ROMPIN – Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dan hanya dibungkus dengan beg plastik ditemui ditinggalkan dalam semak di tepi jalan berdekatan kuarters kerajaan Desa Kenanga Muadzam Shah di sini malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, bayi malang itu ditemui pada pukul 10 malam oleh seorang lelaki Pakistan yang melalui kawasan itu selepas mendengar suara bayi menangis di dalam semak.
“Semasa mencari suara tangisan itu, lelaki Pakistan terbabit menemui ada bayi ditinggalkan di dalam semak di tepi jalan. Bayi itu dibalut dengan plastik dan dia masih bergerak semasa ditemui,”