Jumaat, 31 Mac 2017

Misteri kubur tempayan berusia lebih 200 tahun sehingga kini masih menjadi tanda tanya kepada penduduk.kg .......................................................













   
   
HULU TERENGGANU - Kewujudan sebuah kubur sepanjang empat meter dipercayai berusia lebih 200 tahun di kawasan tanah perkuburan lama berhampiran Sungai Terengganu, dekat Kampung Tapu, di sini, sehingga kini masih menjadi tanda tanya kepada penduduk.

Malah, kerana saiznya yang panjang ia dikenali sebagai Kubur Tok Panjang, namun yang menjadi perhatian, terdapat sebiji tempayan berada di tepi kubur berkenaan.

Difahamkan, kubur terbabit didakwa milik seorang pedagang yang datang berniaga ketika era kegemilangan Kuala Berang sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan utama suatu masa dahulu.

Bekas Ketua Kampung Tapu, Ahmad Salleh, 79, berkata, identiti sebenar pemilik kubur panjang itu tidak diketahui dan kerana saiznya yang panjang menyebabkan ada segelintir individu menjadikannya tempat memohon hajat.

“Dulu, ada orang minta nombor ekor dan macam-macam hajat di Kubur Tok Panjang ini. Ada juga datang ambil air daripada tempayan di tepi kubur ini untuk buat minum kerana dikatakan dapat ubati sakit tertentu seperti sakit kepala. Sejauh mana kebenarannya, saya tidak pasti.

"Malah, cerita di sebalik kewujudan tempayan di tepi kubur ini juga saya tidak tahu walaupun ada yang mengatakan ia diletakkan individu yang datang memohon hajat," katanya.

Bagaimanapun Ahmad berkata, perbuatan khurafat itu tidak lagi berlaku sejak lebih 20 tahun lalu kerana tanah perkuburan berkenaan sering dibersihkan, selain terdapat rumah penduduk dibina di kawasan berhampiran.

Pengerusi JKKK Tapu, Mat Bidin Abdullah berkata, sekitar 10 tahun lalu pihak berkaitan iaitu Muzium Negeri pernah datang melihat kubur berkenaan, namun beliau tidak pasti perkembangan daripada hasil lawatan tersebut sama ada kubur terbabit mempunyai nilai sejarah ataupun tidak.

“Walaupun pernah dengar cerita pelik mengenai Kubur Tok Panjang ini, tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya. Cuma hanya sekali berlaku depan mata dan mungkin ia kebetulan sahaja," katanya.

Bercerita lanjut, Mat Bidin berkata, kejadian berlaku sekitar 1990-an ketika selesai menguruskan pengebumian seorang saudara apabila sebuah kereta milik saudara yang lain gagal dihidupkan walaupun hampir 15 minit mencuba.

“Sebelum itu saudara saya itu bergurau mahu mengambil tempayan di Kubur Tok Panjang. Selepas teringat gurauannya itu, dia pergi semula ke Kubur Tok Panjang dan beritahu tidak jadi berbuat demikian dan apabila kembali ke keretanya, terus enjin dapat dihidupkan,”

BACHOK - Misteri penunggu pantai bachok kembali mencari mangsa ke dua pada 31 march tahun 2017 mayat Nurul Shuhada sudah di temui















    BACHOK - Seorang bapa mati lemas ketika cuba menyelamatkan tiga anak serta seorang anak saudaranya yang lemas di Pantai Kemayang 

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, ketika kejadian, tiga beradik, Nur Shahira Mohd Shamsure, 11; Nur Shafika, 9, Muhammad Adam Daniel, 6; serta sepupu mereka, Nurul Shuhada Wan Mohd Long, 7, mandi di pesisir Pantai Kemayang ketika berkelah bersama keluarga.

Namun, pada jam 5.27 petang empat bersaudara itu dikatakan lemas dihanyutkan ombak sebelum cuba diselamatkan bapa mereka, Mohd Shamsure Mat, 37.

“Mohd Shamsure berjaya menyelamatkan tiga anaknya Nur Shahira, Nur Shafika dan Muhammad Adam. Namun, dia selepas itu dia sendiri lemas dan gagal menyelamatkan anak saudaranya, Nurul Shuhada.


“Mangsa segera diselamatkan oleh orang ramai yang berada di situ namun dia didapati sudah meninggal dunia. Tiga anaknya selamat dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Mayat mangsa dibawa ke hospital di Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya,” 

Nik Aminuddin berkata, sehingga jam 7 petang mayat Nurul Shuhada masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat dihentikan pada jam 7.30 malam.

Namun mereka membuka pusat operasi di tepi Pantai Kemayang untuk pemantauan melalui darat yang turut disertai pelbagai 
agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Bomba dan Penyelamat serta Maritim.

Khamis, 30 Mac 2017

KOTA BHARU - Misteri kehilangan Surita Asyikin Fauzi 27 selepas keluar dari rumah di Lorong Sepaat Kok Lanas tak dapat di kesan













KOTA BHARU – Seorang wanita 27 tahun dicari keluarga selepas keluar dari rumah di Lorong Sepaat Kok Lanas, di sini, dan tidak pulang sejak seminggu lalu.

Surita Asyikin Fauzi dikatakan kali terakhir keluar dari rumah pada jam 9 malam, 22 Mac lalu dan tidak memberitahu keluarga ke mana arah tujunya.

Bapa saudara, Mat Nawi Yaacob berkata, Surita keluar dengan sehelai sepinggang tanpa dokumen pengenalan diri atau wang tunai, namun membawa telefon bimbitnya bagaimanapun gagal dihubungi.

“Kali terakhir Surita dilihat memakai baju t berwarna putih dan seluar sukan berwarna hitam,” 

Katanya, mereka sekeluarga sudah puas berusaha mencari Surita dengan pelbagai cara sehingga pergi ke daerah-daerah lain termasuk Machang dan Tanah Merah.

“Surita seorang yang tidak bermasalah dan sebelum keluar dari rumah pun dia tidak menunjukkan apa-apa petanda pelik.

"Kami sangat bimbang akan keselamatannya dan meminta siapa-siapa yang terjumpa Surita terus menghubungi kami atau balai berdekatan.

“Laporan polis juga sudah dibuat sebaik 24 jam Surita hilang dan saya merayu dia pulang atau mana-mana orang yang ada terlihat gadis berkulit sawo matang ini boleh terus hubungi saya di talian 017- 909 7894,” ” 

Misteri terbongkar Kehilangan seorang petani kelapa sawit apabila jasadnya dijumpai di dalam perut seekor ular sawa.












SULAWESI BARAT - INDONESIA. Kehilangan seorang petani di sini menemui titik noktah apabila jasadnya dijumpai di dalam seekor ular sawa.

Memetik laporan BBC Indonesia, petani yang dikenali sebagai Akbar, 25, hilang sejak Ahad lalu di kawasan pekerjaannya ladang kelapa sawit di Kampung Salubiro, Karossa, Mamuju Tengah, Sulawesi Barat.

Penduduk kampung yang menyedari kehilangannya telah membuat laporan polis selepas tempoh 24 jam.


Hasil carian antara polis dan penduduk kampung, mereka menjumpai seekor ular sawa yang masih hidup di kawasan kelapa sawit namun tidak boleh bergerak.


Ular sawa sepanjang tujuh meter itu kelihatan lain dengan keadaan fizikalnya seperti menelan sesuatu yang besar.

Polis kemudian, bertindak membelah badan ular sawa berkenaan.

Selepas dibelah badan ular sawa berkenaan, polis mengesahkan, mayat yang dijumpai pada seekor ular sawa tersebut adalah petani yang hilang.

Namun, persoalannya, benarkan ular sawa boleh makan manusia?

Menurut pakar ular atau herpetologis dari Universiti Brawijaya, Nia Kurniawan, manusia bukanlah mangsa utama, namun ular sawa memilih mangsa yang sesuai untuk keperluan kalorinya.

"Kebiasaannya, ular sawa lebih memangsa babi hutan atau anjing hutan, iaitu lebih mudah ditemui daripada manusia.

“Jika ada manusia yang menjadi mangsanya, mungkin secara kebetulan dan saiz manusia itu kecil,” katanya.

Jelasnya, dengan apa yang berlaku kepada petani tersebut merupakan satu dalam berjuta dan juga saiz ular tersebut yang panjang dan lebar.

Dalam pada itu, kawasan ladang kelapa sawit tempat penemuan ular sawa itu sememangnya habitat bagi ular sawa.   

“Tetapi, inilah kes pertama mengenai ular sawa memakan manusia. Mungin aneh kerana tidak pernah berlaku perkara seumpama ini, tetapi ia menjadi peringatan kepada penduduk sekitar agar lebih berhati-hati,” katanya

Rabu, 29 Mac 2017

PASIR PUTEH - Misteri terbongkar kedatangan mahkluk halus bernama toyol di rumah Pak Ku Mat di Kampung Telosan, Pasir Puteh,










    PASIR PUTEH, KELANTAN:Menurut mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Pak Ku Mat dari Kampung Telosan, Pasir Puteh, Kelantan berkata, beliau sering kehilangan wang tunai dalam jumlah yang mencecah sehingga RM2,500. Kebanyakan wang ingin dibelanjakannya disimpan dalam dompet, sebahagiannya disimpan oleh isterinya didapati telah hilang. Beliau yang merupakan seorang peniaga runcit mengalami masalah untuk membayar harga barangan yang telah ditempah apabila wang tunai yang disediakan telah hilang secara "misteri".

Berikutan masalah sedemikian sering berlaku, beliau kemudiannya mendapatkan khidmat tiga orang bomoh berdekatan untuk tujuan menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Katanya, ketiga-tiga bomoh itu mengakui, masalah kehilangan wang tunainya secara misteri itu adalah gara-gara toyol dan menurut ketiga-tiga bomoh itu juga, terdapat seorang pembela toyol di kampung terbabit. Ketiga-tiga bomoh berkenaan juga cuba untuk membantunya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya tetapi tidak mampu berbuat demikian. Kehilangan wang semakin menjadi-jadi.
   Kebanyakan jumlah wang tunai yang hilang adalah dalam note RM50 di mana wang berkenaan dicuri sebanyak sekeping sehari. Menerima makluman berkenaan, . Setibanya bomoh di tempat kejadian, bomoh melakukan kaedah  wirid, jabat dan doa). dan dapat melihat toyol yang dimaksudkan sedang berdiri di tepi dinding kedai runcit miliknya di samping pembela toyol itu yang seolah-olah cuba menyerbu ketika bomoh sedang melakukan kaedah tersebut.Untuk menyelesaikan masalah toyol ini,hanya sekadar menghalaunya supaya mangsa tidak lagi diganggu.
                                                 kawasan rumah  Pak Ku Mat
  Selepas kaedah mengesan secara "rohani" untuk mengetahui tentang makhluk berkepala bulat, botak dan berbogel (toyol) itu dapat dikesan arah hadirnya ke rumah mangsa, bomoh kemudiannya melakukan kaedah melempar/menabur garam kasar yang dicampur dengan paku dan arang yang turut diisikan dengan wirid, jabat dan doa ke serata penjuru rumah sehingga ke atas bumbung rumah/kedai mangsa.
Selang dua minggu selepas itu, toyol yang dimaksudkan tidak lagi mengganggu beliau dan keluarganya.

Selasa, 28 Mac 2017

Walaupun sering dikeji, dihina dan diherdik segelintir jiran setiap hari berikutan rumah, berbau busuk, Khatijah Mohamad Yusuff 63 lumpuh dari paras pinggang ke bawah, tetap bersabar dan tabah meneruskan kehidupan










Georgetown: Walaupun sering dikeji, dihina dan diherdik segelintir jiran setiap hari berikutan rumahnya di Hilir Solok Sungai Pinang, di sini, berbau busuk, Khatijah Mohamad Yusuff, 63, tetap bersabar dan tabah meneruskan kehidupan selepas lumpuh dari paras pinggang ke bawah sejak dua tahun lalu.

Kini, dia tidak mampu bangun dan sekadar duduk di atas katil dan melakukan pelbagai kerja dari atas katil itu termasuk melipat pakaian serta memasak.

Jika mahu memasak, dia menarik dapur gas menggunakan tongkat dan meminta cucu berusia empat tahun, Nur Iman Umairah mengambil bahan untuk dimasak dengan menu ala kadar.

Malah, dia yang tinggal berdua bersama Nur Iman di rumah itu menyifatkan kanak-kanak itu bukan sekadar peneman, malah tempat dia bergantung harap.

“Saya lumpuh sejak dua tahun lalu dan tidak dapat bergerak, sebaliknya hanya mampu duduk di katil. Di katil inilah saya mandi, tidur, memasak, kencing serta buang air dan saya buat semua itu sendiri tanpa bantuan sesiapa.

“Sejak suami meninggal dunia Oktober tahun lalu, saya sudah hilang tempat untuk bergantung hidup, malah hilang sumber kewangan dan kini tinggal berdua bersama Nur Iman.

“Sebelum suami meninggal dunia, dia tempat saya dan Nur Iman bergantung hidup. Namun, selepas suami pergi, saya dan cucu pernah tidak makan beberapa hari berikutan tiada wang,” katanya yang menghidap penyakit tiga serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Khatijah mengakui mendapat bantuan RM350 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan wang itu digunakan untuk membayar bil elektrik dan air, manakala selebihnya untuk membeli barang dapur dengan bantuan jiran atau adiknya.

“Kadang-kadang barang dapur hanya bertahan beberapa hari saja. Selepas barang dapur habis, saya dan cucu makan apa yang ada termasuk sisa roti kering dan biskut disedekahkan orang yang datang menziarahi kami.

“Saya tidak tahu kepada siapa untuk meminta wang bagi membeli keperluan harian. Kami hanya menanti jika ada jiran baik hati dan orang ramai datang melawat kami memberi sedekah,” katanya.

Nasib Khatijah semakin teruk selepas dia dihina dan dikeji segelintir jiran tetangga berikutan tempat tidurnya itu berbau busuk dan hancing akibat tidak dicuci.

Beliau berkata, dia tidak dapat mencuci katilnya berikutan tidak dapat bangun akibat lumpuh, sebaliknya hanya mampu duduk saja di katil.

“Saya hanya mampu duduk dan membuat kerja rumah di atas katil ini. Saya tidak dapat bangun, hanya tangan saja dapat bergerak untuk melakukan kerja rumah manakala kaki saya lumpuh.

“Pergerakan saya terhad menyebabkan tidak dapat mencuci dan membasuh cadar sehingga ia berbau busuk. Bagaimanapun, saya tetap bersabar dan berharap jiran terbabit memahami keadaan hidup kami,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada Khatijah boleh ke rumahnya di Nombor 11F Hilir Solok Sungai Pinang, Georgetown berikutan tidak ada telefon serta akaun bank.

Isnin, 27 Mac 2017

kota bharu - 8 gambar Misteri manusia aneh lagenda yang wujub di dunia nyata di kelantan ....................................................................................









 
                                        di Jalan Doktor, Kota Bharu

       KOTA BHARU, KELANTAN:  HARI demi hari pusat bandar Kota Bharu dibanjiri golongan pesakit mental. Bukan muka lama, sebaliknya muka baru menonjol seorang demi seorang setiap beberapa hari sekali. Pihak berkuasa polis bukan tidak mempunyai kuasa untuk menangani masalah ini,
    



Jalan Maju. kota bharu



jalan Doktor. kota bharu

 Jalan Maju.kota bharu


kg laut tumpat


Ahad, 26 Mac 2017

TUMPAT - Misteri terbongkar kubur di dalam semak-samun di tengah sawah padi di Kampung Belukar, Tumpat ........................................................................






TUMPAT, KELANTAN:  TOK BALI MERAH bukanlah seorang nasionalisme tetapi merupakan seorang tokoh pendakwah yang paling disegani di Pattani, Siam malah hidup sezaman dengan Haji Mat Hassan bin Munas atau Tok Janggut, seorang Pahlawan Melayu yang dilahirkan di Kampung Saring, Pasir Puteh, Kelantan.

Tok Bali Merah adalah seorang yang alim dan pendakwah yang bermulut masin, kata-katanya mendapat keberkatan dan sering menjadi. Tok Bali Merah bukan sahaja turut melakukan tugas suci itu untuk menyebarkan Agama Islam dan menyatu padukan hubungan umat-umat Islam, dia juga turut dibantu oleh Tok Janggut. Oleh kerana Tok Bali Merah seorang yang alim, masyarakat kampung berkenaan pada waktu itu mengambil peluang itu untuk menimba ilmu dengan beliau, malah sebagai menghormati seorang guru yang alim dan sanggup datang dari jauh untuk menyampaikan ilmu, penduduk kampung itu turut membantu mendirikan pondoknya. Pembinaan pondok di situ bertujuan sebagai tempat ibadat dalam usaha menyebarkan syiar Islam kepada penduduk-penduduk di situ.

Bentuk fizikal dan ketinggian arwah Tok Bali Merah dianggarkan  mencecah 3 meter (8 kaki) dan bentuk fizikal tubuhnya agak tegap dan sasa, sebab itulah arwah mampu berjalan kaki dari jarak yang jauh apatah lagi terpaksa meredah hutan belukar dengan mudah. Wajahnya pula berwarna merah kuning dan terdapat bintik-bintik di sebahagian mukanya manakala di kepalanya sentiasa "bersemutar".

Kini, walaupun usianya telah lebih 100 tahun, namun Makam Tok Bali sebenarnya masih lagi wujud di Kampung Belukar, Tumpat dalam keadaan terbiar dalam semak-samun di sawah padi itu kerana sukar untuk dipindahkan ke tempat lain

Luluh hati seorang suami apabila melihat isterinya berada dalam bilik di sebuah hotel dalam keadaan mengaibkan bersama lelaki bukan beragama Islam.












      Kuala Terengganu: Luluh hati seorang suami apabila melihat isterinya berada dalam bilik di sebuah hotel dalam keadaan mengaibkan bersama lelaki bukan beragama Islam.

Kecurangan wanita berkenaan dikesan selepas pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memeriksa sebuah blok hotel di Kuala Nerus, dekat sini, 


Dalam serbuan jam 7.35 pagi, wanita berusia 27 tahun berkenaan mendakwa menjalin cinta dengan lelaki terbabit selepas dikatakan terhutang budi selepas teman lelakinya itu membantu dari segi kewangan untuk memajukan perniagaannya.

Pesuruhjaya JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada suami wanita berkenaan.

Menurutnya, suami wanita terbabit yang berusia 30-an dikatakan mengambil keputusan melakukan siasatan sendiri selepas curiga dengan perubahan sikap isterinya kerana sering mengamuk setiap kali dia tidak mengizinkan mereka berjumpa.

Sabtu, 25 Mac 2017

WAKAF BAHARU - Misteri Lembaga tanpa kepala sering mundar-mandir di laluan rumah Imam Surau, Ustaz Taib di kampung KAMPUNG KUBANG PALAS yang terletak dalam daerah Kota Kubang Labu















      WAKAF BAHARU, KELANTAN:  KAMPUNG KUBANG PALAS yang terletak dalam daerah Kota Kubang Labu, Wakaf Baharu, Kelantan adalah sebuah tempat yang agak panas, keras dan sering mengusik. Kampung ini pada masa dulu yang bersempadan dengan Kampung Padang Tok Ku dalam daerah yang sama adalah sebuah tempat persinggahan dan kawasan istana di zaman Kesultanan Raja Jembal. Akibat peperangan saudara di zaman lampau menyebabkan mayat yang bergelimpangan pada masa itu tidak diurus dengan sempurna sebagai penyebab beberapa kejadian jelmaan lembaga yang tidak berkepala sering mundar-mandir pada waktu malam, perempuan berjalan seorang diri di tengah malam, suara bayi misteri sedang menangis, jelmaan ular besar, lembaga sedang merempit dengan motosikalnya dan sebagainya sering dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang di laluan berkenaan.
                        Misteri suara bayi menangis sering didengari di sini.

Walaupun kejadian tersebut telah lama berlalu, namun makhluk halus tidak mengenal zaman kerana mereka akan muncul di mana-mana tempat. Di situ ada manusia, di situ jugalah tempatnya. Jika manusia mempunyai alam dan dunianya, maka makhluk halus mempunyai alam dan dunianya bahkan mereka sebenarnya berkongsi alam dengan manusia, hanya manusia tertentu yang dapat melihat jelmaan makhluk halus terbabit. Sejak peristiwa penemuan makhluk halus oleh beberapa penduduk kampung terbabit, menyebabkan keadaan pada waktu malam di kampung berkenaan menjadi lengang. Penduduk di kawasan terbabit tidak lagi betah untuk berjalan malam apatah lagi jika sampai waktu pagi kerana jelmaan makhluk halus sering muncul di waktu-waktu berkenaan di kampung tersebut.
                                                 Mohd. Kamal Bahrin 

Salah seorang mangsa yang sering kali melihat jelmaan makhluk halus di kawasan terbabit, Mohd. Kamal Bahrin bin Ibrahim, 48, berkata, jelmaan makhluk halus bukan sahaja berlaku di kawasan-kawasan berkenaan namun di rumahnya sendiri pernah beberapa kali berlaku kejadian yang menyeramkan bulu romanya setiap kali kejadian itu berlaku.  tempat kejadian memang berasa seram kerana pernah bertembung dengan makhluk yang dimaksudkan sebelum ini.
                                         rumah Mohd. Kamal Bahrin

Menurutnya,  rumahnya telah dimasuki seekor ular sawa batik yang agak besar berwarna hitam pekat. Beliau yang agak terkejut dengan bentuk fizikal ular tersebut yang agak luar biasa tidak dapat berbuat apa-apa tetapi sekadar membiarkan ular tersebut menyusur masuk kemudiannya keluar dari rumahnya lalu ghaib. Bahkan di kawasan belakang rumahnya, beberapa kali berlaku kejadian yang menakutkan tetapi beliau tidak melayaninya kerana setahunya hal terbabit sememangnya permainan makhluk halus. Apabila ditanya apakah tempat yang dimaksudkan di belakang rumahnya, beliau menjelaskan kawasan itu adalah perkampungan makhluk halus.
                               Jelmaan orang tua sering muncul di kawasan 
                               lorong masuk ke rumah Kamal.

"Banyak tempat di kawasan rumah saya ini menjadi laluan dan persinggahan makhluk halus. Contohnya, sebatang lorong sebelah kanan rumah ini, saya sering melihat seorang tua sedang berdiri betul-betul di tengah lorong.

"Bahkan, kadang-kadang makhluk halus itu melalui lorong terbabit terus menuju ke arah rumah ini lalu ghaib di hujungnya", jelasnya.

Tambahnya, beberapa penduduk kampung berkenaan sering mendengar suara misteri seperti bayi sedang menangis di sebatang lorong laluan penduduk kampung terbabit. Apabila dilihat, memang tidak kelihatan makhluk halus terbabit, namun tangisan bayi yang dimaksudkan semakin jelas apabila hari semakin larut.
 di hadapan kediaman rumah Ustaz Taib iaitu seorang imam sebuah surau di kampung berkenaan. Ramai penduduk yang melalui jalan utama di kampung berkenaan yang pernah terserempak dengan lembaga tanpa kepala yang sering mundar-mandir di kampung berkenaan.
                            Di sinilah lembaga tanpa kepala bertenggek yang
                            pernah ditegur oleh Ustaz Taib.

"Paling menyeramkan, Ustaz Taib sendiri pernah menegur lembaga tanpa kepala itu. Sangkanya manusia betul. Ustaz Taib kata, beliau bagaikan nak pengsan melihat lembaga tersebut", katanya.

