Rabu, 10 Mei 2017

lubuk ikan terbongkar Ini Adalah salah satu Lubuk Terbaik Untuk Kaki Pancing di Malaysia pastinya anda tidak pulang dengan tangan kosong.












Bagi pemancing semua, jangan lepaskan masa cuti hujung minggu ini untuk melakukan aktiviti favourite anda.  Bila sudah pergi memancing tu, pastinya kita tidak mahu pulang dengan tangan kosong. Kalau tak mahu pulang dengan tangan kosong, kenalah pilih kawasan memancing yang bagus.

Di sini nak share kepada  kaki-kaki  pancing, lokasi  serta lubuk yang dianggap sebagai lokasi hotspot dalam aktiviti memancing...Jom selongkar

Pulau Aur

Pulau Aur terletak kira-kira 67 km atau 39.7 batu nautika dari bandar Mersing, Johor, merupakan pulau yang paling jauh di perairan Mersing. Pulau yang merupakan salah satu daripada gugusan pulau di Laut China Selatan ini adalah sebahagian daripada Taman Laut Sultan Iskandar Johor.

Pulau ini merupakan ibu pulau dimana terdapat 3 buah anak-anak pulau yang berhampiran iaitu Pulau Dayang, Pulau Lang dan Pulau Pinang. Pulau Dayang dipisahkan oleh saluran kecil kira-kira 400 meter lebar pada titik yang paling sempit.


Pulau Aur berkeluasan 2,072 hektar (lapan batu persegi) serta bukit-bukitnya mencapai ketinggian sehingga 500 meter. Terdapat beberapa buah kampung di pulau ini seperti Kampung Teluk Berhala, Batu Kembar, Bahai, Teluk Sebukang, Teluk Meriam, Teluk Payang, Tanjung Pandan, Bayu Musuh, Teluk Ba’ai, Teluran, Palas, Tok Jong dan Kampung Kabu.

Antara spesies ikan yang terdapat di sini adalah ikan alu-alu (barakuda), Manta Rays, Whalesharks ,Bumphead.  ikan merah, ikan Jepun, ikan tambak, ikan kerapudan lain lain