Isnin, 28 Ogos 2017

Kuala Lumpur: , gangguan seksual mangsa yang menaiki LRT dari stesen Pusat Konvensyen mangsa, Chong Ler Shiuan, 23 berkata saya menyedari terdapat lelaki dengan selamba merangkul pinggul sayat




Kuala Lumpur: Buat muka langsung tidak bersalah sambil tangan kanan merayap dan memeluk pinggang penumpang wanita yang juga penumpang transit aliran ringan (LRT).

Itu tindakan biadab seorang lelaki yang diberkas selepas melakukan gangguan seksual terhadap mangsa yang menaiki LRT dari stesen Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menuju ke Wangsa Maju, di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa, Chong Ler Shiuan, 23, bersama dua lagi rakan lelakinya menaiki LRT untuk balik ke rumahnya di Setapak, di sini.

Menurut Chong, keadaan di dalam LRT agak sesak sebelum jumlah penumpang semakin berkurangan selepas ia berhenti di beberapa stesen.

Katanya, sebaik tiba di stesen LRT Damai, dia terasa seperti ada sesuatu menyentuh pinggulnya.

“Sebaik saya menoleh ke tepi, saya menyedari terdapat lelaki dengan selamba merangkul pinggul saya. Walaupun saya cuba menepis namun lelaki itu tidak mengendahkannya dan membuat muka langsung tidak bersalah.

“Bengang dengan tindakan itu, saya memaklumkan apa yang berlaku kepada rakan lelaki yang turut berada di dalam LRT itu. Mereka kemudian menangkap lelaki terbabit,” katanya.

Chong berkata, sebaik mereka tiba di stesen LRT Wangsa Maju, rakannya membawa lelaki itu kepada anggota polis bantuan yang bertugas.

“Anggota polis bantuan kemudian mengarahkan kami membawa lelaki itu ke balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut sebelum laporan polis dilakukan,” katanya.

Kejadian gangguan seksual terhadap penumpang LRT bukan kali pertama terjadi berikutan ia semakin kerap dilaporkan pihak media sebelum ini.

Malah Pasukan Tindakan Khas (SAT), Polis Bantuan Prasarana sebelum ini berjaya menahan seorang suspek yang disyaki melakukan jenayah gangguan seksual sebelum ia menjadi viral di media sosial.

Mac lalu, penumpang LRT, Nur Dini, 21, turut membuat laporan diganggu lelaki berusia 37 tahun ketika menaiki tren di Stesen LRT Kelana Jaya ke pusat bandar.

Suspek dikatakan membisikkan kata-kata lucah kepada mangsa selain membuat ekspresi tidak senonoh.