Rabu, 26 April 2017

PERAK - Tasek batu gajah Tempat ini amat sesuai untuk memulakan penjelajahan anda mencari ikan Peacock Bass sebesar kereta kancil di negeri Perak Darul Ridzuan.










PERAK - Peacock Bass (PB) atau dikenali dengan nama tempatanya sebagai Ikan Raja merupakan suatu kegemaran peminat sukan pancing. Di Malaysia ikan ini sedang beraja di Perak, terutamanya di kawasan Lembah Kinta (Tapah, Batu Gajah, Tronoh dan sebagainya)
Tempat ini tidak sukar untuk dijumpai sekiranya anda ke Batu Gajah. Ia terletak bersebelahan dengan "fly over" yang menyeberangi sungai Kinta ke pekan Batu Gajah. Ada sebatang jalan yang menyelinap ke kawasan tepi lombong ini sebelum menaiki "fly over" tersebut. Anda harus mengambil jalan ini. Ada ruang secukupnya untuk meletak kereta di bahu jalan sekiranya anda memandu kereta.

Tempat ini popular di kalangan penggemar pemancing ikan  Peacock Bass  terdapat juga pemancing yang sanggup berjemur untuk mencari ikan Raja lombong ini.

Lombong ini agak besar. Anggaran saiznya adalah lebih kurang sama dengan tasik Prima di Puchong. Akan tetapi bukan semua bahagian tasik ini boleh dipancing kerana tiada jalan masuk. Ini berbeza sekiranya anda cuba dengan sampan atau bot.

Untuk melihat hasil yang baik, menggunakan teknik upan hidup. Ikan seluang
dihanyut dengan pelampung kecil. Keputusanya amat menarik!
Tempat ini amat sesuai untuk memulakan penjelajahan anda mencari ikan Peacock Bass di negeri Perak Darul Ridzuan. Amat bagus sekiranya anda mempunyai bot sendiri. Terdapat banyak tempat yang tidak dapat di pancing kerana tiada jalan masuk...ada penduduk kg berdekatan mengatakan ada ikan raja sebesar kereta kancil termakan umpan pancing dan timbul dekat perahu pemancing di  tengah malam di tengah tasek menyebabkan perahu hampir terbalik kerana terlanggar kepala ikan