Sabtu, 8 April 2017

SUASANA di Pasar Besar, Lebuh Cecil, Georgetown, menjadi kecoh, apabila ada nelayan berjaya membawa pulang tangkapan ikan kerabu gergasi seberat 150 kilogram.harga Rm7500












     

SUASANA di Pasar Besar, Lebuh Cecil, Georgetown, menjadi kecoh, apabila ada nelayan berjaya membawa pulang tangkapan besar iaitu seekor ikan kerabu gergasi seberat 150 kilogram.

Percaya ikan gergasi itu bakal memberi keuntungan padanya, seorang pemilik restoran sanggup membida ikan sepanjang 1.8 meter itu dengan harga RM7,5OO.

Pemilik restoran berkenaan, Chew Kean Ghee, 45, membeli ikan gergasi itu daripada nelayan di Pulau Kendi, yang menjual secara tender kepada sesiapa yang berminat.

Menurutnya, dia gembira memiliki ikan kerapu tersebut dan percaya ianya boleh menarik ramai pelanggan yang mahu menikmati ikan segar.

“Ikan kerapu ini akan digoreng atau dibuat sambal, sup dan sebagainya sebelum dijual pada harga serendah RM17 ke atas mengikut tempahan pelanggan sama ada secara individu atau kumpulan,” 
Ini bukan kali pertama Chew membeli ikan gergasi kerana pada tahun 2012 dia pernah membeli ikan kerapu seberat 168 kilogram dengan harga RM7,560 yang ditangkap di perairan Teluk Bahang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan