Sabtu, 4 Februari 2017

KOTA BHARU - Misteri kemunculan wanita cantik di jambatan biru di Kampung Tok Dokang Pengkalan Chepa di kawasan tanah perkuburan lama













KOTA BHARU - Shamsuddin Ahmad, dari Taman Uda Murni,
 Jalan Pengkalan Chepa dekat sini. Beliau turut menceritakan 
pengalamannya bertembung dengan perempuan cantik yang 
nampak jelas dari cahaya lampu ketika perempuan tersebut 
melintasi hadapan kenderaannya di sebuah jambatan biru di 
Kampung Tok Dokang kira-kira jam 8.05 malam, di mana
 kejadian penuh misteri
   Paling menghairankannya ialah, ketiga-tiga perempuan aneh
 dan misteri itu dapat meloloskan diri dengan mudah dari arah
 kanan kenderaannya yang dipagar dengan dawai besi menuju ke 
sebelah kiri yang juga dipagar dengan dawai besi di mana kawasan 
berkenaan masih diseliputi hutan belukar malah terdapatnya anak
 sungai, kemudian ketiga-tiga perempuan aneh itu ghaib serta merta
 di situ
                 Sewaktu ketika dahulu, kawasan ini adalah tanah perkuburan

    Selepas melihat kejadian penuh misteri yang tidak diduganya, 
anak perempuannya bernama Siti Nor Amira yang ketika itu berusia 13 
tahun dan anak lelakinya bernama Faiz berusia 7 tahun tiba-tiba 
muntah secara tiba-tiba Saya cuba imbas kembali peristiwa dilintasi 
tiga perempuan muda dan cantik itu. Saya percaya, ketiga-tiganya
 bukanlah manusia sebaliknya makhluk halus. Kalau tidak, masakan
 di tengah-tengah malam di kawasan hutan belukar itu dapat berjalan 
tanpa bantuan cahaya lampu. Inikan pula dapat meloloskan diri dari 
pagar dawai besi.
    jambatan biru yang dibina pada tahun 2000 itu sewaktu ketika dulu merupakan sebuah tanah perkuburan Islam di Kampung Tok Dokang.
 Tetapi apabila perkuburan berkenaan dibersihkan untuk dipindahkan
 ke tanah perkuburan baru di Kampung Banggol dipercayai wujudnya
 perkara-perkara misteri dan mengusik yang turut dialami oleh
 penduduk di kampung sekitarnya.

          Di sinilah pemandu kenderaan Pajero maut dan keluarnya cahaya misteri di malam hari.


     Semasa usaha untuk membersihkan dan memindahkan kubur 
untuk pembinaan sistem pengairan dan saliran (tali air) serta sungai
 menyebabkan enjin jentera penggali tanah terhenti dengan sendirinya 
untuk beberapa kali. Ini memungkinkannya bahawa, berpunca dari 
usaha yang dilaksanakan itu tidak dilakukan dengan sempurna
 sebagai penyebab kejadian-kejadian pelik di kawasan itu.
   kejadian misteri bertembung dengan perempuan muda dan 
cantik di kawasan itu bukan sahaja dialami beliau sahaja, 
sebaliknya turut 
dialami oleh beberapa penduduk di kampung itu sendiri. Ia kerap 
berlaku terutamanya apabila tibanya waktu Maghrib hingga seawal 
jam 3.00 pagi.
      Mek Nab binti Ismail pernah mengalami peristiwa yang agak memeranjatkannya sewaktu melalui kawasan terbabit. Ketika itu
 beliau baru pulang dari rumah abangnya di Kampung Perupok 
Banggol dan kebiasaannya jambatan biru itulah sebagai jalan 
penghubung yang paling dekat.
      Sewaktu sedang melalui jalan itu, dari jauh beliau ternampak
 cahaya terang dari arah kepala jambatan biru itu sedangkan jalan 
sedang dilaluinya gelap pekat. Beliau agak hairan, siapa pula yang 
berkhemah di kawasan jambatan biru itu di malam hari begini, bisik 
hatinya
     dengan jelas tiga perempuan muda dan cantik yang tidak dikenali menyambut tangannya dan mengajaknya bermain-main bersama. Pada mulanya, beliau menolak pelawaan tiga perempuan aneh itu kerana 
ingin cepat pulang akibat terlalu keletihan.
    Dengan tiba-tiba tangannya dipegang dan ditarik dengan lembut lalu tubuhnya diputarkan membentuk satu bulatan di mana beliau berada di tengah-tengah dan dikelilingi ketiga-tiga perempuan aneh berkenaan.
 Sambil bermain-main dengan perempuan aneh yang tidak dikenali itu, 
beliau terdengar nyanyian lagu merdu dari ketiga-tiga perempuan misteri berkenaan sambil menari penuh syahdu.
       Semasa sedang menari dan berjoget, beliau ditelangkup dengan 
payudara wanita misteri itu beberapa kali. Keadaan demikian 
menyebabkan pernafasannya agak sesak dan kelemasan kerana
 ukuran payudara perempuan tersebut sebesar baldi.
     beliau seterusnya diajak oleh tiga perempuan aneh itu ke
 rumahnya yang agak besar dan cantik. Sewaktu beliau memasuki
 rumah tiga perempuan itu, beliau merasakannya agak tinggi tidak sebagaimana rumah yang dibina oleh manusia.
    Beliau kemudiannya dihidangkan dengan nasi di mana berasnya 
amat putih dan bersih. Setelah memakannya, antara sedar atau tidak,
 beliau terlihat ada beberapa orang sedang mencarinya dan beliau pasti bahawa apa yang dilihatnya itu ialah kaum keluarganya yang bernama 
Pak Mat dan Pak Soh kelihatan sedang mundar mandir mencarinya di
serata arah di kawasan belukar itu.
    Beliau cuba memanggil-manggil dan menjerit ke arah keluarganya dan orang ramai untuk menunjukkan dirinya ada di kawasan itu tetapi tidak didengari oleh mereka, seolah-olah suaranya tersekat.
apabila tersedar 
     keesokan harinya, beliau mendapati dirinya berada dalam semak pohon kapal terbang yang telah pun musnah seperti dipijak-pijak.