Rabu, 19 April 2017

Misteri rumah usang di bukit belah di LPT 2 Kawasan Bukit Belah inilah didakwa pengguna terserempak lembaga hitam melintas jalan











Seorang penarik kereta atau “Call Man”, Shamsudian Salleh, 43 berkata, kerjanya sebagai tukang tarik kereta yang mengalami kerosakan akibat kemalangan membuatkannya sentiasa berada di LPT2 dan pelbagai faktor sebenarnya boleh menyumbang kepada kemalangan.

Kisah-kisah mistik yang diperkatakan oleh orang ramai juga bukan perkara asing baginya walaupun tidak pernah mengalaminya sendiri.

Menurutnya, paling banyak tiga kes kemalangan berlaku dalam sehari tetapi kadang-kadang ada juga dalam seminggu tiada kemalangan.

“Antara kisah makhluk halus yang popular di kawasan ini ialah kehadiran lembaga besar di sempadan Ajil dan Bukit Besi.

“Satu lagi gangguan mahkluk berambut panjang dan berpakaian serba putih di sekitar Jerangau dan laluan itu memang berlaku kemalangan.

“Ada juga rakan yang kemalangan selepas terlihat lembaga hitam melintas jalan