Sabtu, 18 Mac 2017

TUMPAT - Misteri penunggu di Jubakar Pantai Tumpat mayat yang dibunuh lalu reput di situ menyebabkan kawasan berkenaan "berpuaka" dan "mengusik".












         TUMPAT, KELANTAN:  KUALA TUJUH yang terletak di Jubakar Pantai, Tumpat, Kelantan memang agak tersohor kerana pemandanga  dan sungainya yang menarik. Bukan itu sahaja, kawasan tersebut juga menjadi sebuah tempat yang paling aktif di kalangan kaki pancing untuk melabuhkan joran mereka kerana kawasan itu dikatakan dihuni spesis ikan yang agak banyak selain sebuah kawasan menangguk udang kerana keadaannya yang berteluk. Dikatakan juga spesis udang di situ secara berkawan, dengan demikian bagi penggemar udang mereka tidak ingin melepaskan peluang kerana rezeki pastinya terpampang di hadapan mata apabila berjaya ke Kuala Tujuh.

     Walau bagaimanapun, tanpa disangka Kuala Tujuh yang turut dikenali sebagai "hujung kuala" tiba-tiba berubah wajah dan kawasan tersebut seolah-olah sebuah kawasan yang agak mengerikan. Setiap kali malam menjelma, mereka yang lemah semangat pastinya tidak ingin cuba mencari pasal untuk berkunjung ke Kuala Tujuh. Ini kerana, semenjak kejadian sekujur mayat yang dibunuh lalu reput di situ menyebabkan kawasan berkenaan "berpuaka" dan "mengusik".
       Tuan Mustafa Tuan Musa dari Kampung Kuala Batas, Tumpat, Kelantan bersedia berkongsi pengalamannya turut disakat di tempat terbabit ketika berkunjung ke hujung kuala itu bersama seorang rakannya yang ingin menangguk udang.
                                         Tuan Mustafa bin Tuan Musa

     Pada mula-mula saya masuk ke situ, saya lihat sebatang pokok yang ada di hujung kuala itu lihat (gambar di bawah) tiba-tiba tunduk ke bawah. Pada masa yang sama, saya lihat pula pokok itu menegak dalam keadaan asalnya.


"Walaupunn begitu, saya tidak pedulikannya kerana menganggapnya sebagai biasa sahaja. Selang beberapa ketika, saya lihat pokok tersebut patah secara tiba-tiba di hadapan saya sendiri. Saya tidak dapat lihat sama ada ranting atau dahannya yang patah, sebab suasananya agak terlalu gelap.
    Apabila ditanya, mengapa hal tersebut terjadi di kawasan kuala tujuh, apa kaitan dengan pokok besar dan Kuala Tujuh yang menyebabkan kejadian yang dialaminya pada malam itu. Beliau menjelaskan, sememangnya pernah berlaku kematian di Kuala Tujuh itu. Katanya, salah seorang mangsa tetak (bunuh) dibiarkan menghabiskan riwayat hidup di kawasan hujung kuala itu. Mayat yang terbaring tidak bernyawa di kawasan terbabit tidak dipedulikan dan semenjak saat itu, kawasan Kuala Tujuh itu berpuaka dan mengusik siapa sahaja yang berkunjung ke situ. Beliau agak, kemungkinan kawasan tersebut telahpun dihuni penunggu yang dikenali sebagai makhluk halus disebabkan hal yang sedemikian.
    Tambahnya, bagi yang berani tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan apabila melalui kawasan Kuala Tujuh itu, namun bagi yang dianggap penakut mereka pastinya tidak akan menjejakkan kaki ke kawasan hujung kuala itu. Sehingga hari ini katanya, beliau seakan fobia untuk ke Kuala Tujuh semula kerana kejadian usikan yang agak keras di kawasan berkenaan seolah-olah tidak membenarkannya terus ke situ.
   Selepas kali pertama jorannya digoyang, beliau masih meneruskan aktiviti memancing di kawasan hujung kuala itu dengan harapan dapat membawa pulang hasilnya sama ada ikan mahupun udang pada malam terbabit. Buat kali kedua juga jorannya digoyang dengan agak kasar. Namun, beliau tidak pedulikan hal itu, beliau meneruskan aktiviti memancing itu tanpa memikirkan sesuatu yangt cuba mengganggunya. Selang beberapa minit kemudian, didapati jorannya digoyang dan ditarik dengan agak kasar.
     Berasa sesuatu yang tidak kena dengan jorannya digoyang dan ditarik beberapa kali, beliau kemudiannya angkat kaki meninggalkan kawasan tersebut lalu bergegas pulang ke rumah tanpa memperolehi hasilnya. Buat kali kedua beliau gagal dalam misinya untuk mendapatkan hasil yang dihasratkan disebabkan gangguan penunggu Kuala Tujuh itu.
      Sambungnya, berikutan kejadian gangguan itu menyebabkan aktiviti memancing serta menangguk udang di Kuala Tujuh seolah-olah tidak lagi dipedulikan. Mereka yang berkunjung ke situ terdiri daripada kalangan yang berjiwa kental. Bagi yang lemah semangat, sekali gertak saja sudah lari lintang-pukang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan