Khamis, 16 Mac 2017

KUALA KRAI - Misteri terbongkar di sebalik semak samun ada gua yang unik di huni oleh makhluk halus sejak ratusan tahun hingga sekarang





     


       KUALA KRAI, KELANTAN:  GUA KERIS yang terletak di daerah Dabong, Kuala Krai, Kelantan adalah sebuah gua yang agak menarik. Berbanding dengan gua-gua yang lain, Gua Keris terlalu mudah untuk disusuri dan didaki sehingga ke puncaknya memandangkan susur laluannya agak ringkas dan pendek. Pendakian terakhir untuk sampai ke puncak hanya sampai di tingkat tiga.
                                                       batu menyerupai keris
                                        
Sejarah dan asal usul dinamakan Gua Keris berpunca daripada bongkah batu yang menyerupai "sebilah keris" yang seolah-olah terpacak di tingkat satu dan boleh dilihat oleh setiap pendaki apabila tiba di tingkat berkenaan. Dikatakan juga, bersebelahan bongkah sebilah keris ini dihuni oleh seorang "pertapa" mahluk halus atau digelarkan sebagai "pendita" berikutan terdapat sebuah tempat yang agak bersih apatah lagi kolam yang dikatakan tempatnya mengambil air wuduk sentiasa ditakungi air yang menitis dari puncak gua.
     
                           Sebuah kolam kelihatan di suatu sudut di tingkat tiga.

  Untuk memasuki Gua Keris terpaksa meredah semak-samun  becak air dan lumpur,Di tingkat satu dalam gua berkenaan,  agak luas dan dgua berkenaan muat diduduki lebih daripada 10,000 orang. Keadaan batu-batunya agak menarik yang dipenuhi dinding, keadaannya juga agak bersih seperti ada yang menjaga dan membersih tempat ini dan menarik mata memandang.
    
                                            batu bercahaya di tingkat 3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan