Isnin, 30 Oktober 2017
Jasin melaka :Misteri tengkorak di kebun getah di Kampung Solok Komong, Simpang Bekoh ........ ............................ .....
Jasin: Seorang bekas tentera dikejutkan dengan penemuan tengkorak manusia ketika sedang membersihkan kebun getah miliknya di Kampung Solok Komong, Simpang Bekoh di sini, 10.30 pagi semalam.
Lelaki berusia 42 tahun itu menemui tengkorak terbabit di bawah rimbunan daun dan ranting pokok ketika sedang menebas semak sebelum menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, pihaknya, termasuk unit forensik, bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama.
“Setakat ini, kami hanya menemui tengkorak, tiada tulang bahagian badan lain. Kami difahamkan, kebun getah itu tidak diusahakan dalam tempoh antara empat ke lima tahun.
“Berdasarkan keadaannya, kami percaya tengkorak itu sudah lama berada di dalam kebun getah berkenaan, tetapi tidak dapat pastikan anggaran tempoh sebenar dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya ditemui di lokasi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan