MARANG - "Kita dah bakar kesemua jin yang berjaya diperangkap. Kesemua enam jin yang diperangkap dalam botol plastik itu dibakar dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran, semalam. Insya-Allah mereka tidak akan diganggu lagi oleh hantu wanita tua berambut puteh penduduk kg menyebut sebagai hantu kak limah
Demikian kata Ustaz Nor Hasrul Mohd Hassan, ketika diminta mengulas perkembangan mengenai jin yang berjaya diperangkap olehnya di rumah keluarga Mazlan Ali, 55, di Kampung Temiang, Marang di sini,
Ustaz Nor Hasrul berkata, walaupun kemungkinan gangguan itu berlaku semula pada masa akan datang, beliau berharap keluarga berkenaan sentiasa membaca ayat suci al-Quran di rumah mereka selain kerap solat dan membaca Yasin.
"Ini bagi memastikan makhluk halus dan jin itu tidak lagi mengganggu keluarga Mazlan. Walaupun (hantu Kak Limah) berjaya diperangkap masih ada lagi makhluk lain (halus) yang tinggal di kawasan berkenaan.
"Ini kerana, keadaan persekitaran rumah mereka yang jauh di pedalaman dan menjadi pilihan jin untuk tinggal. Saya harap mereka sentiasa mendekatkan diri dengan ALLAH, Insya-Allah gangguan itu dapat dielakkan," katanya .
ia sudah berakhir sepenuhnya selepas jin itu berjaya diperangkap, sebelum kesemuanya dibakar menggunakan ayat suci al-Quran.
Keluarga Mazlan lega
Lega dan bersyukur. Itulah perasaan keluarga Mazlan terutamanya anak-anaknya apabila mereka dimaklumkan mengenai perkara itu Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, Marang
Selepas proses pemulihan dilakukan Ustaz Nor Hasrul keluarga berkenaan dapat menarik nafas lega susulan tiada lagi gangguan berlaku terhadap mereka.
detik mencemaskan sebaik tiba ke rumah papan dibina semula daripada kayu rumah pusaka keluarga berkenaan, apabila dikejutkan dengan situasi tegang melibatkan adik Syawal, Mat Ali, 15, yang secara tiba-tiba menangis.
Malah remaja terbabit juga tidak sedarkan diri dipercayai dirasuk.
Keadaan bertambah cemas apabila selang beberapa minit kemudian, kakaknya, Masliana, 31, pula tiba-tiba dikatakan terpandang lembaga berambut panjang duduk di alang rumah.
Bagaimanapun, bacaan ayat al-Quran selain azan akhirnya berjaya membuat jin yang menguasai wanita itu diperangkap Ustaz Hasrul.
Masliana berjaya dipulihkan selepas bertindak agresif kerana tidak sedarkan diri, dipercayai selepas terpandang hantu Kak Limah.
Jin yang berjaya dikeluarkan selepas hampir setengah jam berhempas pulas itu dimasukkan ke dalam botol plastik. Difahamkan sebanyak enam jin berjaya dipenjarakan di dalam empat botol plastik, yang kemudiannya dibakar menggunakan ayat suci al-Quran,
Ustaz Hasrul juga menepung tawar katil pusaka dipercayai menjadi punca segala kemelut yang berlaku menimpa keluarga malang ini.
Malah keluarga itu juga dipandang serong masyarakat setempat yang tidak mempercayai wujudnya gangguan seumpama itu. Detik mencemaskan itu bagaimanapun berakhir setelah melalui proses rawatan yang tidak menggunakan sebarang alat lain seperti kemenyan atau asap yang biasa digunakan bomoh tradisional, kecuali air penawar pada kira-kira jam 11.15 malam.
Akhirnya, kehadiran Ustaz Hasrul membantu mengusir makhluk halus yang mengganggu keluarga itu tanpa bayaran, berjaya mengembalikan semula keharmonian hidup keluarga Syawal dan penduduk kampung yang bersimpati terhadap mereka.
Ketua keluarga terbabit, Mazlan ketika ditemui di rumahnya berkata, hanya ALLAH dapat membalas jasa baik semua pihak yang terlibat khususnya dengan usaha ikhlas Ustaz Nor Hasrul .