Mohd. Kamal Bahrin juga memberitahu, sebatang lorong sempit di kampung terbabit sering menjadi tempat makhluk halus menjelma di kawasan terbabit. Tempat yang dimaksudkan ialah di bawah pohon rimbun di mana pohon berkenaan mempunyai beberapa kuntum bunga. Kejadian penduduk yang terserempak dengan lembaga yang sedang berdiri di tepi lorong itu bukan perkara baru sejak dulu tetapi turut dialami oleh beberapa penduduk di kampung terbabit. Lorong yang dimaksudkan itu kini menjadi lengang setiap kali malam menjelma kerana penduduk di kawasan itu bimbang bertembung dengan makhluk halus itu jika masih keluar malam lagi.
                              Lembaga orang tua sering berdiri di tepi lorong ini

sebatang lorong masuk ke arah pohon-pohon kelapa yang menyeramkan. Salah seorang mangsa, Ariffin Awang iaitu seorang jurutera JKR pernah diusik di kawasan itu.
             lorong masuk ke arah pohon-pohon kelapa yang menyeramkan.

 Kubur Ganja yang terdapat di Kampung Kubang Palas itu. Beberapa kejadian yang menakutkan pernah terjadi sebelum ini, apabila seorang suri rumah yang melalui kawasan berkenaan untuk mengambil anaknya di sekolah turut ditumpang oleh langsuir. Bahkan kejadian terbaru  apabila salah seorang mangsa yang baru pulang pada jam 12.00 malam tiba-tiba tekaknya berasa haus. Melihat ada penjaja air di tepi laluan itu pada waktu berkenaan, beliau memberhentikan kenderaannya lalu membeli sebungkus air batu. Tetapi dengan tiba-tiba, air tersebut berderai seperti air sawah yang kotor dan penjual terbabit juga terus ghaib.
                                 disini lah tempat mangsa membeli air batu

Malahan menurut Mohd. Kamal Bahrin bahawa, satu kejadian nahas ngeri pernah berlaku di sebatang selekoh masuk ke Kampung Kubang Palas itu. Dalam kejadian nahas itu, penunggang motosikal terbabit menemui ajalnya di tempat kejadian. Sejak itu, kejadian jelmaan makhluk yang menyerupai penunggang motosikal terbabit amat menakutkan.
Di belakang rumahnya adalah penempatan makhluk halus, di sinilah jelmaan ular sawa batik berwarna hitam menyusur masuk ke dalam rumahnya. didapati kepulan asap keluar di kawasan terbabit sebagai bukti wujudnya makhluk berkenaan.

Justeru, amat jelas makhluk halus boleh menjelma dalam pelbagai bentuk untuk tujuan mengusik dan mengganggu manusia. Bagi manusia yang pernah terserempak dan melihatnya pasti tidak akan berharap untuk melihatnya buat kali kedua. Jadi, kejadian gangguan semakin menjadi-jadi di Kampung Kubang Palas dan siapakah lagi mangsanya selepas ini?  

mangsa, Abdul Mu'min Che Noor, 23,berasal dari Pasir Mas mati lemas di lubuk sedalam kira kira 4 atau 5 meter .......................................................














        Permaisuri: Cuti hujung minggu lima sahabat di kawasan perkelahan Kerung, Pelong, di sini, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas.

Difahamkan, mangsa, Abdul Mu'min Che Noor, 23, penuntut tahun tiga Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke tempat perkelahan itu bersama empat rakannya, pada 5.10 petang, Sabtu.


Pengerusi JKK Kampung Pelong, Abdul Rahman Abu Bakar, berkata mangsa yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan, dikatakan ke kawasan yang terletak dalam kebun warisan Dusun Nukleus Pelong untuk berkelah dan mandi.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dikatakan mandi di kawasan lubuk yang kedalamannya mencecah kira-kira 4.5 meter.

"Bagaimanapun, mangsa yang tidak pandai berenang tiba-tiba meminta tolong. Dia kemudian diselamatkan seorang warga Bangladesh yang bekerja di kebun itu.

"Namun, mangsa apabila dibawa ke tebing dia didapati sudah meninggal dunia. Jasadnya kemudian dibawa ke Hospital Setiu," katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu, Asisten Superintendan Burhanuddin Mustafa ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.




Jumaat, 24 Mac 2017

BACHOK - Misteri penunggu pantai bachok kembali mencari mangsa Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika bermain di pesisir Pantai














   BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika bermain di pesisir Pantai Irama .

Amirudin Ismail dari Kampung Baruh Pial, Rantau Panjang datang ke Pantai Irama bersama jirannya kira-kira jam 10.30 pagi.

Jirannya Norzarini mokhtar, 32, berkata, dia datang bersama ibunya, Natrah Rosid, 50, suaminya, Mohd Fakhrurazi Mat Zin, 36, serta dua anak mereka, Muhammad Hamdan,10, dan Asma,7.

"Dia memang berkawan baik dengan anak saya. Pagi tadi dia ada datang dekat rumah saya sebab itu lah saya tanya dia nak ikut ke pantai ke tak.

"Dia dah minta izin ibunya dan ibunya juga berikan wang dan seluar persalinan untuk ke pantai.

"Dia turun jalan-jalan tepi air bersama anak saya, tetapi bila kami toleh ke belakang sekejap sahaja kami dah tengok dia hilang. Mungkin tertarik oleh arus. Kami sempat nampak dia terkapai-kapai dan kami segera minta tolong dengan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) yang bertugas di menara kawalan," 

Difahamkan, mangsa adalah anak bongsu daripada lapan beradik dan sudah kehilangan bapanya.

Mangsa seorang kelainan upaya bersekolah di kelas integrasi pendidikan khas, Sekolah Kebangsaan Baruh Pial

Khamis, 23 Mac 2017

PASIR MAS - Misteri jalan berhantu di sebatang selekoh tajam di Kampung Pohon Tanjung, Pasir Mas jelmaan seorang budak secara tiba tiba










     
    PASIR MAS, KELANTAN:  MAKHLUK halus bukan sahaja pandai menyakat dan mengusik golongan manusia yang lemah semangat. Makhluk halus juga tahu segalanya tentang kelemahan yang ada dalam diri manusia, sebab itulah golongan manusia terbabit sering menjadi mangsanya. Namun, di antara hal-hal lain ialah makhluk halus penyebab kepada kejadian nahas jalan raya, paling lazim mengalami cedera ringan, tetapi sering kedengaran akibat nahas itu menyebabkan mangsanya menempah maut.

Membicarakan tentang gangguan makhluk halus yang menyebabkan mangsa nahas ngeri sehingga membawa maut sering kali kita dengar. Sebagaimana kejadian yang sering berlaku di hadapan rumah Fauzi Awang Hamat, 50, atau dikenali Puji Pauh dari Kampung Pohon Tanjung, Pasir Mas, Kelantan adalah contoh jelas kejadian nahas ngeri yang dimaksudkan sehingga menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.  
                                                    Fauzi Awang Hamat,

“Kejadian misteri ini sering berlaku di antara bulan Jun dan Julai setiap tahun di sebatang selekoh tajam di Kampung Pohon Tanjung. Puncanya, apabila seorang budak lelaki misteri itu muncul, ketika itulah nahas berlaku”, 

Menurutnya, tidak pernah berlaku kejadian nahas melibatkan motosikal, namun kalau dengan kenderaan empat roda sering terjadi. Katanya, ini disebabkan apabila budak lelaki misteri itu muncul betul-betul di selekoh berkenaan, kenderaan yang melaluinya pastinya akan hilang kawalan kerana budak misteri itu akan melompat ke sana ke mari sehingga mengganggu laluan dan tumpuan pemandu kenderaan.

Katanya, ketinggian budak lelaki misteri itu kira-kira empat kaki sahaja. Beliau pernah mendengar dakwaan segelintir jiran-jirannya yang sakit hati menyatakan budak lelaki misteri itu adalah anaknya yang sering bermain-main di kawasan laluan tersebut.

Jelasnya, apabila tibanya bulan Jun dan Julai hujan akan turun di kawasan berkenaan. Keadaan itu menyebabkan air hujan bertakung di kawasan lopak selekoh maut itu. Ketika itulah budak lelaki misteri itu akan muncul. Kemunculannya secara tiba-tiba di kawasan yang tidak disangka-sangka itu pastinya menyebabkan pemandu-pemandu kenderaan yang akan menjadi mangsa hilang kawalan. Mereka bimbang akan terlanggar budak berkenaan, akhirnya kenderaan keluar dari kawasan laluan. Jika kenderaan lain yang turut melalui kawasan itu pastinya berlaku nahas berkenaan secara yang tidak diduga.

Fauzi menambah, salah seorang nahas yang diakibatkan oleh budak lelaki misteri ialah seorang guru bernama Cikgu Abdullah dari Kampung Senor. Mangsa berkenaan memberitahunya, beliau seolah-olah terganggu dengan kemunculan budak lelaki itu secara tiba-tiba yang didapati melompat ke kiri dan ke kanan laluan yang kadang-kadang menghala ke arah kenderaannya. Kejadian nahas yang berlaku jam 7.15 malam  mangsa mengalami kecacatan yang agak serius.

“Lazimnya, kejadian nahas seperti itu berlaku selang enam hari. Selepas itu, berlaku pula kejadian nahas yang berikutnya.

“Nahas seumpama itu bukan sahaja berlaku pada waktu menjelang malam, malah kerap juga berlaku di waktu awal pagi terutamanya jam 7.15 pagi”, ujar Fauzi lagi.

Beliau menambah, kejadian nahas berikutnya pada ketika masyarakat Islam sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri kedua. Mangsanya ialah dari Pasir Puteh melibatkan lapan nyawa terkorban di tempat kejadian.

Apabila ditanya tentang status budak misteri itu, beliau tidak mendapat memberikan jawapannya apakah jelmaan syaitan atau dari jin kelas mana. Beliau mendapat tahu hal budak lelaki misteri itu dibela oleh seorang yang berilmu, namun orang yang membelanya telah meninggal dunia. Disebabkan hal berkenaan menyebabkan budak lelaki misteri itu merayau ke sana ke mari kerana tiada tuan yang ingin menjaganya.

“Budak lelaki misteri itu bukan sahaja muncul secara tiba-tiba tetapi juga suka mengganggu penduduk-penduduk kampung.

“Ada beberapa mangsa dari kampung terbabit yang memaklumkan kepada saya, budak lelaki itu sering mencuri wayar paip yang digunakan untuk menyalurkan air di rumah salah seorang penduduk di situ”, katanya.

Katanya menambah, apabila budak lelaki misteri itu menunjukkan tangannya ke arah rumah penduduk di kampung terbabit sudah pasti keluarga yang ditunjukki oleh budak misteri itu akan menjadi mangsanya, setelah mangsa pulang ke rumah.

Misalnya, kejadian yang berlaku ke atas Cikgu Abdullah, mangsa mendakwa budak lelaki  misteri itu adalah anaknya yang suka bermain di waktu menjelang Maghrib. Beliau menafikan budak lelaki itu adalah anaknya. Disebabkan tuduhan melulu itu, beliau pernah memberitahu mangsa tunggulah masanya. Apabila tiba masanya, mangsa mendapat nahas sebagaimana yang ditunjukkan oleh budak misteri itu.

Akibat ditunjukkan oleh budak misteri itu menyebabkan kenderaan cikgu berkenaan bertembung dengan sebuah lagi kenderaan lain secara berhadapan di mana dikatakan pemilik kenderaan tersebut seorang wanita dari Kuala Krai yang sedang sarat mengandung, mangsa meninggal di tempat kejadian bersama bayi yang dikandungnya. Manakala mangsa lelaki (cikgu) berkenaan didapati berkeadaan tidak sempurna.

Justeru, jangan fikir makhluk halus hanya tahu mengusik atau menyakat mangsanya sahaja. Tetapi, makhluk halus memang tahu dan sentiasa mencari kelemahan manusia, pada ketika itulah kejadian yang tidak diduga berlaku sebagaimana kejadian nahas yang berlaku di sebatang selekoh tajam di Kampung Pohon Tanjung, Pasir Mas itu. Jadi, berhati-hatilah memandu ketika melintasi selekoh tajam kerana bukan sahaja kenderaan akan hilang kawalan akibat kelajuannya melebihi had, dibimbangi corak pemanduan berkenaan amat disukai golongan jin dan syaitan yang gemar melihat manusia dalam kesusahan dan merana.

KOTA BHARU - Misteri Bank Kerapu terletak di sebelah hilir Padang Merdeka Kota Bharu Kelantan menyimpan 1001 cerita menyeramkan dan mengerikan










                     kubu  yang di buat oleh askar jepun dan telaga tempat 
                                                 pancung kepala tahanan
                                                    
 KOTA BHARU -  Bank Kerapu adalah merupakan sebuah bangunan bersejarah yang terletak di sebelah hilir Padang Merdeka Kota Bharu Kelantan. Pada tahun 1912 bangunan ini siap dibina dan mula digunakan sebagai bank oleh The Mercatile Bank of India Ltd . Bangunan ini merupakan bank pertama yang dibuka di Kelantan. Bank Kerapu dibina di atas sebidang tanah milik seorang ketua tempatan yang bernama Nik Yusoff bin Nik Abdul Majid. Bangunan ini juga merupakan sebuah binaan bangunan pertama di Kelantan yang menggunakan batu. 

Masyarakat tempatan Kelantan lebih mengenali bangunan ini sebagai bangunan Bank Kerapu kerana sebahagian daripada permukaan bangunaan ini disimen dengan menggunakan batu-bata kecil yang menyebabkan permukaannya tidak rata dan menggerutu. Semasa Perang Dunia ke-II pasukan polis rahsia Jepun telah menggunakan bangunan ini sebagai ibu pejabat mereka. Bangunan ini juga dijadikan penjara tempat siasatan tempat penderaaan dan lain-lain aktiviti keganasan mereka.


 Apabila Jepun menyerah kalah dan Inggeris kembali memerintah negeri ini bangunan ini digunakan semula sebagai bank. Pada tahun 1977 nama bank tersebut bertukar kepada The Hong kong & Shanghai Banking Corporation dan pada 1981 bangunan ini dijadikan pula sebagai Balai Seni Lukis dan Kraftangan Kelantan. Mulai tahun 1992 bangunan ini digunakan sebagai Memorial Perang Dunia Ke II di Kelantan. Bermula pada tahun 1992 bangunan ini digunakan sebagai memorial peringatan Perang Dunia II yang mana pendaratan tentera bermula di Tanah Melayu. Bangunan ini memiliki dan mempamerkan lebih daripada 1 000 bahan pameran yang berkaitan dengan peperangan yang terdiri dari gambar-gambar artikel dan artifak. Pameran lain termasuk foto Sultan Ismail Petra sebagai Kolonel Kehormat Rejimen Artileri DiRaja Malaysia sejarah hubungan Kelantan-Thai sebelum kemerdekaan Tanah Melayu dan kehidupan rakyat Britisih di Kelantan sebelum dan selepas perang. Basikal yang pernah digunakan oleh tentera Jepun semasa memasuki bandar Kota Bharu juga dipamerkan di sini

Rabu, 22 Mac 2017

MACHANG - Misteri jelmaan wanita tua bertongkat terakam oleh cemera di lorong jalan Kampung Temangan Lama












     MACHANG, KELANTAN:  MAKHLUK halus ada di mana-mana sama ada dalam rumah, bangunan, masjid, hospital, pasar, sungai dan lautan, bukit-bukau dan gunung-ganang dan sebagainya, kerana mereka sebenarnya berkongsi alam dengan manusia. Cuma manusia tinggal di alam realiti yang dapat dilihat dengan mata zahir manusia, berbeza pula dengan makhluk halus yang hidup di alam ghaib. Berdasarkan kepada corak kehidupan, manusia gemar hidup secara berkumpulan di tempat yang mudah dan jelas dilihat, berbanding dengan makhluk halus yang gemarkan suasana sunyi dan jauh dari bunyi hiruk-pikuk suara bising

      Kampung Temangan Lama dekat sini yang merupakan desa  bebas dari sebarang gangguan lebih-lebih lagi yang melibatkan jelmaan makhluk ghaib itu. Kampung berkenaan yang sejak dulu dikelilingi bukit-bukau dan hutan belantara malah sering dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh tiba,   tetapi sejak hari itu jelmaan  dapat dilihat dengan jelas melalui kamera digital setiap kali menjelang malam.
 pukul 7.46 malam tersebut, tanpa disangka-sangka jelmaan lembaga seperti manusia entah dari kategori mana sama ada pontianak atau jin tiba-tiba muncul dalam suasana remang pada malam itu. Makhluk halus yang dimaksudkan itu dapat dirakam gambarnya di sebatang jalan dekat  kebun pisang . Jelmaan itu agak jelas jelmaan wanita tua berjalan mengunakan tongkat badan nya sedikit bongkok

Namun, tidak selesai setakat itu sahaja kerana sudah menjadi sifat makhluk halus apabila kali pertama dapat menyusuri di sesebuah kawasan sunyi yang menjadi kegemarannya, makhluk berkenaan akan bertandang pula untuk kali yang berikutnya. Jika tidak dibersihkan, tentunya kawasan berkenaan akan menjadi perkampungan mereka dan makhluk terbabit akan menghuni di tempat itu pula.
    jelmaan empat makhluk halus  membawa obor api kemudiannya ghaib di sebatang anak sungai 

KOTA BHARU - warga Pakistan dibelasah orang awam sebelum ditahan polis di Simpang Tiga Kedai Mulong,Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324










       KOTA BHARU - Padah mengganggu isteri orang dengan menunjukkan isyarat lucah, seorang lelaki warga Pakistan dibelasah orang awam sebelum ditahan polis dalam di Simpang Tiga Kedai Mulong,
     Mangsa berusia 32 tahun sebelum itu berhenti di sebuah Kedai Runcit 24 untuk membeli barangan.
Ketika sedang membuat bayaran, suspek yang bekerja sebagai penjaga kaunter menanyakan soalan lucah kepadanya dan menunjukkan isyarat lucah dengan jari kelingking Mangsa kemudian terus menaiki kereta dan memberitahu adiknya yang berusia 20-an sebelum adiknya itu turun dan memberi amaran kepada suspek supaya tidak mengganggu kakaknya, bagaimanapun suspek menafikannya serta berlaku pergelutan.
    Suspek kemudian dikatakan mengeluarkan kayu dan memukul adik wanita itu.

Selepas kejadian, adik mangsa sekali lagi datang ke kedai sama dan memberitahu suspek supaya tidak mengulangi perbuatan melakukan gangguan seksual terhadap mangsa serta orang kampung.

Kedatangan adik mangsa kali kedua itu menyebabkan suspek berang dan terus mengambil pisau dari bawa meja, namun sempat ditahan adik mangsa.

Orang awam yang melihat kejadian berlaku tersebut membantu adik mangsa dan membelasah suspek sebelum menangkapnya serta menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan suspek turut dihantar ke hospital untuk rawatan kerana cedera dipukul.

“Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 kerana menyebabkan cedera dan Seksyen 509 kerana menunjukkan isyarat yang mengaibkan kehormatan orang lain.

“Seksyen 324 membawa hukuman penjara tiga tahun, denda dan sebatan, mana-mana dua daripada hukuman tersebut, manakala Seksyen 509, pesalah boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,

Maran: Misteri rumah usang di tengah ladang Jika dilihat dari jauh pasti ramai menyangka rumah papan berwarna biru kusam itu tidak berpenghuni dan menyeramkan












   Maran: Jika dilihat dari jauh pasti ramai menyangka rumah papan berwarna biru kusam itu tidak berpenghuni. Keadaan rumah yang daif dengan beberapa keping dinding kayunya terkopak, ditambah pula lokasi di tengah ladang getah sudah pasti tidak menawarkan keadaan selesa kepada penghuninya.

Namun, rumah usang di Kampung Pesagi, Chenor, dekat sini, menjadi tempat berteduh bagi Sabri Abdul Rahman, 47, sejak hampir 20 tahun lalu kerana ia rumah pusaka peninggalan ibu bapanya.

Apa yang menyedihkan tiang yang menyokong lantai rumah itu beralih dari tapaknya dan ia kelihatan seperti tergantung, sekali gus mendedahkan penghuninya kepada risiko.


Sabri berkata, rumah itu mula terjejas teruk selepas ditenggelami air sehingga paras bumbung dalam kejadian banjir besar pada 2014 dan sejak itu bahagian dindingnya semakin terkopak dan mereput, malah dinding dapurnya roboh.

“Keadaan rumah ini memang uzur, dengan lantai berlubang, dinding roboh dan sudah tentu tidak selesa, namun saya tidak mempunyai pilihan selain terus tinggal di sini kerana ia adalah rumah pusaka keluarga.

“Dengan pendapatan tidak menentu hasil kerja kampung sememangnya saya tidak mampu membaiki kerosakan rumah ini, makan pun kadangkala bercatu, apatah lagi untuk membaikinya,” kata anak kelapan daripada 10 beradik itu.

Sabri berkata, dia mahu memohon bantuan bagi membina semula rumah pusaka itu di tapak sama kerana hanya itu saja peninggalan orang tuanya.

“Tanah ini milik orang tua saya, sayang rasanya jika dibiarkan begitu saja. Jadi, sebolehnya saya mahu rumah baru dibina di sini, bukan rumah yang besar sebaliknya cukuplah sebuah rumah yang selesa,”

Selasa, 21 Mac 2017

KUALA KRAI - misteri jelmaan makhluk halus sedang mandi di air terjun tingkat dua Gunung Stong Dabong, Kuala Krai










              terakam jelmaan mahluk halus sedang mandi di air terjun 
                        tingkat dua, Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai

  KUALA KRAI, KELANTAN:  GUNUNG STONG yang terletak di Kampung Jelawang dalam daerah Dabong, Kuala Krai, Kelantan termasuk dalam Hutan Simpan Dabong merupakan hutan dara yang telah diwartakan sebagai Hutan Taman Negeri Kelantan. Ketinggian Gunung Stong mencapai 1,433 meter dari aras laut merupakan gunung kedua tertinggi di Kelantan selepas Gunung Ayam setinggi 1,504 meter.
    sebuah rumah rehat bersebelahan tasik tersebut dikatakan berpenunggu.sepasang suami isteri yang menyewa dan ingin menginap di rumah rehat itu telah dicampakkan keluar dari rumah rehat itu sedangkan mangsa tidak dapat melihat siapakah yang berbuat demikian. Walau bagaimanapun, rumah rehat tersebut kini telah dirobohkan

                 Aura dan gelombang seperti asap tentang wujudnya makhluk 
                                                                      halus 


    Disebabkan rumah rehat itu dirobohkan seolah-olah makhluk halus yang tinggal di situ tidak senang dan mereka dikatakan sering mundar-mandir di kawasan tapak khemah terutamanya tapak rumah rehat asal termasuk di kawasan tasik air terjun itu.
                              Tapak asal rumah rehat yang dirobohkan.

    Dan banyak korban mangsa yang terjadi dalam tasik tersebut terutamanya ketika air terjun memenuhi sehingga ke tebing.    bukti foto rakaman itu menggambarkan, makhluk halus terbabit memang wujud di tempat yang dimaksudkan dan mereka sebenarnya tidak ke mana-mana kerana di situlah dunia dan perkampungan asal mereka. Sebagai manusia, kitalah penceroboh perkampungan mereka kononnya atas nama pembangunan dan aktiviti gelojoh manusia. Mungkin manusia beranggapan tiada sesuatu yang dirosakkan kerana kita tidak nampak sesuatu yang telah musnah yang dialami oleh makhluk halus . Jadi, bermula dari saat itulah beberapa kejadian ngeri terjadi di kawasan berkenaan termasuk di sebuah tasik berdekatan dan kolam mandi di hujung tasik tersebut.