Isnin, 1 Mei 2017

KOTA BHARU - Harga etok Rm 1... 10 biji ,, Aktiviti 'mengokok' (mencari) etok Kampung Persekutuan(JKKP) mukim Pasir Tumboh kemarin..........................














KOTA BHARU - Aktiviti 'mengokok' (mencari) etok yang sinonimnya telah lama dilupakan kini dihidupkan kembali dalam satu acara anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan(JKKP) mukim Pasir Tumboh kemarin

Lebih 50 peserta terdiri daripada kanak- kanak dan dewasa tidak melepaskan peluang menyertai aktiviti yang menghidupkan kembali zaman nostalgia kanak-kanak di kawasan Kampung Likong terbabit.


                                           harga etok mahal

Pentadbir Mukim Dun Pasir Tumboh, Wan Azizi Wan Ab Ghani berkata, aktiviti julung kali itu diadakan bagi mengisi masa lapang pada hari cuti pekerja yang berjaya menarik ramai penduduk.

"Inilah acara yang mengeratkan hubungan penduduk kampung dan kita lihat ramai penduduk tidak melepaskan peluang julung kali ini.

"Semua peserta memberi komitmen yang padu dan kita amat gembira dengan penyertaan semua pihak," katanya.

Seorang peserta, Rosli Nik Man, 46, berkata, pertandingan pertama kali ini memberi peluang kepada golongan muda menyertai aktiviti ini yang semakin dilupakan.

"Kita mengharapkan agar program seumpama ini menjadi acara tahunan dan memberi peluang kepada golongan muda khususnya lebih mengenali 'etok' yang merupakan makanan tradisi rakyat Kelantan.

"Saya juga ambil peluang bersama keluarga menyertai aktiviti ini dan ternyata ia mewujudkan suasana kerjasama dan semangat mendapatkan 'etok' tidak mengira peringkat usia dan mengeratkan sillaturahim," katanya.