Sabtu, 25 Mac 2017

mangsa, Abdul Mu'min Che Noor, 23,berasal dari Pasir Mas mati lemas di lubuk sedalam kira kira 4 atau 5 meter .......................................................














        Permaisuri: Cuti hujung minggu lima sahabat di kawasan perkelahan Kerung, Pelong, di sini, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas.

Difahamkan, mangsa, Abdul Mu'min Che Noor, 23, penuntut tahun tiga Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke tempat perkelahan itu bersama empat rakannya, pada 5.10 petang, Sabtu.


Pengerusi JKK Kampung Pelong, Abdul Rahman Abu Bakar, berkata mangsa yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan, dikatakan ke kawasan yang terletak dalam kebun warisan Dusun Nukleus Pelong untuk berkelah dan mandi.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dikatakan mandi di kawasan lubuk yang kedalamannya mencecah kira-kira 4.5 meter.

"Bagaimanapun, mangsa yang tidak pandai berenang tiba-tiba meminta tolong. Dia kemudian diselamatkan seorang warga Bangladesh yang bekerja di kebun itu.

"Namun, mangsa apabila dibawa ke tebing dia didapati sudah meninggal dunia. Jasadnya kemudian dibawa ke Hospital Setiu," katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu, Asisten Superintendan Burhanuddin Mustafa ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan