Air Terjun Berkelah ini terletak di Daerah Maran, Pahang dan kira-kira 45 km dari Bandar Kuantan. Air terjun ini terdiri daripada tujuh peringkat tetapi menurut data rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, sebenarnya Hutan Lipur Berkelah ini terdapat lebih daripada tujuh peringkat air terjun. Air terjun di peringkat ke 7 mempunyai ketinggian yang beranggaran 50 meter.
sungai dan air terjun ini dinamakan “Berkelah” disebabkan terdapat spesies ikan kelah yang telah menjadikan sungai tersebut sebagai habitat tetapi spesies kelah ini telah mengalami penurunan yang teruk, dan kini boleh diklasfikasikan sebagai spesies terancam. lubuk ini meyimpan misteri sorang
pengunjung sedang mandi manda dan tiba tiba ada sesuatu mengigit kaki seperti mematuk matuk kaki lantas secara tiba tiba timbul ikan kelah yang agak besar di depan mata se olah ikan itu ingin menyerang dalam beberapa saat ikan itu hilang dari pandangan
Mesti ada yang tertanya-tanya, “Bagaimana nak datang ke Hutan Lipur Berkelah ni?”.
Kalau dari arah Kuala Lumpur, korang perlu memandu ke arah Lebuh Raya Karak, kemudian teruskan perjalanan ke Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan susur keluar di Exit 827 atau Exit Sri Jaya. Selepas tol Seri Jaya, belok kiri di simpang tiga dan teruskan perjalanan ke Kampung Gelugor ataupun ke arah Bukit Gambang. Korang akan jumpa Masjid Kampung Gelugor di sebelah kanan dan simpang masuk ke Hutan Lipur Berkelah di sebelah kiri beberapa kilometer selepas Masjid Kampung Gelugor (tak pasti berapa kilometer lagi daripada masjid). Jangan risau kalau tersesat sebab papan arah ke Hutan Lipur Berkelah memang cukup membantu.