Terdapat juga penduduk menggunakan peralatan seperti serkap sebagai perangkap ikan sebelum diambil menggunakan tangan di dalam lumpur di tali air
Acara tradisi turun-temurun penduduk Kampung Teluk Paku itu, memberi peluang kepada generasi Y merasai pengalaman nenek moyang terdahulu menangkap ikan tanpa kemudahan teknologi seperti yang ada sekarang.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Teluk Paku, Ayob Mamat berkata, acara itu diadakan setiap tahun bergantung kepada paras air.
acara itu sesuai dilakukan ketika musim kemarau atau tali air mula kering kerana lebih banyak ikan dapat ditangkap dengan lebih mudah, hanya menggunakan tangan berbanding ketika air melebihi paras satu meter.
“Ketika air mencapai satu meter, kita akan gunakan pam air untuk keluarkan air supaya senang untuk tangkap ikan yang bermain di atas lumpur atau lopak air. Cara ini hanya mengambil masa lebih kurang dua jam untuk dapatkan ikan yang banyak.
“Berbanding cara dahulu, nenek moyang kita gunakan daun pinang untuk ‘menimba ikan’ yang memakan masa hingga lewat petang baru dapat kutip hasil (ikan).
“Hampir 100 kilogram ikan jenis haruan, puyu, sepat kedah dan banyak lagi berjaya ditangkap menggunakan tangan pada pesta kali ini dan ia merupakan acara paling meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
“Ikan-ikan ini dimasak dengan menu istimewa iaitu ikan gulai daun kesum yang dijamu khas kepada peserta dan penduduk kampung,