Sabtu, 28 Oktober 2017

IPOH -Misteri mayat di bawah pokok terbongkar.............. .............................................. .............................................. .............


LELAKI warga Indonesia ditemui mati terbaring bawah pokok dengan kesan jerut pada leher di tepi Jalan Medan Ipoh 1, Bandar Baru Medan, Ipoh, hari ini.

Mangsa, Ryan Erdiansyah, 20, ditemui orang awam, pada 8.15 pagi.
Timbalan Ketua Polis Ipoh, Superintendan Abdul Rani Alias, berkata polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan orang awam berhubung penemuan itu.

Katanya, pemeriksaan terhadap tubuh mangsa menemui kesan jerut pada leher.

“Turut ditemui pasport Indonesia dan RM39 tunai," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

“Pemeriksaan awal doktor mengesahkan punca kematian adalah disebabkan kesan gantung diri berdasarkan luka di leher mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kbdul Rani berkata, semakan terhadap pasport berkenaan mendapati mangsa masuk ke negara ini menerusi Port Dickson, Negeri Sembilan.

Katanya, polis sedang mendapatkan rakaman menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan.

“Siasatan lanjut diteruskan. Sehingga ini, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut sementara menunggu proses bedah siasat selesai,"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan