PASIR PUTEH: Seorang warga emas berusia 78 tahun mengambil keputusan menghabiskan sisa hidupnya untuk tinggal bersendirian di bawah jambatan, di Kampung Sungai Durian, di sini.
Warga emas berkenaan, Abdullah Mat Jusoh, yang sudah lebih setahun tinggal di bawah jambatan, mahu terus berbuat demikian kerana tidak mahu menyusahkan orang lain. Abdullah yang tidak pernah berkahwin, menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300. Sebelum ini, Abdullah yang juga anak sulung daripada dua beradik menumpang di sebuah pondok usang yang terletak di kawasan kebun getah di kampung itu.
"Sudah lebih setahun saya tinggal di sini, saya ada buat pangkin untuk tidur. Adik dan anak saudara ada mengajak saya tinggal di tempat yang lebih selesa di kampung ini, namun saya menolak kerana tidak mahu menyusahkan orang lain," katanya ketika ditemui di sini, , aktivis masyarakat yang juga pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) The 3rd Force, Raja Shamri Raja Husin, yang melawat Abdullah, berkata pendekatan memujuk warga emas itu untuk tinggal di rumah yang selesa
Raja Shamri Raja Husin, yang melawat Abdullah, memujuk warga emas itu untuk tinggal di rumah yang selesa
"Tawaran untuk membawanya ke rumah penjagaan orang tua di bawah JKM juga ditolak olehnya. "Segala hal berkaitan makan minum adalah bergantung kepada belas ihsan anak saudara serta masyarakat setempat dan juga bantuan bulanan yang diberikan JKM," katanya.