Sabtu, 4 November 2017

GUA MUSANG - Misteri kehilangan Seorang kanak-kanak perempuan jam 11 malam, ada orang nampak dibangunan yang masih belum berpenghuni


GUA MUSANG - Seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri hilang selepas dilihat bermain seorang diri di gelanggang futsal, pada jam 11 malam, semalam di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini.

Mangsa, Nur Dania Qistina Mohd Napi, 7, yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Gua Musang 1, keluar daripada rumahnya di tingkat 1, untuk bermain bersama rakannya kira-kira jam 10.15 malam.


Ibunya, Wan Nur Hafiza Wan Hasan, 32, berkata, ketika kejadian, anaknya itu dibawah jagaan orang tuanya kerana dia berniaga di restoran.

"Ada penduduk di kawasan rumah saya memberitahu, anak saya dilihat bermain bersama rakannya di gelanggang futsal, di aras bawah blok. Namun, pada jam 11 malam, dia dilihat seorang diri dan kemudiannya hilang.

"Usaha mencari sudah dilakukan sejak semalam oleh pihak berkuasa dan penduduk di sini. Pada jam 9.30 pagi ini, ada orang nampak dia berada di tingkat 1, bangunan hujung yang masih belum berpenghuni selepas laungan azan dibuat.

"Namun, bila ke kawasan berkenaan, tidak menjumpai apa-apa. Kali terakhir dia dilihat semalam memakai tudung kuning," kata ibu kepada empat anak ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin, berkata, usaha mencari sedang dilakukan di kawasan tersebut termasuk kawasan sungai berhampiran.

Katanya, sehingga kini, pihaknya masih belum menemui sebarang kesan dan usaha mencari akan diperluaskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan