Selasa, 11 April 2017

Acara memburu lubuk ikan akhirnya berjaya ditemui di lubuk rahsia di Felda Bukit Rokan Utara.Sekarang musim panas, banyak lubuk airnya makin cetek














      Sekarang musim panas, banyak lubuk airnya makin cetek. Mula-mula saya, anak-beranak sahaja mengoca di lubuk yang dirahsiakan lokasinya, tetapi lama kelamaan penduduk di kampung lain mula memanggil saya untuk turut sama mengoca di lubuk rahsia kampung mereka.


"Jadi bila ada masa lapang saya turut menyertai aktiviti mereka dan bagusnya pelbagai peringkat umur turut serta dalam aktiviti ini, sekali gus tradisi mengoca ini dapat diwarisi oleh generasi muda,aktiviti mengoca di Felda Bukit Rokan Utara, di sini.

Turut hadir, Pengerusi JKKK Felda Bukit Rokan Utara, Mohd Sharif Burok.

Mohd Isam berkata, hasil diperoleh kemudiannya dibahagi-bahagikan sama rata dengan semua penduduk yang menyertai aktiviti berkenaan.
Program santai ini dilihat bukan hanya mampu untuk memanjangkan lagi amalan tradisi masyarakat terdahulu, bahkan mempunyai kekuatannya yang tersendiri, terutamanya dalam mengeratkan hubungan sesama penduduk.

"Anak-anak muda juga turut diajar cara mengoca dengan betul demi keselamatan mereka, terutamanya jika mereka menangkap ikan sembilang memandangkan ikan itu ada bisanya tersendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan