Selasa, 3 Oktober 2017

KOTA BHARU - misteri kehilangan Seorang warga emas terbongkar di sungai Tok Sadang, Pengkalan Chepa di sini pagi tadi. ........................


KOTA BHARU - Seorang warga emas yang mengalami penyakit nyanyuk ditemui dalam keadaan separuh bogel di sungai Tok Sadang, Pengkalan Chepa di sini pagi tadi.

Mangsa yang keluar dari rumahnya seorang diri sejak 1 tengahari semalam tidak pulang ke rumahnya di Kampung Pantai Cahaya Bulan sejak semalam.

Ekoran itu,  anaknya Hasnah Awang, 37, membuat laporan polis di Balai Polis Badang pasa jam 8 malam kelmarin.
Menurut Hasnah, ibunya ditemui oleh penduduk kampung kira-kira jam 9. 15 pagi tadi dan turut mendapat bantuan balai bomba dan penyelamat.

"Memang ibu sering keluar rumah di kawasan sekitar dan akan pulang ke rumah semula sama ada dihantar penduduk kampung atau pulang sendiri.

"Namun semalam dia tidak pulang dan saya risau dengan keadaan ibu dan terus membuat laporan polis, "katanya.

Halimah berkata, mujurlah ibunya ditemui penduduk kampung dan dia bersyukur ibunya selamat.

Sementara itu Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Ridzuan Baharudin berkata,  pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.30 malam.

"Kami terus ke lokasi di Kampung Lubuk Jambu selepas menerima laporan dari penduduk kampung yang ada terlihat warga emas itu berada di kawasan terbabit.

"Namun semalam kami gagal menemui mangsa sehinggalah pada pagi ini penduduk kampung menjumpai warga emas itu dalam separuh bogel dan luka di kedua belah kaki di Sungai Kampung Tok Sadang.

Ridzuan berjaya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dengan van unit paramedik EMRS untuk rawatan lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan