PASIR MAS, KAMPUNG Penggu yang terletak di daerah Bunut Susu,
Pasir Mas, Kelantan pada masa dulu adalah sebuah hutan belukar.
Kampung berkenaan mendapat nama berikutan kawasan hutan berkenaan
banyak ditumbuhi pokok penggu yang tumbuh subur selain masih kelihatan
sehingga hari ini semak-samun dan hutan belukar mewarnai landskap
kampung terbabit.
Kejadian gangguan makhluk halus yang dialami oleh beberapa orang
penduduk dari kampung berkenaan memang sering berlaku bukan
sahaja semenjak penerokaannya, tetapi di zaman moden hari ini pun
kejadian disakat lembaga yang dikatakan 'penghuni asal' di hutan tersebut
sering berlaku terutamanya kepada penduduk yang tinggal agak jauh ke
pedalaman yang terpaksa meredah dan melalui hutan belukar serta semak-
samun di kampung terbabit.
Pengalaman salah seorang penduduk dikenali Rokiah binti Abdullah, 62,
atau Kak Yah yang merupakan warga emas dan penduduk asal kampung
terbabit tidak menafikan kejadian gangguan makhluk halus pernah dialami
oleh beberapa penduduk kampung berkenaan.
Menurut Kak Yah, Aminah (jiran sekampung) nya sering menggunakan
sebuah lorong di mana di sebelah kiri dan kanan laluan itu kini masih lagi
dipenuhi hutan belukar dan semak-samun untuk ke tempat kerjanya.
Kejadian yang belaku jam 6.00 pagi pada 15 Julai, 2010 itu tidak pernah
dialaminya sebelum ini, namun apabila beliau melewati lorong yang agak
suram pada pagi itu secara tiba-tiba belakangnya ditepul oleh seseorang
dengan agak kasar. Terkejut akibat ditepuk dengan agak kuat apatah
lagi pada masa itu tiada sesiapa di situ kecuali dirinya sahaja menyebabkan
Aminah berlari sekuat hati sambil menangis teresak-esak. Ketika kejadian,
Aminah sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kedai
memproses ayan segar yang terletak di tepi laluan utama
di Kampung Penggu itu.
"Kak Yah cuba sentuh tubuh Aminah, tubuhnya sejuk semacam. Pada
mulanya, Kak Yah tak tahu juga bagaimana nak pulihkan Aminah yang
tersampuk lembaga itu. Sekadar tepuk dan tiup bolehlah", ujar Kak Yah
yang sekadar tukang urut wanita dikenali ramai di Kampung Penggu itu.
selepas tubuh Aminah ditepuk berulang kali Aminah didapati sihat, boleh
bangun dan berjalan seperti biasa.Aminah dikatakan terkena sakat buat kali
kedua juga di tempat yang sama. Tetapi kejadian kali kedua itu tidak
memudaratkannya tidak sebagaimana kali pertama sebelumnya. Walau
bagaimanapun, sehingga hari ini sama ada Aminah pasti akan disakat lagi
buat beberapa kali berikutnya, Aminah tetap menggunakan lorong tersebut
kerana itulah laluan utama untuk ke tempat kerja dan pulang ke rumahnya
sebagaimana selalu.
"Kak Yah tidak pasti makhluk halus jenis apa yang muncul di lorong itu.
Tetapi setahu Kak Yah, lembaga yang menyakat Aminah itu adalah makhluk
yang tinggal di situ sejak sekian lama
Menurut Kak Yah, Aminah adalah seorang gadis jati dari Kampung Penggu
dan selepas beliau berumahtangga, beliau berpindah ke kampung suaminya
di Kuala Krai. Selepas memperolehi tujuh orang anak hasil perkahwinannya,
beliau didapati bercerai lalu pulang semula ke Kampung Penggu
Apabila ditanya sebab-sebab jelmaan lembaga ghaib di kampung itu,
Kak Yah menjelaskan puncanya ialah banyak makhluk saka telah dibuang
di kawasan itu kerana pada masa dulu keadaan kampung penggu adalah
hutannya agak tebal
Tempat inilah menjadi tempat perbuangan Saka. Apabila kawasan ini dibuka,,
jadi makhluk itu menganggap manusia telah menceroboh tempatnya suatu
ketika dulu, namun pada masa dirinya meningkat remaja beliau dapat tahu
salah seorang bomoh mengadakan jamuan yang diletakkan di beberapa tempat
dalam hutan di kampung terbabit untuk tujuan memudahkan pembukaan hutan
dan dijadikan perkampungan. Upacara ini dilakukan pihak terbabit setahun sekali.
jamuan itu sebenarnya sebagai makanan makhluk jin dan syaitan dengan
harapan tidak mengganggu manusia dan generasi selepasnya.itulah menyebabkan
makhluk berkenaan yang masih wujud di situ seperti menagih janji yang tidak
ditunaikan oleh manusia yang pernah memberikan makanan kepada (hantu)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan