Isnin, 1 Mei 2017

Ikan kelisa gergasi di Tasik Bera hati hati jika umpan pancing di tarik oleh ikan gergasi mungkin anda tercampak dari perahu atau perahu mungkin terbalik













Tasek Bera merupakan tasik air tawar yang terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 61,380 ha dan terletak di bahagian Tenggara Negeri Pahang. Kawasan ini dijadikan sebagai Tapak RAMSAR yang merupakan pertama di Malaysia diwartakan semasa di Sidang Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa pada 10 November 1994. Tujuan mewartakan menjadi Tapak RAMSAR ialah untuk mengekalkan ciri-ciri ekologi tanah lembap tersebut dan di samping membenarkan penggunaan sumber-sumbernya secara mampan.
hati hati jika umpan pancing di tarik oleh ikan gergasi mungkin anda tercampak dari perahu atau perahu mungkin terbalik 

Ekosistem dan biodiversiti di Tasek Bera adalah pelbagai dan unik. Spesies hidupan liar seperti harimau belang, tapir dan ikan kelisa dan lain lain terdapat di tasik ini. Tumbuhan keladi paya (Cryptocoryne purpurea) merupakan spesies endemik di Tasek Bera. Kaum Orang Asli Semelai merupakan komuniti pribumi yang bermastautin di tanah Tasek Bera sejak 600 tahun dahulu lagi. Komuniti ini bertutur dalam bahasa 'semelai' dan menggelar diri mereka sebagai Semaq Tasek yang bermaksud "Orang Tasik". Sejak dahulu lagi komuniti ini bergantung kepada tasik ini sebagai survival hidup mereka.



Pengurusan Tasek Bera ini diketuai oleh Jabatan PERHILITAN bersama Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perikanan dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) dan Pejabat Pengurusan terletak di Bandar 32, Triang Bera Pahang


Laluan pejalan kaki disediakan, dan menikmati permandangan yg mendamaikan laluan ni seakan mengelilingi separuh bahagian tasik bera..





jeti yg baru menggantikan jeti kayu sebelum nye..boleh sampai ke tengah tasik..betul2 tengah lubuk nak mancing pun best untuk kaki pancing 



                           Permandangan dari atas jeti..terus ke tengah tasik


                                                         air yang jernih 


pelantar ni disediakan betul2 dibawah dan bersebelahan kanan dari jeti luas juga,boleh la baring2 kalau hari malam..