PASIR MAS, KELANTAN: MAKHLUK halus bukan sahaja pandai menyakat dan mengusik golongan manusia yang lemah semangat. Makhluk halus juga tahu segalanya tentang kelemahan yang ada dalam diri manusia, sebab itulah golongan manusia terbabit sering menjadi mangsanya. Namun, di antara hal-hal lain ialah makhluk halus penyebab kepada kejadian nahas jalan raya, paling lazim mengalami cedera ringan, tetapi sering kedengaran akibat nahas itu menyebabkan mangsanya menempah maut.
Membicarakan tentang gangguan makhluk halus yang menyebabkan mangsa nahas ngeri sehingga membawa maut sering kali kita dengar. Sebagaimana kejadian yang sering berlaku di hadapan rumah Fauzi Awang Hamat, 50, atau dikenali Puji Pauh dari Kampung Pohon Tanjung, Pasir Mas, Kelantan adalah contoh jelas kejadian nahas ngeri yang dimaksudkan sehingga menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.
Fauzi Awang Hamat,
“Kejadian misteri ini sering berlaku di antara bulan Jun dan Julai setiap tahun di sebatang selekoh tajam di Kampung Pohon Tanjung. Puncanya, apabila seorang budak lelaki misteri itu muncul, ketika itulah nahas berlaku”,
Menurutnya, tidak pernah berlaku kejadian nahas melibatkan motosikal, namun kalau dengan kenderaan empat roda sering terjadi. Katanya, ini disebabkan apabila budak lelaki misteri itu muncul betul-betul di selekoh berkenaan, kenderaan yang melaluinya pastinya akan hilang kawalan kerana budak misteri itu akan melompat ke sana ke mari sehingga mengganggu laluan dan tumpuan pemandu kenderaan.
Katanya, ketinggian budak lelaki misteri itu kira-kira empat kaki sahaja. Beliau pernah mendengar dakwaan segelintir jiran-jirannya yang sakit hati menyatakan budak lelaki misteri itu adalah anaknya yang sering bermain-main di kawasan laluan tersebut.
Jelasnya, apabila tibanya bulan Jun dan Julai hujan akan turun di kawasan berkenaan. Keadaan itu menyebabkan air hujan bertakung di kawasan lopak selekoh maut itu. Ketika itulah budak lelaki misteri itu akan muncul. Kemunculannya secara tiba-tiba di kawasan yang tidak disangka-sangka itu pastinya menyebabkan pemandu-pemandu kenderaan yang akan menjadi mangsa hilang kawalan. Mereka bimbang akan terlanggar budak berkenaan, akhirnya kenderaan keluar dari kawasan laluan. Jika kenderaan lain yang turut melalui kawasan itu pastinya berlaku nahas berkenaan secara yang tidak diduga.
Fauzi menambah, salah seorang nahas yang diakibatkan oleh budak lelaki misteri ialah seorang guru bernama Cikgu Abdullah dari Kampung Senor. Mangsa berkenaan memberitahunya, beliau seolah-olah terganggu dengan kemunculan budak lelaki itu secara tiba-tiba yang didapati melompat ke kiri dan ke kanan laluan yang kadang-kadang menghala ke arah kenderaannya. Kejadian nahas yang berlaku jam 7.15 malam mangsa mengalami kecacatan yang agak serius.
“Lazimnya, kejadian nahas seperti itu berlaku selang enam hari. Selepas itu, berlaku pula kejadian nahas yang berikutnya.
“Nahas seumpama itu bukan sahaja berlaku pada waktu menjelang malam, malah kerap juga berlaku di waktu awal pagi terutamanya jam 7.15 pagi”, ujar Fauzi lagi.
Beliau menambah, kejadian nahas berikutnya pada ketika masyarakat Islam sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri kedua. Mangsanya ialah dari Pasir Puteh melibatkan lapan nyawa terkorban di tempat kejadian.
Apabila ditanya tentang status budak misteri itu, beliau tidak mendapat memberikan jawapannya apakah jelmaan syaitan atau dari jin kelas mana. Beliau mendapat tahu hal budak lelaki misteri itu dibela oleh seorang yang berilmu, namun orang yang membelanya telah meninggal dunia. Disebabkan hal berkenaan menyebabkan budak lelaki misteri itu merayau ke sana ke mari kerana tiada tuan yang ingin menjaganya.
“Budak lelaki misteri itu bukan sahaja muncul secara tiba-tiba tetapi juga suka mengganggu penduduk-penduduk kampung.
“Ada beberapa mangsa dari kampung terbabit yang memaklumkan kepada saya, budak lelaki itu sering mencuri wayar paip yang digunakan untuk menyalurkan air di rumah salah seorang penduduk di situ”, katanya.
Katanya menambah, apabila budak lelaki misteri itu menunjukkan tangannya ke arah rumah penduduk di kampung terbabit sudah pasti keluarga yang ditunjukki oleh budak misteri itu akan menjadi mangsanya, setelah mangsa pulang ke rumah.
Misalnya, kejadian yang berlaku ke atas Cikgu Abdullah, mangsa mendakwa budak lelaki misteri itu adalah anaknya yang suka bermain di waktu menjelang Maghrib. Beliau menafikan budak lelaki itu adalah anaknya. Disebabkan tuduhan melulu itu, beliau pernah memberitahu mangsa tunggulah masanya. Apabila tiba masanya, mangsa mendapat nahas sebagaimana yang ditunjukkan oleh budak misteri itu.
Akibat ditunjukkan oleh budak misteri itu menyebabkan kenderaan cikgu berkenaan bertembung dengan sebuah lagi kenderaan lain secara berhadapan di mana dikatakan pemilik kenderaan tersebut seorang wanita dari Kuala Krai yang sedang sarat mengandung, mangsa meninggal di tempat kejadian bersama bayi yang dikandungnya. Manakala mangsa lelaki (cikgu) berkenaan didapati berkeadaan tidak sempurna.
Justeru, jangan fikir makhluk halus hanya tahu mengusik atau menyakat mangsanya sahaja. Tetapi, makhluk halus memang tahu dan sentiasa mencari kelemahan manusia, pada ketika itulah kejadian yang tidak diduga berlaku sebagaimana kejadian nahas yang berlaku di sebatang selekoh tajam di Kampung Pohon Tanjung, Pasir Mas itu. Jadi, berhati-hatilah memandu ketika melintasi selekoh tajam kerana bukan sahaja kenderaan akan hilang kawalan akibat kelajuannya melebihi had, dibimbangi corak pemanduan berkenaan amat disukai golongan jin dan syaitan yang gemar melihat manusia dalam kesusahan dan merana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan