Selasa, 9 Mei 2017

TUMPAT - Misteri pondok usang Pangkalan Pasir Haji Manaf, pernah di huni mahluk halus jelmaan nenek kebaya lebih dikenali hantu tanah















TUMPAT – “Tiada harta karun dalam perigi besar itu tetapi bom dan peluru zaman Jepun kemungkinan ada di kawasan itu,” jelas Wan Jafar Wan Abdullah, 92, merungkai misteri kawasan Pangkalan Pasir Haji Manaf, Palekbang yang di dakwa sesetengah pihak ada terowong di bawah tanah sepanjang 100 kilometer .pondok usang ini pernah di huni mahluk halus
jelmaan  nenek kebaya lebih dikenali hantu tanah sebab ia sering  muncul keluar dari terowong bawah tanah dan berjalan masuk ke pondok usang  selepas waktu senja 

Wan Jafar berkata semasa Jepun mengambil alih pentadbiran stesen kereta api itu daripada Inggeris (1941-1945), kawasan Dock (tempat baiki kapal)  dijadikan pusat pentadbiran pihak Jepun dan dibina berek sebagai kediaman dan markas tentera.

“Peluru tentera Jepun disimpan di dalam berek tersebut manakala bom pula disembunyikan di dalam tanah di tebing Sungai Kelantan berdekatan dengan tapak Kilang Air Batu Palekbang,” katanya.

Bagaimanapun katanya, selepas Jepun mengundurkan diri pada 1945, pihak Inggeris berjaya menemui bom tersebut menggunakan alat pengesan bom dan memusnahkannya.

“Pihak Inggeris juga ada menjumpai tiga tong peluru di berek tersebut, manakala yang lain-lainnya tentera Jepun  membuangnya ke dalam Sungai Kelantan,” katanya.

Menurutnya, dia antara penduduk yang menjumpai peluru peninggalan tentera Jepun yang dibuang ke dalam sungai itu dan menjualkannya ke Thailand.

“Dua tong peluru pakcik jumpa, tetapi pakcik jual ke Thailand peluru itu,” katanya.

“Pakcik percaya di tapak yang didakwa wujud terowong bawah tanah masih ada lagi sisa-sisa peninggalan bom dan senjata peperangan peninggalan tentera Jepun,” katanya yang pernah bekerja di Stesen Keretapi Palekbang mengangkut biji besi semasa zaman British dan Jepun serta pernah menjadi askar Jepun berpangkat AP.

Wan Jaffar berkata, di Kampung palekbang ini hanya stesen kereta api tempat memunggah biji besi, tiada apa-apa yang pelik berlaku di sini.

Katanya, telaga yang wujud itu hanya tempat simpanan air untuk kegunaan kereta api dan dia percaya tiada bom mahu pun peluru dibuang ke dalam telaga tersebut.

“Kawasan ini juga bukan tempat pembunuhan, tidak pernah ada mayat dibuang ke dalam perigi itu,” katanya.

Sehingga ke hari ini misteri kewujudan terowong bawah tanah yang didakwa panjangnya 100 kilometer bersambung sehingga ke Takbai, Thailand dan mempunyai lapangan terbang bawah tanah hingga ke Lalang Luas, Machang terus menjadi teka-teki.

Dikatakan juga di bawah tanah itu terdapat kubu Jepun, landasan kereta api dan juga ada hasil bumi.

Manakala beberapa telaga yang ditemui di kawasan itu dikatakan laluan untuk turun ke terowong bawah tanah.

Bagaimanapun kesahihan cerita terowong ini akan terjawab
 kerja cari gali masih diteruskan namun dikawal rapi serta tidak dibenarkan merakamkan gambar di kawasan tersebut.