakan terhadap pasport berkenaan mendapati mangsa masuk ke negara ini menerusi Port Dickson, Negeri Sembilan.
Katanya, polis sedang mendapatkan rakaman menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan.
“Siasatan lanjut diteruskan. Sehingga ini, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut sementara menunggu proses bedah siasat selesai,"
Khamis, 26 Oktober 2017
misteri kehilangan 240 biri-biri dan lima kerbau hilang di Sungai Sebaling, Jempol, terbongkar..................................................................................
PEMILIK ladang ternakan kerugian hampir RM250,000 apabila 240 biri-biri dan lima kerbau miliknya hilang dipercayai dilarikan penjenayah di Sungai Sebaling, Jempol,
Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, pemilik berusia 36 tahun menyedari kejadian itu ketika menjalankan pemeriksaan di kandang haiwan terbabit pada 2.40 pagi.
“Hasil pemeriksaan mendapati 240 ekor biri-biri tiada dalam kandang. Seterusnya mangsa membuat pemeriksaan di kandang kerbau dan dapati lima ekor haiwan itu turut hilang.
“Mangsa melihat ada kesan tayar lori di sekitar kandang selain menemui alat suntik dipercayai digunakan suspek untuk melalikan kerbau,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Muhd Nur Hishamuddin berkata, sebelum kejadian hujan lebat dan mangsa menyedari tiga lori memasuki kawasan ladang tetapi menyangka kenderaan terbabit membawa anak pokok sawit.
Katanya, polis sudah menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan sedang giat mengesan suspek.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Balai Polis Ladang Geddes di talian 06-46112222 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di talian 06-4583449.
setiap bulan dapat Rm50 sapa nak join tak kena modal 1 sen pun
Pengenalan
Apa itu 8Share?
8Share adalah kelab ganjaran peribadi untuk pengguna media sosial yang suka mendapat barangan percuma, wang tambahan setiap bulan, dan menjadi yang pertama untuk memperkenalkan sesuatu yang baru.
Siapa boleh menyertai 8Share?
Sesiapa sahaja yang suka berkongsi perkara dan berita yang kool dengan rakan-rakan melalui laman web media sosial! 8Share kini berada di Malaysia, India, Philippines, dan Singapura.
klik create an account
Bagaimana saya mendapat ganjaran dengan 8Share?
Anda akan dibayar tunai dengan menyiarkan Special kami. Anda juga akan dibayar apabila anda mengajak kawan-kawan anda menyertai 8Share. Dapatkan Mata Sumbangan (BP) dengan menjadi ahli 8Share yang aktif. Kami juga akan mengadakan peraduan untuk anda memenangi pelbagai gajet dan hadiah. Ketahui lebih lanjut tentang ganjaran.
Apakah Lawatan Unik (U.V.)?
Lawatan Unik (U.V) untuk ahli 8Share di Malaysia, ialah klik pada pautan Special dari pelawat unik yang datang dari dalam Malaysia.
Bagaimana saya boleh terima wang yang saya perolehi dari 8Share?
Semua transaksi wang akan dibuat melalui pemindahan wang dalam talian, selepas permintaan transaksi cash out dibuat. melalui akaun bank
Adakah saya perlu membayar apa-apa untuk membuat akaun di 8Share?
Tidak, semuanya percuma.
Adakah saya perlukan apa-apa yang istimewa untuk menggunakan 8Share?
Jika anda mempunyai akaun sosial media seperti Google+, Twitter dan lain-lain dan anda juga suka berkongsi pelbagai cerita yang kool, anda boleh sertai kami. Sertai kami sekarang!
Bagaimana saya boleh menjadi sebahagian daripada 8Share?
"Sign up" untuk membuka akaun 8Share anda. Anda akan diminta untuk mengaktifkan akaun anda dimana, satu link pengaktifan akan dihantar melalui emel. Semak emel anda, klik pada link pengaktifan yang diterima dan anda akan dihantar ke halaman utama dan anda boleh terus menggunakan akaun 8Share!
Mengapa saya tidak menerima email pengaktifan saya?
Emel pengaktifan selalunya mengambil masa selama 5 minit untuk smpai ke akaun emel anda bergantung kepada keadaan trafik emel pada masa itu. Selain itu, emel pengaktfan itu juga mungkin masuk ke dalam ruang Spam atau Junk emel anda. Jika ia mengambil masa yang sangat lama untuk sampai ke akaun emel anda, sila maklumkan kepada kami melalui butang "Talk To Us" di bahagian bawah 8Share Dashboard anda supaya kami boleh membantu anda. Anda mestilah log in ke akaun anda untuk melihat Dashboard 8Share anda.
Bagaimana saya boleh mendapat wang daripada menyiarkan Special?
Anda akan diberi URL unik pautan link untuk setiap Special yang anda telah siarkan - link ini akan digunakan untuk menjejak semua lawatan unik (U.V.) anda. Anda akan diberi ganjaran untuk setiap lawatan unik yang diterima selagi kempen Special tersebut masih lagi berjalan dan ganjaran yang akan diberikan belum habis lagi digunakan, sehingga anda mencapai ganjaran maksima untuk Special tersebut.
Rabu, 25 Oktober 2017
KOTA BHARU - Gadis Wan Nur Fatihah Wan Hanafi,19, rasa syukur dan pasrah di atas bantuan pelbagai pihak akibat di ganggu api misteri selama puluhan tahun
KOTA BHARU - Gadis ‘api misteri’, Wan Nur Fatihah Wan Hanafi, 19, melahirkan rasa syukur di atas bantuan pelbagai pihak dalam usaha memulihkan semangat dirinya dan keluarga daripada terus-terusan menjadi mangsa cemuhan masyarakat.
“Setakat ini saya rasa lebih baik dan Alhamdulillah, bantuan dari pelbagai pihak telah meredakan gangguan yang berlaku dalam keluarga saya.
“Terima kasih kepada pihak yang membantu dan saya mengharapkan dapat membina kehidupan baru yang lebih baik dan setakat ini, kami tinggal di kediaman sementara yang dibuat untuk keluarga kami hasil bantuan orang ramai dan penduduk kampung,” katanya.
Wan Nur Fatihah ditemui selepas Pengasas Pusat Rawatan Islam Al-Qalam, Datuk Seri Baharuddin Abu mengadakan kunjungan di tapak kediaman keluarganya yang terbakar dalam kejadian pada 19 September lalu, yang memusnahkan dua kediaman di Kampung Bunga Emas, Penambang.
Sementara itu, Baharuddin berkata, kunjungan beliau ke kediaman terbabit adalah bagi membantu keluarga berkenaan yang dipercayai mengalami gangguan itu sejak sekian lama.
Menurut Baharuddin, pihaknya terpanggil untuk melihat sendiri keadaan kediaman keluarga berkenaan yang terbakar dan menemui keluarga itu.
“Melalui pengamatan yang dibuat, mereka diganggu saka yang mungkin diwarisi keluarga berkenaan. Kita cuba membantu dan insya-ALLAH kita harap gangguan terbabit tidak berulang.
“Bagi mengelakkan gangguan makhluk halus, apa yang penting adalah melaksanakan solat lima waktu dengan sebaik-baiknya di samping solat sunat termasuk solat taubat, tahajud, istikharah dan witir.
“Kita perlu kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya dengan amalan ayat-ayat ruqyah dan usah percaya kepada pawang dan bomoh, kerana ia hanya melemahkan rohani kita dan boleh memesongkan akidah seseorang,” katanya.
Kisah keluarga ini mendapat perhatian sejak 2010 selepas kemunculan ‘api misteri’ yang membakar barangan dalam kediaman keluarga itu dan menyebabkan keluarga itu hidup dalam keadaan resah dan ketakutan.
Pelbagai ikhtiar dan cara telah dilakukan untuk mengatasi gangguan itu termasuk perawatan Islam di samping solat hajat bagi memulihkan semangat keluarga berkenaan.
Nasib keluarga ini turut mendapat perhatian banyak pihak, antaranya pernah menerima kunjungan bekas Menteri Besar, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sabtu, 21 Oktober 2017
MELAKA - Sekali pandang macan rumah di alam bunian..
proof of global test market payment
dapat 10 USD = Rm 40.94sen withraw ke akaun bank.. tolak yuran perkhimatan paypal Rm 3
jumlah wang masuk ke akaun bank Rm 37.94 sen
Sabtu, 14 Oktober 2017
Khamis, 12 Oktober 2017
Rabu, 11 Oktober 2017
Kuala Lumpur: Datuk vida tidak puas hati dengan pihak Astro kerana tidak memberi dia peluang bercakap di pentas buat penat je pakai baju puteri raja
Kuala Lumpur: Jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman yang juga penaja utama Gegar Vaganza musim keempat menyelar pihak Astro di Instagram hanya kerana tidak memberi dia peluang bercakap di sidang media program realiti itu, semalam.
Usahawan yang mesra dengan panggilan Datuk Seri Vida itu memuat naik empat rakaman video berserta status meluahkan rasa kurang puas hati dan kecewa terhadap Astro di Instagram.
Vida dalam salah satu status video itu berkata, luahan itu bukan gimik dan berpendapat produksi sepatutnya membenarkan dia berucap kerana menaja program realiti terbabit yang didakwa bernilai jutaan ringgit.
Tak panggil saya cakap sepatah pun. Saya tak puas hati, penganjur lain yang saya taja pun bagi bercakap mengenai produk sendiri,” katanya.
Ketua Pusat Kajian Klinikal Perak Datuk Dr Amar Singh berkata, kejadian berpunca daripada kegagalan ibu bapa memantau pergerakan anak-anak terutama ketika bercuti.
Ketua Pusat Kajian Klinikal Perak Datuk Dr Amar Singh berkata, kejadian berpunca daripada kegagalan ibu bapa memantau pergerakan anak-anak terutama ketika bercuti.
Menurutnya, kebanyakan ibu bapa menyifatkan lokasi terbabit sebagai tempat bersantai dan kurang menitikberatkan aspek keselamatan.
"Mereka membiarkan anak bebas bermain air tanpa memberi pemantauan yang cukup dan ini boleh mendatangkan bahaya.
"Selain itu, kegagalan pihak hotel dan teman tema menyediakan pasukan penyelamat yang cukup turut dilihat menjadi punca kepada kejadian lemas ini," katanya yang ditemui pada Seminar Pencegahan Lemas di Kolej Perubatan Pulau Pinang, Georgetown, hari ini.
Turut hadir, Ahli Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA) Negara, Tan Sri Lee Lam Thye.
Sementara itu, Lee berkata, pihak berkuasa perlu membina pangkalan data lengkap yang mengandungi statistik kes lemas dan maklumat berkaitan supaya pendekatan secara menyeluruh dapat diperkenalkan untuk mengurangkan jumlah kes lemas.
Menurutnya, ketika ini, data mengenai kes lemas dikumpulkan pelbagai agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perangkaan dan Kementerian Kesihatan.
"Terdapat keperluan untuk menyediakan data lengkap dan saya minta semua agensi berkaitan untuk mencapai kata sepakat supaya satu protokol seragam dapat dibuat untuk pengumpulan data terperinci mengenai kes lemas.
"Pengumpulan data ini adalah langkah pertama dalam pencegahan lemas kerana ia membolehkan kita mengkaji punca dan bagaimana setiap kes lemas berlaku,”
Isnin, 9 Oktober 2017
JOHOR BAHRU - Polis tergoda oleh wanita yang mengoda ....................... ............................... ...............................
JOHOR BAHRU - Belum reda isu seorang pegawai dan enam anggota polis Johor yang didapati berhibur di sebuah pusat hiburan di Muar semalam, kini timbul pula satu lagi isu baharu membabitkan pasukan penguat kuasa itu.
Kali ini, seorang anggota polis dari unit ronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dilihat bermesraan dengan seorang gadis dipercayai pelacur dalam kejadian yang turut berlaku semalam di Segamat dekat sini.
Gambar kedua-dua mereka menjadi tular di laman sosial Facebook sejak petang tadi dengan kelihatan anggota polis tersebut memegang tangan gadis terbabit yang berada di dalam kereta rondanya.
Gadis itu pula dilihat berpakaian seksi dengan hanya memakai seluar jean pendek dan kemeja T hitam.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. yang dihubungi Bernama berkata, pihaknya maklum akan kejadian tersebut dan anggota itu telah dikeluarkan daripada tugas ronda serta-merta sementara menunggu siasatan dilakukan.
Rabu, 4 Oktober 2017
Misteri bangkai Makhluk gergasi bertaring ditemui di pantai Texas ...................................... ............................................ ...............................,,,,,,,,,,,
TEXAS - Misteri makhluk laut aneh bertaring dan jarang dilihat ditemui terdampar di pantai Texas selepas negeri itu dibadai taufan Harvey akhir bulan lalu akhirnya terjawab.
Preeti Desai yang membuat penemuan bangkai itu turut berkongsi gambar di Twitter 7 September meminta pengguna blog mikro membantunya mencari jawapan.
Persoalan itu dijawab ahli biologi dan pakar belut di Muzium Smithsonian, Dr Kenneth Tighe yang percaya itu spesies Aplatophis chauliodus atau belut bertaring yang turut digelar belut tusky. Ia biasanya ditemui di perairan pada kedalaman 30 dan 90 meter di bahagian barat lautan Atlantik.
Selasa, 3 Oktober 2017
BALING - misteri belum terbongkar Sebuah kapal dagang zaman lampau dipercayai tertanam di sebuah kebun getah di Kampung Asam Jawa...................
BALING - Sebuah kapal dagang zaman lampau dipercayai tertanam di sebuah kebun getah di Kampung Asam Jawa, di sini.
Seorang penduduk, Abdul Ghani Yaacob, 76, berkata, kawasan itu satu masa dahuku adalah antara laluan Sungai Pegang sebelum tertimbus kerana aktiviti pembalakan.
"Ikut cerita orang -orang lama, kapal tu karam kerana terlanggar sebuah batu. Kali terakhir orang kampung nampak batu dalam tahun 60an, sekarang dah jadi kebun getah.
"Hanya kawasan itu jadi kebun getah. Laluan lain masih lagi sungai sampai hari ni, tapi dah semakin kecil dan cetek.
"Sekitar tahun 70an Sungai Pegang masih dalam dan luas," katanya.
Menurutnya, lokasi kapal itu dikenali sebagai Lahar Jong dalam kalangan penduduk terdahulu.
Menurutnya, jarak kawasan berkenaan dengan jalan utama Asam Jawa-Baling, hampir satu kilometer.
"Nama Lahar Jong ada kaitan dengan kapal itu tapi tak tahu juga kenapa dipanggil Jong.
"Nama kampung ini pun sebenarnya bukan Asam Jawa tapi Kampung Pegang. Nama Asam Jawa diletak pada tahun 60an," katanya.
Abdul Ghani berkata kawasan tersebut kini sudah dibangunkan penduduk menjadi dusun buah-buahan.
Menurutnya, kisah kapal itu disampaikan secara turun temurun daripada generasi awal kampungnya.
"Ini bukan kisah dongeng, tapi ia adalah sejarah yang pernah berlaku. Sebelum 1930an dah ada cerita ni.
"Saya alu-alukan mana-mana pihak buat kajian. Cukup sayang jika sejarah-sejarah lama dibiarkan macam tu saja," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) Datuk Dr Wan Shamsuddin Mohd Yusuf berkata aktiviti perdagangan di Baling wujud pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah yang memerintah pada 1854 hingga 22 Jun 1879.
"Pada zaman baginda laluan sungai di daerah Baling dijadikan laluan perdagangan.
"Ketika itu seorang usahawan Cina bernama Chiong Kian diberi kebenaran memungut hasil-hasil yang datang dari Pattani melalui Baling.
"Antara hasil-hasil yang dibawa masuk ialah biji timah," katanya.
Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan laluan sungai di Baling dijadikan kawasan perdagangan lebih awal dari zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah.
Katanya, pada zaman Kapten Francis Light, pelabuhan mula dibina di Pulau Pinang dan berkemungkinan ada kayu balak dari Baling dibawa ke sana.
"Sebelum ini kita ada menemui sebuah perahu besar di Sungai Kuala Ketil pada awal tahun 2000.
"PSMCK bersedia melakukan kajian terhadap kawasan yang dikatakan mempunyai kapal berkenaan,
KOTA BHARU - misteri kehilangan Seorang warga emas terbongkar di sungai Tok Sadang, Pengkalan Chepa di sini pagi tadi. ........................
KOTA BHARU - Seorang warga emas yang mengalami penyakit nyanyuk ditemui dalam keadaan separuh bogel di sungai Tok Sadang, Pengkalan Chepa di sini pagi tadi.
Mangsa yang keluar dari rumahnya seorang diri sejak 1 tengahari semalam tidak pulang ke rumahnya di Kampung Pantai Cahaya Bulan sejak semalam.
Ekoran itu, anaknya Hasnah Awang, 37, membuat laporan polis di Balai Polis Badang pasa jam 8 malam kelmarin.
Menurut Hasnah, ibunya ditemui oleh penduduk kampung kira-kira jam 9. 15 pagi tadi dan turut mendapat bantuan balai bomba dan penyelamat.
"Memang ibu sering keluar rumah di kawasan sekitar dan akan pulang ke rumah semula sama ada dihantar penduduk kampung atau pulang sendiri.
"Namun semalam dia tidak pulang dan saya risau dengan keadaan ibu dan terus membuat laporan polis, "katanya.
Halimah berkata, mujurlah ibunya ditemui penduduk kampung dan dia bersyukur ibunya selamat.
Sementara itu Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Ridzuan Baharudin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.30 malam.
"Kami terus ke lokasi di Kampung Lubuk Jambu selepas menerima laporan dari penduduk kampung yang ada terlihat warga emas itu berada di kawasan terbabit.
"Namun semalam kami gagal menemui mangsa sehinggalah pada pagi ini penduduk kampung menjumpai warga emas itu dalam separuh bogel dan luka di kedua belah kaki di Sungai Kampung Tok Sadang.
Ridzuan berjaya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dengan van unit paramedik EMRS untuk rawatan lanjut.
Ahad, 1 Oktober 2017
KUANTAN - Misteri gunung brinchang Dua pelancong dari United Kingdom tidak menemui jalan keluar selama 5 jam............................... ......
KUANTAN - Dua pelancong dari United Kingdom berdepan saat getir apabila sesat selama lima jam semasa mendaki Gunung Brinchang Barat, Cameron Highlands dekat sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Muhammad Haziq Hazmi berkata, Hannah Vatani, 33, dan Hollie Drever, 32, ditemukan pada 8.20 malam oleh anggota polis yang menyertai operasi pencarian.
"Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.20 petang memberitahu dua pelancong sesat di Brinchang Barat berhampiran kawasan sungai. Pasukan mencari telah mencari sehingga ke hujung sungai namun tidak menemui mangsa.
"Sehubungan itu, satu pasukan dibentuk pada pukul 6.20 petang untuk menjalankan operasi pencarian dari atas Gunung Brinchang hingga ke kaki gunung sebelum menerima berita penemuan mangsa," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Muhammad Haziq berkata, kedua-dua mangsa itu dijumpai di laluan masuk ke Gunung Brinchang dan berada dalam keadaan selamat
Langgan:
Ulasan (Atom)



























