JERANTUT - Seorang nelayan darat tidak menyangka umpan anak ikan seluang yang diletakkan di Sungai Pahang, Kampung Bukit Genting, di sini menggunakan julai (sejenis kail) berjaya menaikkan sejenis ikan dipercayai ikan linang sepanjang hampir dua meter.
Abdul Muin Husin,
Nelayan Abdul Muin Husin, 48, berkata, ada lagi yang masih besar apa yang dia dapat.. ada nelayan terlihat ular raksasa sebesar tubuh manusia dewasa panjang lebih kurang 2 biji perahu ekor seperti ikan kemungkinan itu adalah ikan linang bersaiz besar
Usaha menarik tali pancing diteruskan sehinggalah kepala ikan sepanjang sejengkal timbul di dasar sungai.
"Saya tercengang bila tengok kepala ikan itu. Nak dikatakan ular bukan sebab saya tengok mulutnya luas. Nak kata labi-labi pun bukan juga sebab tak ada kaki.
"Kebetulan saya ada bawa candik (sejenis sauk besar). Hulur ke dalam sungai, tapi masih tak lepas nak angkat ikan itu sebab panjang sangat. Kebetulan ada kenalan dian kawasan sekitar, saya suruh dia tengok, dia kata toman, saya kata takkanlah toman sebab panjang. Bila tengok panjang, kenalan itu terus lari sebab geli tengok ikan itu," katanya.
gambar ikan dihantar kepada pihak Jabatan Perikanan Jerantut untuk memastikan jenis ikan terbabit.
Pengarah Perikanan Negeri, Datuk Adnan Hussain berkata, melihatkan dari bentuk fizikal ikan terbabit dipercayai ikan tersebut adalah sejenis ikan Linang.
Beliau bagaimanapun tidak dipastikan sama ada ikan terbabit hanya wujud 30 tahun sekali kerana tiada kajian dilakukan setakat ini bagi menunjukkan penemuan sedemikian.