Selasa, 2 Mei 2017

TASIK KENYIR - Misteri kejadian aneh pusaran air di tasek kenyir di percayai pintu masuk ke alam ghaib.akan terjadi buih-buih atau pusaran yang muncul secara tiba-tiba













TASIK KENYIR - Misteri kejadian aneh pusaran  air  di tasek kenyir di percayai pintu masuk ke alam ghaib  , makhluk misteri yang popular diceritakan oleh kaki pancing dan orang-orang lama. dikatakan ditemui di sekitar tasik dan sungai besar seluruh Malaysia antaranya Tasik Kenyir, Tasik Banding  Royal Belum, Tasik Chini dan Sungai Pahang. Tasik Kenyir contohnya,  sering dikatakan akan muncul  pusaran air  semasa musim hujan.atau bila bila   masa .ia dikenali sebagai Hantu Balung Bidai ( hantu air }

Menurut cerita orang-orang di sekitar tasik,hantu bidai (hantu air) mempunyai bentuk fizikal yang aneh. Selain itu terdapat empat kepala di setiap penjuru. Sulur Bidar dikatakan akan menggulung mangsa lalu menariknya ke dalam air selama beberapa hari. 
sulur bidar adalah bahasa orang asli bermaksub hantu tikar atau hantu air  ini hanya gambaran cerita orang zaman dulu kenderaan mahluk jin penunggu di tasek kenyir sampai sekarang tetap menjadi misteri 

kedatangannya dapat dikesan melalui buih-buih atau pusaran yang muncul secara tiba-tiba bersama dengan daun-daun yang berada di dasar tasik timbul di permukaan air. Daun-daun yang timbul tadi apabila diambil ianya kering walaupun muncul dari dasar tasik seolah-olah ada "sesuatu" yang telah memerah atau mengeringkan daun tersebut. Menurut orang-orang tua daun yang timbul tadi boleh dibakar walaupun ia dari   dasar tasik. Sekiranya tanda-tanda tersebut telah muncul anda disarankan melaungkan azan dengan kuat untuk menghindarkan diri dari makhluk tersebut.

Terdapat cerita mengenai seorang pemancing yang terserempak Sulur Bidar lalu cuba membaling mata kail ke arahnya namun ia menembusi badan makhluk tersebut. Kebenaran makhluk ini belum dapat dibuktikan secara saintifik walaupun ada yang mendakwa pernah menangkap gambarnya.