Rabu, 19 April 2017

Misteri suara wanita menyanyi di tengah malam terdengar oleh sorang pemancing di kelong kuala Lukut namun ia tetap tenang sambil memancing..












KUALA Lukut pastinya kedengaran asing bagi penduduk luar Negeri Sembilan yang jarang melewati negeri itu kecuali ketika menikmati percutian singkat di bandar Port Dickson yang sememangnya terkenal dengan panorama pantainya.
    pemancing yang memburu ikan gred A bersaiz besar seperti jenahak, kerapu, pari dan GT sebaiknya menggunakan umpan anak ikan seperti tamban atau selar pastinya kedengaran asing bagi penduduk luar Negeri Sembilan yang jarang melewati negeri itu kecuali ketika menikmati percutian singkat di bandar Port Dickson yang sememangnya terkenal dengan panorama pantainya.

Namun, dalam kalangan kaki pancing, Kuala Lukut mempunyai banyak keistimewaan kerana di situlah terletaknya beberapa kelong memancing yang dibina beberapa kilometer dari pantai untuk aktiviti memancing ikan air masin.

 pemancing yang memburu ikan2 gred A bersaiz besar seperti jenahak, kerapu, pari dan GT sebaiknya menggunakan umpan anak ikan seperti tamban atau selar atau umpan tiruan



Di jeti di muara Sungai Lukut pula, aktiviti memancing ikan air tawar menjadi pilihan mereka yang mahu memanfaatkan hobi memancing tanpa perlu bermalam di kelong. Lazimnya, mereka membawa habuan mereka untuk dinikmati di restoran berhampiran.

Menurut pengurus Kelong Koperasi Pelanduk 2020, Mohd. Fauzi Mohd. Zainal, kelong memancing dibuka 24 jam bagi mereka yang ingin menghabiskan masa memancing di kelong berkenaan terutama pada waktu dinihari.



terdapat ikan daun seberat kira-kira 600 gram.termakn umpan pemancing di kelong Kuala Lukut terdapat pelbagai spisis ikan karang seperti jenahak, kerapu, bayan, baracuda dan lain lain


“Berbeza dengan lokasi memancing di tempat lain, di sini kami tidak menyediakan umpan kerana terdapat banyak penjual umpan membuka gerai di sepanjang jalan utama menuju Kuala Lukut.

“Kawasan ini memang sunyi daripada aktiviti pelancongan lain tetapi meriah dengan kehadiran kaki-kaki pancing yang sudah terbiasa dengan pengalaman memancing di kelong-kelong,” katanya yang tinggal di Kampung Pachitan yang terkenal dengan rumah-rumah persinggahan itu.

Fauzi memberitahu, dia mengambil alih penjagaan kelong berkenaan daripada Koperasi Pelanduk 2020 sejak tahun 1998 dan menjadi salah satu kelong memancing yang beroperasi di situ. Kelongnya juga dikenali sebagai Kelong Fauzi


“Selain Kelong Koperasi Pelanduk 2020 ini terdapat beberapa kelong memancing lain turut dibina di sini termasuk beberapa kelong memancing persendirian.

“Rata-rata pengusaha mengenakan harga yang sama iaitu RM350 hingga RM450 untuk menyewa bot memancing, RM3 untuk memancing di jeti dan RM40 untuk memancing di kelong kerana memerlukan perkhidmatan bot untuk menghantar mereka ke kelong,