Isnin, 6 November 2017

misteri tengkorak diladang kelapa sawit di FELDA Raja Alias 4, Jempol, ......................... ................................ .......................


PEKERJA ladang sawit di FELDA Raja Alias 4, Jempol, terkejut apabila menemui satu tengkorak manusia di dalam ladang berkenaan, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, dalam kejadian 8.30 pagi itu, lelaki berusia 30-an terbabit, sedang melakukan kerja memetik kelapa sawit sebelum menemui tengkorak itu.

"Susulan penemuan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol, untuk tindakan lanjut.

"Pasukan forensik ke lokasi dan menjalankan siasatan turut menemui lima batang gigi. Namun, kita tidak menjumpai tulang atau petunjuk lain di kawasan sekitar," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, tengkorak berkenaan ditemui di dalam semak berhampiran kawasan air bertakung.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti tengkorak berkenaan selain memeriksa rekod orang hilang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan