Khamis, 20 April 2017

PARIT BUNTAR - Lubuk udang galah di sungai kerian pemancing tegar di Sungai Kerian boleh mendapat hasil tangkapan sehingga lima kilogram sehari












        Parit Buntar, lokasi memancing udang galah Sungai Kerian. Kalau anda seorang kaki pancing udang galah, saya fikir tentu anda sudah sedia maklum bahawa Sungai Kerian merupakan antara sungai di Malaysia yang mewah dengan udang galah.

PENANGKAP udang galah di Sungai Kerian boleh mendapat hasil tangkapan sehingga lima kilogram sehari.

Berdekatan dengan Parit Buntar ialah Nibong Tebal, dan di satu lokasi iaitu di Ampang Jajar, Nibong Tebal ialah tempat pelepasan anak-anak udang galah setiap tahun. Jadi, jangan pelik kenapa Sungai Kerian masih menjadi tarikan kaki pancing udang galah.

Tak perlu pun naik bot untuk memancing udang galah, cukup hanya memancing dari tebing sungai, 

Kalau anda berlapangan, bolehlah cuba menduga Sungai Kerian memancing udang galah. Boleh je naik ETS  atau Komuter dari Ipoh dan Padang Besar. Atau buat kaum lelaki, di waktu si isteri bershopping sakan di Pasar Kemboja Parit Buntar, bolehlah lepak-lepak lihat gelagat kaki pancing udang galah di sekitar Dataran Pinggiran Sungai Kerian yang menjadi antara lokasi strategik memancing udang galah di Parit Buntar, Perak.




Selain dari Dataran Pinggiran Sungai Kerian, satu lagi lokasi memancing udang galah ialah di atas Jambatan Kerian yang menghubungkan bandar Parit Buntar, Perak dengan Bandar Baharu, Kedah. In Sha Allah, setiap malam anda akan lihat ramai kaki pancing udang galah seolah berpesta di atas jambatan tersebut.