Rabu, 12 April 2017

Apakah benar Lebuhraya Karak benar-benar diselubungi misteri? muncul pasar orang bunian menghantui pengguna lebuh raya terutama pada waktu malam.












LEBUHRAYA Karak yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan bandar Karak di Pahang mempunyai kisah-kisah misterinya tersendiri sejak dahulu lagi.

Pemandu di kawasan berkenaan sering dimomokkan dengan kisah-kisah seram wujudnya kereta Volkswagen kuning, penumpang misteri, langsuir dan pasar bunian.

Ia seumpama 'urban legend' yang kemudian menghantui pengguna lebuh raya berkenaan sehingga mereka takut melaluinya terutama pada waktu malam. Apatah lagi kemalangan ngeri kerap berlaku di lokasi tersebut yang dikaitkan dengan pemandu diganggu makhluk halus.
   Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.seperti ada sesuatu yang menhalang 

Namun sejauh manakah kebenaran ini? Apakah benar Lebuhraya Karak benar-benar diselubungi misteri atau sebenarnya faktor kecuaian pemandu dan keadaan jalan menjadi punca nahas jalan raya sering berlaku di kawasan tersebut.
Seorang pengguna yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Shakir, 25, berkongsi cerita, dia pernah melalui pengalaman menyeramkan apabila diganggu ketika menggunakan jalan lama Karak.
misteri kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak tidak ada penumpang di temui

Insiden seram itu berlaku ketika dia bersama rakannya menggunakan jalan tersebut untuk ke bandar Bentong.

“Saya dengan dua lagi kawan sekolej dalam perjalanan ke bandar Bentong untuk cari tempat makan. Masa tu kami tinggal di sebuah hotel berdekatan selama dua hari untuk buat kajian.

“Masa tu jam 2.45 pagi dan jalan gelap sungguh. Selepas satu laluan selekoh, tiba-tiba kami nampak cahaya terang dan ada orang berniaga di sepanjang jalan tu," katanya.

Mohd Shakir berkata, mereka yang ketika itu rancak berborak terus terdiam apabila terlihat keadaan seperti itu di tempat yang sunyi.

“Masing-masing terdiam sebab kami tahu mana ada orang berniaga kat jalan lama ni awal pagi. Saya sempat baca segala surah yang saya ingat dalam hati.

“Bila dah lepas kawasan tu, saya jeling di cermin pandang belakang dan nampak keadaan jalan yang gelap gelita," katanya.

Menurutnya, ketika itu dia berasa seram sejuk dan hanya mendiamkan diri sehinggalah mereka berjumpa dengan sebuah kedai makan.

Ditanya mengenai kejadian mistik di Lebuhraya Karak, Mohd Shakir berkata, cerita-cerita mistik memang banyak diperkatakan termasuk ada yang mendakwa nampak orang terjun dari bukit di lebuh raya itu pada waktu malam.

Menurutnya, memang perkara mistik tidak boleh diketepikan tetapi dia percaya kebanyakan kes kemalangan maut yang berlaku adalah disebabkan kecuaian sendiri.

“Sebagai pengguna kita kena lebih berhati-hati dan memandu mengikut had laju supaya tak berlaku kemalangan meragut nyawa,” katanya.

Sementara itu, berbeza dengan seorang penduduk, Mohd Faizzuldin Abdul Rashid, 33, menurutnya dia tidak pernah mengalami kejadian mistik di kawasan tersebut seperti mana yang selalu dibualkan masyarakat.

“Kes-kes kemalangan  yang berlaku di sini  bagi saya disebabkan kecuaian diri sendiri. Mungkin pemandu terlampau mengantuk, letih dan ada  juga memandu kereta dalam keadaan bahaya sehingga menyebabkan nahas," katanya. tapi kita harus percaya kemungkinan ada perkampungan mahluk halus di bukit bukit di gunung di dalam hutan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan