Ahad, 9 April 2017

TUMPAT - Misteri terbongkar suara orang menjerit di kubur di kampung Cherang Melintang heboh baru baru ni sebenar bukan suara dalam kubur tapi itu suara ..














TUMPAT - Penduduk kampung Cherang Melintang dan beberapa kampung sekitar hadir menunaikan solat hajat dan tahlil di Tanah Perkuburan Islam Mukim Jal memohon kerahmatan dan keampunan ALLAH susulan kejadian penduduk mendengar suara aneh dari kubur.
Kira-kira 200 penduduk kampung Cherang Melintang, Kampung Ana, Kampung Jal Besar, Kampung Padang Mandol dan Tok Oh hadir solat hajat itu yang diimamkan oleh Guru Pondok Jal Besar, Fadhil Zakaria.
Pengerusi Tanah Perkuburan Islam Mukim Jal Besar, Che Husien Che Soh berkata, tahlil, solat hajat dan diadakan juga  solat dhuha ini sudah lama dirancangkan dan ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna 
    Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan, suara aneh seperti lelaki bertempik dari kubur yang didakwa didengar seorang pekerja Majlis Daerah Tumpat dua minggu lalu, berkemungkinan besar adalah gangguan daripada iblis dan syaitan
   Tidak boleh menolak kewujudan makhluk halus ini. Mereka boleh meniru suara atau menyerupai sesiapa sahaja yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
 Sekiranya mahu mengaitkan suara itu dengan seksa kubur, memang wujud, namun taraf nabi sahaja yang boleh mendengarnya dan setara mana sekalipun kekuatan orang biasa, tidak akan boleh hingga dapat mendengar jeritan seksaan kubur,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan