Sabtu, 18 Mac 2017

gadis 14 tahun yang di gilis lori 18 january tahun lalu sehingga kedua-dua kakinya putus di bawah paras lutut dapat hadiah set dram daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak














      Sabak Bernam: “Sejak dimasukkan ke hospital hingga ke hari ini, .pelbagai cerita mengenai saya dikeluarkan....terima kasih kerana banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya,” kata Siti Nuraisyah Sahrin, 14, atau Ecah.

Menurutnya, sejak tragedi menyayat hati pada 18 Januari tahun lalu sehingga kedua-dua kakinya putus di bawah paras lutut akibat digilis lori dalam satu kemalangan, 


Ecah berkata, setiap cerita yang keluar dalam media cetak dan elektronik terutama di facebook memberi kesan kepada dirinya dan keluarga.
                                 Roslan mengangkat ecah pulang dari sekolah

“Sebelum ini saya biasa saja dan tiada apa-apa, tetapi selepas pelbagai cerita keluar sejak kemalangan itu, saya dikunjungi pelbagai pihak yang memberi banyak bantuan.

“Lebih menggembirakan apabila saya dapat hadiah set dram daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahun lalu yang menjadi impian saya selama ini,” katanya ditemui di rumahnya.

Menurut Ecah, walaupun dia kini serba kekurangan, namun sokongan pelbagai pihak masih diterima dan dia sangat terharu serta bersemangat dalam menjalani kehidupan harian.

“Walaupun ada kekurangan, namun saya dikelilingi keluarga, rakan serta cikgu yang banyak membantu.

“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus membantu dan mendoakan kesejahteraan saya,” katanya.

Menyentuh mengenai kenangannya selepas kejadian menyayat hati itu, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap 
“Meskipun ketika itu saya terkejut dan penat kerana ramai orang melawat saya di hospital, namun saya berterima kasih kepada semua yang banyak memberi sokongan.

“Saya tidak akan lupakan sepanjang di HTAR, saya menjadi tumpuan pelbagai media termasuk HM yang setia menemani saya sepanjang di situ,” katanya.

Kisah Ecah menjadi tular selepas gambarnya yang tidak menangis selepas kejadian itu tersebar di media sosial pada hari kejadian.

Selepas kedua-dua kakinya digilis lori, Ecah dilihat tidak menitiskan air mata.

Sementara itu, bapa tirinya, Roslan Sardi, 41, berkata, sejak kejadian itu Ecah menjadi tumpuan bukan saja media cetak dan elektronik tetapi juga pemimpin negara, badan bukan kerajaan hingga orang ramai.

Menurutnya, Ecah anak yang kuat dan tabah dan sebagai bukti kejadian itu menggambarkannya.

“Saya tidak tahu bagaimana Ecah dapat kekuatan kerana dia bukan saja tak menangis selepas kejadian tetapi pada malam kejadian itu dia sempat bergurau dengan adik beradik lain.

“Sejak Ecah terbabit kemalangan sehingga dia bertanding untuk menjadi atlet, 

Mengenai kehidupan Ecah ketika ini, , selain mengikuti sesi persekolahan seperti biasa Ecah juga giat menjalani latihan angkat berat sebagai persediaan menghadapi pemilihan ke Sukan ASEAN Para Games di Kuala Lumpur tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan