Selasa, 11 April 2017

RANTAU PANJANG - Misteri terbongkar selepas hampir 40 jam hilang. gambar Allahyarham abangnya berubah menjadi silau tanpa kepala malah menjadi separuh daripada saiz biasa.











   RANTAU PANJANG - Mayat seorang pemuda warganegara Thailand ditemui terapung di Pengkalan Lubok Sungai Golok, selepas hampir 40 jam dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, PPgB Mohd Adni Ibrahim berkata, mangsa, Husin Musa, 36, ditemui orang awam pada jam 8 pagi, kira-kira 20 meter dari lokasi terakhir ditemui.

Menurutnya, mangsa diserahkan kepada ahli keluarga di Thailand untuk urusan pengebumian.

Sementara itu, adik mangsa, Noraini Musa, 29, berkata, sehari sebelum kejadian, dia cuba mengambil gambar Allahyarham abangnya semasa mengemudi perahu, namun gagal.

Katanya, gambar Allahyarham abangnya berubah menjadi silau tanpa kepala malah menjadi separuh daripada saiz biasa.

“Selepas kejadian ini, barulah saya sedar gambar itu seakan-akan memberi petanda kami akan kehilangannya buat selama-lamanya,” katanya.

Dalam pada itu, Noraini berkata, dia juga kesal kerana tidak sempat memenuhi permintaan Allahyarham abangnya untuk bertemu dengan tiga anaknya.

Menurutnya, Allahyarham abangnya sudah berpisah dengan isterinya.

"Arwah bekerja sebagai pembuat sangkar burung dan kerana sibuk, dia tak sempat luangkan masa dengan anak-anak.

“Arwah hanya sempat jumpa anak lelakinya saja, manakala dua lagi bersama bekas isteri dekat Golok,” katanya.
Tiga hari lalu, Husin dilaporkan terjatuh dalam sungai dekat Kampung Bagus pada jam 5.30 petang kerana terkejut dengan kehadiran polis Thailand.
Dalam operasi ini, seramai 25 anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Rantau Panjang serta pasukan Bomba dan  Penyelamat Rantau Panjang menggiatkan usaha mencari dan menyelamat dalam lingkungan empat kilometer dari kawasan mangsa terjatuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan