Sabtu, 25 Mac 2017

WAKAF BAHARU - Misteri Lembaga tanpa kepala sering mundar-mandir di laluan rumah Imam Surau, Ustaz Taib di kampung KAMPUNG KUBANG PALAS yang terletak dalam daerah Kota Kubang Labu















      WAKAF BAHARU, KELANTAN:  KAMPUNG KUBANG PALAS yang terletak dalam daerah Kota Kubang Labu, Wakaf Baharu, Kelantan adalah sebuah tempat yang agak panas, keras dan sering mengusik. Kampung ini pada masa dulu yang bersempadan dengan Kampung Padang Tok Ku dalam daerah yang sama adalah sebuah tempat persinggahan dan kawasan istana di zaman Kesultanan Raja Jembal. Akibat peperangan saudara di zaman lampau menyebabkan mayat yang bergelimpangan pada masa itu tidak diurus dengan sempurna sebagai penyebab beberapa kejadian jelmaan lembaga yang tidak berkepala sering mundar-mandir pada waktu malam, perempuan berjalan seorang diri di tengah malam, suara bayi misteri sedang menangis, jelmaan ular besar, lembaga sedang merempit dengan motosikalnya dan sebagainya sering dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang di laluan berkenaan.
                        Misteri suara bayi menangis sering didengari di sini.

Walaupun kejadian tersebut telah lama berlalu, namun makhluk halus tidak mengenal zaman kerana mereka akan muncul di mana-mana tempat. Di situ ada manusia, di situ jugalah tempatnya. Jika manusia mempunyai alam dan dunianya, maka makhluk halus mempunyai alam dan dunianya bahkan mereka sebenarnya berkongsi alam dengan manusia, hanya manusia tertentu yang dapat melihat jelmaan makhluk halus terbabit. Sejak peristiwa penemuan makhluk halus oleh beberapa penduduk kampung terbabit, menyebabkan keadaan pada waktu malam di kampung berkenaan menjadi lengang. Penduduk di kawasan terbabit tidak lagi betah untuk berjalan malam apatah lagi jika sampai waktu pagi kerana jelmaan makhluk halus sering muncul di waktu-waktu berkenaan di kampung tersebut.
                                                 Mohd. Kamal Bahrin 

Salah seorang mangsa yang sering kali melihat jelmaan makhluk halus di kawasan terbabit, Mohd. Kamal Bahrin bin Ibrahim, 48, berkata, jelmaan makhluk halus bukan sahaja berlaku di kawasan-kawasan berkenaan namun di rumahnya sendiri pernah beberapa kali berlaku kejadian yang menyeramkan bulu romanya setiap kali kejadian itu berlaku.  tempat kejadian memang berasa seram kerana pernah bertembung dengan makhluk yang dimaksudkan sebelum ini.
                                         rumah Mohd. Kamal Bahrin

Menurutnya,  rumahnya telah dimasuki seekor ular sawa batik yang agak besar berwarna hitam pekat. Beliau yang agak terkejut dengan bentuk fizikal ular tersebut yang agak luar biasa tidak dapat berbuat apa-apa tetapi sekadar membiarkan ular tersebut menyusur masuk kemudiannya keluar dari rumahnya lalu ghaib. Bahkan di kawasan belakang rumahnya, beberapa kali berlaku kejadian yang menakutkan tetapi beliau tidak melayaninya kerana setahunya hal terbabit sememangnya permainan makhluk halus. Apabila ditanya apakah tempat yang dimaksudkan di belakang rumahnya, beliau menjelaskan kawasan itu adalah perkampungan makhluk halus.
                               Jelmaan orang tua sering muncul di kawasan 
                               lorong masuk ke rumah Kamal.

"Banyak tempat di kawasan rumah saya ini menjadi laluan dan persinggahan makhluk halus. Contohnya, sebatang lorong sebelah kanan rumah ini, saya sering melihat seorang tua sedang berdiri betul-betul di tengah lorong.

"Bahkan, kadang-kadang makhluk halus itu melalui lorong terbabit terus menuju ke arah rumah ini lalu ghaib di hujungnya", jelasnya.

Tambahnya, beberapa penduduk kampung berkenaan sering mendengar suara misteri seperti bayi sedang menangis di sebatang lorong laluan penduduk kampung terbabit. Apabila dilihat, memang tidak kelihatan makhluk halus terbabit, namun tangisan bayi yang dimaksudkan semakin jelas apabila hari semakin larut.
 di hadapan kediaman rumah Ustaz Taib iaitu seorang imam sebuah surau di kampung berkenaan. Ramai penduduk yang melalui jalan utama di kampung berkenaan yang pernah terserempak dengan lembaga tanpa kepala yang sering mundar-mandir di kampung berkenaan.
                            Di sinilah lembaga tanpa kepala bertenggek yang
                            pernah ditegur oleh Ustaz Taib.

"Paling menyeramkan, Ustaz Taib sendiri pernah menegur lembaga tanpa kepala itu. Sangkanya manusia betul. Ustaz Taib kata, beliau bagaikan nak pengsan melihat lembaga tersebut", katanya.

Mohd. Kamal Bahrin juga memberitahu, sebatang lorong sempit di kampung terbabit sering menjadi tempat makhluk halus menjelma di kawasan terbabit. Tempat yang dimaksudkan ialah di bawah pohon rimbun di mana pohon berkenaan mempunyai beberapa kuntum bunga. Kejadian penduduk yang terserempak dengan lembaga yang sedang berdiri di tepi lorong itu bukan perkara baru sejak dulu tetapi turut dialami oleh beberapa penduduk di kampung terbabit. Lorong yang dimaksudkan itu kini menjadi lengang setiap kali malam menjelma kerana penduduk di kawasan itu bimbang bertembung dengan makhluk halus itu jika masih keluar malam lagi.
                              Lembaga orang tua sering berdiri di tepi lorong ini

sebatang lorong masuk ke arah pohon-pohon kelapa yang menyeramkan. Salah seorang mangsa, Ariffin Awang iaitu seorang jurutera JKR pernah diusik di kawasan itu.
             lorong masuk ke arah pohon-pohon kelapa yang menyeramkan.

 Kubur Ganja yang terdapat di Kampung Kubang Palas itu. Beberapa kejadian yang menakutkan pernah terjadi sebelum ini, apabila seorang suri rumah yang melalui kawasan berkenaan untuk mengambil anaknya di sekolah turut ditumpang oleh langsuir. Bahkan kejadian terbaru  apabila salah seorang mangsa yang baru pulang pada jam 12.00 malam tiba-tiba tekaknya berasa haus. Melihat ada penjaja air di tepi laluan itu pada waktu berkenaan, beliau memberhentikan kenderaannya lalu membeli sebungkus air batu. Tetapi dengan tiba-tiba, air tersebut berderai seperti air sawah yang kotor dan penjual terbabit juga terus ghaib.
                                 disini lah tempat mangsa membeli air batu

Malahan menurut Mohd. Kamal Bahrin bahawa, satu kejadian nahas ngeri pernah berlaku di sebatang selekoh masuk ke Kampung Kubang Palas itu. Dalam kejadian nahas itu, penunggang motosikal terbabit menemui ajalnya di tempat kejadian. Sejak itu, kejadian jelmaan makhluk yang menyerupai penunggang motosikal terbabit amat menakutkan.
Di belakang rumahnya adalah penempatan makhluk halus, di sinilah jelmaan ular sawa batik berwarna hitam menyusur masuk ke dalam rumahnya. didapati kepulan asap keluar di kawasan terbabit sebagai bukti wujudnya makhluk berkenaan.

Justeru, amat jelas makhluk halus boleh menjelma dalam pelbagai bentuk untuk tujuan mengusik dan mengganggu manusia. Bagi manusia yang pernah terserempak dan melihatnya pasti tidak akan berharap untuk melihatnya buat kali kedua. Jadi, kejadian gangguan semakin menjadi-jadi di Kampung Kubang Palas dan siapakah lagi mangsanya selepas ini?  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan