Rabu, 4 Oktober 2017

Misteri bangkai Makhluk gergasi bertaring ditemui di pantai Texas ...................................... ............................................ ...............................,,,,,,,,,,,



TEXAS - Misteri makhluk laut aneh bertaring dan jarang dilihat ditemui terdampar di pantai Texas selepas negeri itu dibadai taufan Harvey akhir bulan lalu akhirnya terjawab.

Preeti Desai yang membuat penemuan bangkai itu turut berkongsi gambar  di Twitter 7 September meminta pengguna blog mikro membantunya mencari jawapan.

Persoalan itu dijawab ahli biologi dan pakar belut di Muzium Smithsonian, Dr Kenneth Tighe yang percaya  itu spesies Aplatophis chauliodus atau belut bertaring   yang turut digelar belut tusky. Ia biasanya ditemui di perairan pada kedalaman 30 dan 90 meter di bahagian barat lautan Atlantik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan