Khamis, 16 Mac 2017

BR1M 2017 dapat voucer ramai orang tua mengeluh kerana kena pergi bank walaupun keadaan uzur Orang tua yang sakit atau tak boleh jalan









          KUALA TERENGGANU, - Seramai 59 warga emas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir yang uzur, menerima baucar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang disampaikan sendiri Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

Bantuan itu diserahkan Jailani yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu di rumah penerima terbabit yang uzur atau terlantar sakit.

"Kita akan menyerahkan baucar ini kepada mereka secara berperingkat dan pada masa sama dapat menziarahi mereka untuk mendengar masalah yang dihadapi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan baucar BR1M itu di sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Manir, Yusof Awang Hitam berkata pihaknya mengambil inisiatif menghantar baucar BR1M bersama bantuan barangan keperluan harian kepada keluarga berkenaan untuk meringankan beban kewangan mereka.

"Hari ini kita sempat mengunjungi sembilan pesakit dan kesemua mereka menerima bantuan kerajaan Persekutuan secepat mungkin," katanya. 

Bagi Zaleha Omar, 56, beliau terharu dengan kunjungan itu yang menunjukkan pemimpin prihatin dengan kesusahan hidup mereka ketika ini.

"Ayah saya, Omar Awang, 81, biasanya pergi sendiri ke pusat pengagihan BR1M setiap tahun namun sejak terlantar akibat sakit tua tahun lalu, beliau tidak mampu lagi bergerak ke mana-mana.

"Syukurlah Pejabat Penyelaras DUN Manir sudi menghantar bantuan ke rumah, kami sangat menghargainya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan