Ahad, 1 Oktober 2017

KUANTAN - Misteri gunung brinchang Dua pelancong dari United Kingdom tidak menemui jalan keluar selama 5 jam............................... ......




KUANTAN - Dua pelancong dari United Kingdom berdepan saat getir apabila sesat selama lima jam semasa mendaki Gunung Brinchang Barat, Cameron Highlands dekat sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Muhammad Haziq Hazmi berkata, Hannah Vatani, 33, dan Hollie Drever, 32, ditemukan pada 8.20 malam oleh anggota polis yang menyertai operasi pencarian.

"Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.20 petang memberitahu dua pelancong sesat di Brinchang Barat berhampiran kawasan sungai. Pasukan mencari telah mencari sehingga ke hujung sungai namun tidak menemui mangsa.

"Sehubungan itu, satu pasukan dibentuk pada pukul 6.20 petang untuk menjalankan operasi pencarian dari atas Gunung Brinchang hingga ke kaki gunung sebelum menerima berita penemuan mangsa," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Muhammad Haziq berkata, kedua-dua mangsa itu dijumpai di laluan masuk ke Gunung Brinchang dan berada dalam keadaan selamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan