Jumaat, 3 Februari 2017

TUMPAT - Misteri seorang lelaki di langgar secara tiba tiba oleh makhluk halus waktu balik mengaji di jalan Tanah Perkuburan Kampung Menjual.












                                            Tanah Perkuburan Kampung Menjual.

  Pengalaman misteri Mohd. Fadli bin Anuar, 28, dari Kampung
 Menjual, Tumpat   Katanya, ketika hari kejadian berlaku pada 
pukul 7.30 malam, di mana pada masa itu beliau sedang 
menunggang basikal ke rumah seorang guru Al-Quran 
untuk belajar muqaddam. Semasa beliau sedang menunggang itu
 tanpa diduganya beliau telah melintasi kawasan perkuburan 
terbabit. Dengan tidak disangkanya, basikal yang ditunggangnya
 itu dilanggar secara tiba-tiba oleh sesuatu yang tidak dapat 
dilihat dengan mata kasarnya dan terkena di sebelah kanannya.
 Disebabkan rempuhan kuat makhluk ghaib itu menyebabkan 
basikal yang ditunggangnya itu terbabas lalu terbalik. Paling 
membuatkan beliau terkejut sewaktu basikalnya dirrempuh 
dengan agak kuat itu, beliau terdengar suara mengilai seperti 
seorang perempuan dengan agak jelas.

"Memang pada mulanya saya agak panik kerana basikal saya 
dilanggar secara tiba-tiba. Akibat rempuhan kuat dari benda 
yang saya tidak nampak, menyebabkan basikal yang saya
 tunggang terbalik.

"Saya tidak pasti benda apa yang langgar saya secara tiba-tiba itu.
 Tapi, kalau tidak nampak dengan mata, tentulah makhluk halus",
 ujar Fadli sambil tersenyum mengingati pengalamannya itu.

dalam keadaan kelam kabut itu matanya melihat ke kiri dan ke
 kanan jalan dan ketika itu dengan tiba-tiba beliau terlihat
 kelibat suatu lembaga seperti seorang perempuan sedang 
melintasi di tempat beliau terjatuh itu. Beliau tidak pasti
 lembaga perempuan itu, tetapi setahunya lembaga 
perempuan berkeadaan seperti itu dikenali sebagai 
"pontianak" kerana beliau hanya dapat melihatnya 
seperti bayang-bayang dan dalam keadaan samar-samar 
sahaja di mana selepas itu makhluk tersebut terus ghaib.



1 ulasan:

  1. Rencana dan foto yang tuan ambil ini (ciplakan, curi) dari rencana saya sebagai penulis asalnya berjudul "Misteri Dilanggar Pontianak". Rencana ini telah disiarkan dalam majalah RELATIF: SIRI 01 pada 24.12.2011. Sepatutnya, setiap penulis yang berhemah dan mempunyai etika dalam penulisan hendaklah menulis "sumbernya". Dengan ini, saya minta tuan gugurkan dengan segera sebelum saya buat aduan kepada: 1. Blogspot/Google 2. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) 3. Bahagian Hak Cipta, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia 4. Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Penerbitan). - AZMI MOHD. SALLEH.

    BalasPadam