Rabu, 12 April 2017

misteri Pulau Batu Cawan syurga kaki pancing tempat yang menarik untuk Memancing dan di sinilah tempat semua pemancing yang berjiwa berani berkumpul










       Pulau Batu Cawan, Jarak dari pantai Mersing lebih kurang 500 meter.  Dari pantai Mersing kita dapat melihat dengan jelas seolah-olah wujud pulau kecil di tengah laut.

Rata-rata penduduk Mersing mengetahui mengenai cerita ini dan juga lisan daripada orang tua-tua di Mersing.
                                        pulau cawan pandangan dari atas

"Pada suatu ketika dahulu, jika penduduk kampung ingin membuat kenduri-kendara, mereka semua pergi ke Pulau Batu Cawan untuk meminjam segala pinggan-mangkuk di Orang halus yang tinggal di pulau itu. Jika penduduk di Mersing meminjam dan memulangkan dengan betul dan kuantiti yang betul, tidak kira sama ada rosak atau pecah tetapi mesti pulang barangan yang di pinjam dari  gua Pulau batu cawan itu. Setelah beberapa lama kemudian, berlaku penipuan manusia kepada orang halus di pulau itu, kerana tidak memulangkan pinggan mangkuk yang telah di pinjam.. dan sejak itu lah pintu gua pulau itu tertutup.

Pulau Batu Cawan Sebagai tanda di pintu masuk laluan air dari arah laut ke muara Mersing. Kawasan Pulau Batu Cawan ini sangat hampir dengan pantai Mersing. Jika anda perhatikan bentuk Pulau ini sangat mirip dengan bentuk cawan dan sejak dari itu pulau ini di beri nama Pulau Batu Cawan.

    Pulau Batu Cawan ini adalah syurga kaki pancing  tempat yang menarik untuk Memancing dan di sinilah tempat semua pemancing  yang berjiwa berani berkumpul sebab Pulau Batu Cawan tempat tinggal mahluk halus  .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan