Jumaat, 21 April 2017

Kota Tinggi - Rumah rakit seperti istana bunian di perairan Kampung Tanjung Buai sambil memancing ikan sambil karaoke ...............














    Jojo Rakit  Terletak di perairan Kampung Tanjung Buai, Kota Tinggi, kira-kira 12 kilometer (km) dari Bandar Kota Tinggi dan 30km dari Bandar Penawar, Desaru, 
   Kedudukannya yang dibina di atas paras air laut membuatkan kaki joran mudah melepaskan ‘gian’ memancing. Pada masa yang sama, minat tersebut dapat dikongsi bersama ahli keluarga yang dibawa bersama.
Pengunjung boleh memancing di sekitar Jojo Rakit tanpa mengira masa
kawasan berkenaan merupakan lubuk bagi spesies ikan seperti kerapu, pari, unga, sembilang, merah dan siakap.
Hati pasti berbunga riang apabila berjaya menaikkan ikan-ikan berkenaan. Bukan setakat teruja pada cabaran ‘beradu’ kekuatan dengan ikan yang menyentap umpan, lebih daripada itu, ikan yang akhirnya berjaya dinaikkan menjadi menu utama semasa sesi barbeku.
Setelah puas dan penat memancing, penginap di Jojo Rakit boleh berehat di gazebo, menonton televisyen, menyerlahkan bakat nyanyian di ruang karaoke mahupun bersiar-siar menaiki bot.

Dengan hanya membayar kos penginapan mengikut keselesaan, pengunjung boleh menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan.
Bagi mereka yang hadir berkeluarga, kelainan pasti dirasai apabila momen istimewa percutian diisi dengan aktiviti memasak. memancing dan makan bersama sambil ditemani orkestra samudera.
Bagi yang ingin menikmati hidangan masakan masyarakat tempatan, pakej serendah RM5 hingga RM15 membabitkan menu sarapan hingga makan malam turut disediakan.

Pengurus Jojo Rakit, Syed Ben Bella Alhabshee Syed Agil berkata, Jojo Rakit yang diilhamkan daripada apungan 200 tong pelampung mampu menerima kedatangan antara 80 hingga 200 orang pengunjung pada satu masa.
Beliau yang lebih mesra dipanggil Bella berkata, Jojo Rakit mempunyai 11 buah bilik dan empat bilik air dengan kadar sewa mengikut saiz iaitu bilik besar mampu memuatkan lima individu berharga RM120, sederhana untuk empat orang (RM80) dan RM70 untuk bilik kecil yang boleh memuatkan tiga orang.

“Setiap bilik dilengkapi katil, kipas dan televisyen malah pengunjung boleh menonton kira-kira 20 saluran Indonesia, Singapura dan Malaysia dengan jelas.
“Kami turut menyediakan pakej bot untuk memancing dengan kadar bayaran RM180 hingga RM220 bergantung kepada muatan bot.
“Kadar sewaan bot laju yang memuatkan seramai enam hingga lapan orang untuk tujuan bersiar-siar pula ialah RM300 sementara kayak pula boleh disewa pada kadar RM15 sejam,”