Khamis, 27 April 2017

Misteri Pulau Angsa untuk kaki pancing yang berani menempuh gelombang ombak dan gelombang yang menyeramkan bila malam menjelma...,..................














SELANGOR - Pulau angsa atau boleh juga dikenali sebagai rumah api terletak di dalam negeri selangor. Perjalanan kesana kalau dari KL mengambil masa tidak sampai 2 jam bergantung kepada kesesakan jalan. Biasanya jika travel malam ia tidak sibuk dan cepat sampai.

Dari KL melalui lebuhraya persekutuan terus ke arah klang. Tiba di Klang ikut tanda arah menghala ke Kapar. Seterusnya jalan yersebut akan membawa anda ke kuala selangor. Jeram merupakan daerah sebelum kuala selangor. bertolak dari Kuala Lumpur jam 9.15pm dan tiba di pangkalan jeram (Medan ikan bakar Jeram) jam 10.30pm. untuk menaiki boat ke pulau Angsa anda perlu memastikan waktu air pasang terlebih dahulu. biasanya orang boat akan membawa kita apabila air mula pasang.

sebiji boat. antara bayaran cas perkhidmatan boat antaranya RM250 sebiji boat pergi-balik maksimum 6 orang. dan ada penghantaran mengikut perkepala iaitu RM35 minimum 4 orang sebiji boat.

Misteri Pulau Angsa
 Chalet yang terbiar dan masih boleh digunakan


 Pulau Angsa terdapat Rumah Api yang masih berfungsi dengan baik. Di pulau tersebut terdapat chalet yang telah ditinggalkan oleh pemiliknya setelah sebahagian dari chalet itu terbakar.ada yang mengatakan penunggu mahluk halus  di pulau angsa tidak suka manusia membuat rumah atau chalet di situ  jika di lihat dari segi struktur dan binaan yang masih tinggal chalet tersebut merupakan chalet yang best dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Kami turut dimaklumkan bahawa chalet tersebut merupakan tempat singgahan Sultan Selangor. 
                                        Chalet yang terbakar dan rosak

Dan penjaga pulau tersebut turut menunjukkan bekas bilik singgahan Sultan Selangor. Bayaran RM10 seorang dikenakan untuk memancing diatas tinggalan chalet tersebut. Bayaran dibuat kepada penjaga pulau tersebut.  tidak pasti sama ada penjaga tersebut bekerja dgn jabatan laut ataupun orang tempatan. Menurut beliau mereka hanya bertiga sahaja menjaga rumah api dan chalet tersebut dan pulang ke darat setiap 2 minggu.
bila malan kawasan ni agak menyeramkan di sinilah sering penghuni
chalet melihat wanita tua berbaju kebaya berjalan dan melompat ke hutan di tepi chalet dan ghaib dalam kegelapan malam

Sebahagian chalet yang ditinggalkan terdapat juga bilik yang masih boleh digunakan dan ia berkunci. tetapi bilik tersebut tiada kemudahan toilet yang sempurna seperti bekalan air yang bersih. Oleh itu setiap kali menggunakan tandas anda perlu menggunakan bekalan air hujan yang telah di takung. Chalet yang boleh digunakan tersebut boleh di sewa dengan bayaran RM30 ( Tak pasti pulak sama ada semalam adatau sepanjang berada di pulau). Bagi chalet yang telah rusak dan pecah, toilet memang tidak dapat digunakan terus hanya boleh jadi tempat berteduh sahaja jika berlaku hujan ribut. Bekalan air yang bersih digalakkan dibawa sendiri oleh anda. Tiada bekalan makanan di pulau ini oleh itu kita perlu membawa peralatan memasak dan bekalan makanan yang mencukupi sepanjang berada di pulau tersebut. Kemudahan Elektrik disediakan, oleh itu anda tidak perlu risau bila malam, kerana terdapat lampu, malah anda boleh menggunakan peralatan elektik sendiri seperti Rice Cooker, Cas handphone dan juga menggunakan laptop.

Lokasi Memancing


Untuk memancing anda boleh memilih mana2 lokasi yang terdapat di pulau dan chalet tersebut. Jika air surut anda boleh mengelingi disekitar pulau tersebut dengan berjalan diatas batu. Jika air pasang pulak tempat yang paling sesuai adalah sekitar lokasi chalet tersebut. Terdapat kawasan chalet yang hanya tinggal bentuk simen konkrit sahaja, tiada tempat berteduh juga boleh dijadikan lokasi untuk memancing, tetapi kena la berhati-hati ketika meniti  tiang2 konkrit tersebut.