Jumaat, 10 November 2017

KUALA KRAI - majikan kejam pukul pekerja OKU sampai patah kaki ...................... ......................................... ....................


KUALA KRAI - Dua beradik cedera dipercayai dipukul dengan kayu dan besi dalam kejadian di Staponal, Batu Jong, Rabu lalu.

Mangsa, Mohd Zaki Ghazali, 37, dan abangnya, Khairuddin Ismail, 50, masing-masing cedera pada kaki kanan dan kiri.

Mohd Zaki dikatakan dipukul majikan, abang majikan dan rakan mereka kerana dikatakan tidak puas hati terhadap hasil kerjanya sebagai pengasah mata mesin di kilang berkenaan.

Dia yang juga pemegang pemegang kad orang kurang upaya (OKU) berkata, pagi Rabu lalu, abang majikannya masuk ke kilang marah-marah serta menampar pipi kirinya.
"Melihat saya ditampar, adik kemudiannya melarang tindakan abang majikan.

"Marah dengan teguran itu, adik dipukul sehingga berlaku pergelutan sebelum adik melarikan diri," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, selepas adiknya lari, abang majikannya kemudian keluar dari kilang dan datang semula bersama majikan serta rakannya.
"Mereka datang dan pukul saya dengan besi serta kayu hingga menyebabkan kaki kiri saya patah.

"Abang yang juga bekerja di kilang sama datang membantu, namun abang juga turut dipukul," katanya.

Sementara itu, Khairudin meluahkan rasa kecewa dengan tindakan mereka yang bertindak kejam ke atas adiknya seorang OKU.

Menurutnya, sepatutnya adiknya ditegur jika ada ada membuat kesilapan ketika bekerja, dan bukannya menggunakan kekerasan.

"Adik saya OKU dan tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu.

"Saya cukup kecewa dengan tindakan mereka dan akan membuat laporan polis selepas dibenarkan keluar dari hospital," katanya sambil memberitahu, anggota polis telah merakamkan percakapan mereka.

Susulan kejadian itu, Mohd Zaki yang juga menghidap penyakit jantung telah menjalani pembedahan untuk memasukkan besi pada bahagian kakinya, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan