Jumaat, 21 April 2017
Kuala Lumpur: Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai Raja Bomoh ditahan polis di Segamat, Johor, semalam...........................................
Kuala Lumpur: Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai Raja Bomoh ditahan polis di Segamat, Johor, semalam.
Menurut sumber, Ibrahim ditahan pada jam 2.30 pagi di sebuah hotel di bandar itu.
Ibrahim sering melakukan upacara pelik termasuk pada 13 Mac lalu dia melakukan ritual di hadapan Institut Perubatan Forensik Nasional, Hospital Kuala Lumpur kononnya ‘memagar’ Malaysia daripada diserang negara asing khususnya Korea Utara.
Susulan itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan sebarang ritual dijalankan Ibrahim kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut dilaporkan berkata, polis menjejaki bomoh terbabit kerana disifatkan merosakkan imej Islam.