Selasa, 7 Februari 2017

TUMPAT - Misteri rumah makcik Zainab di Kampung Bunga Emas, Penambang upacara menangkap hantu yang suka membakar kain baju dalam rumah












KOTA BHARU, :  SELURUH penduduk Kampung Bunga Emas, Penambang Tumpat dekat sini tiba-tiba menjadi gempar apabila mendapat tahu tentang kejadian "Api! Misteri". Kejadian tersebut bukan sahaja melibatkan baju dan pakaian yang ada di rumah terbabit terbakar, namun agak pelik apabila barangan pemiliknya sendiri termasuk cucunya serta menantunya hilang akibat disorok oleh makhluk yang tidak kelihatan dengan mata kasar itu.
     Zainab binti Sulaiman, 75, yang membahasakan dirinya sebagai Mak berkata, sebelum wujudnya api misteri itu sejak 26 Disember, 2010 beberapa barangan miliknya sendiri diikuti barangan milik cucunya serta menantunya telah disorok. Ini termasuklah wang ringgit serta telefon bimbit.

"Pada mula-mula kejadian, telefon bimbit Mak hilang dan selepas itu wang ringgit pula. Mak ingat diri Mak sahaja jadi mangsa, rupa-rupanya cucu dan menantu Mak sendiri pun alami nasib yang sama", katanya sebelum kejadian 'api misteri' itu.yang membahasakan dirinya sebagai Mak berkata, sebelum wujudnya api misteri itu sejak 26 Disember, 2010 beberapa barangan miliknya sendiri diikuti barangan milik cucunya serta menantunya telah disorok. Ini termasuklah wang ringgit serta telefon bimbit.

  "Pada mula-mula kejadian, telefon bimbit Mak hilang dan selepas itu wang ringgit pula. Mak ingat diri Mak sahaja jadi mangsa, rupa-rupanya cucu dan menantu Mak sendiri pun alami nasib yang sama", katanya sebelum kejadian 'api misteri' itu.
                                                      Zainab binti Sulaiman, 75,(mak)

     Kejadian baju dan pakaiannya disorok tidak selesai setakat itu kerana kejadian yang kedua turut disorok di tempat yang sama. Namun, sesukar mana sekalipun beliau terpaksa berusaha mengambilnya untuk dipakai. Disebabkan makhluk yang menyorok pakaiannya di balik almari itu seperti dicabar sedemikian rupa, akhirnya makhluk terbabit mengangkat kesemua baju dan pakaiannya lalu ditimbunkan di atas beg tilam tempat tidurnya. Melihatkan banyaknya baju dan pakaiannya bertimbun yang dilonggokkan di atas beg tilamnya itu, beliau mengambil baju dan pakaiannya itu untuk disangkut agar tidak berselerakan.
   Walau bagaimanapun, kejadian menyorok dan menimbun pakaiannya telah berakhir. Kerana itu, beliau beranggapan kejadian sedemikian habis setakat itu sahaja dan tidak menduga kejadian berikutnya ialah baju serta pakaian yang telah disangkutnya itu kemudiannya dipotong (digunting) kecuali kain-kain yang lainnya tidak. Kejadian berkenaan berlaku di siang hari. Selepas kejadian 60 helai pakaiannya dipotong, bermulalah episod baju yang dipakainya dibakar sehelai demi sehelai.
    Bukan baju Mak saja dibakar, kain yang sering Mak pakai pun turut dibakar seumpama makhluk halus itu ingin membalas dendam terhadap Mak.

                 Api Misteri' melintasi anak tangga rumah Zainab yang sempat dirakam

   "Pada mulanya, makhluk itu membakar baju dan kain Mak yang ada di lantai dan disangkut di luar almari. Apabila kesemuanya habis dibakar, tiba-tiba makhluk itu membakar pakaian Mak yang disimpan di dalam almari termasuklah kain sarung, baju-T yang Mak lipat habis dibakar termasuk almari yang berisi pakaian
    semenjak beliau berpindah dari Penambang Hilir yang didudukinya sekarang selama 40 tahun itu, inilah kejadian yang agak luar biasa dialami oleh beliau dan keluarganya.
  Dengan tiba-tiba makhluk ghaib yang merayau di dalam rumahnya itu bertindak menyembunyikan telefon bimbit milik cucunya pula di mana makhluk halus itu mencuri telefon bimbit milik cucunya itu lalu diletakkan di atas kitab suci Al-Quran. Kejadian itu memang diketahui ketika cucunya masuk ke tandas untuk mengambil air wuduk dan ketika itulah cucunya terkejut kerana telefon bimbit miliknya hilang lalu memaklumkannya kepada beliau. Bukan telefon bimbitnya saja, ini termasuk juga wang tunai milik cucunya yang berjumlah RM25, kad pengenalan, kad ATM bank semuanya turut hilang. Selama tiga hari cucunya mencari dokumen miliknya itu yang disorok oleh makhluk halus di rumahnya. Selepas tempoh itu, barulah kesemua dokumen miliknya ditemui di dalam almari di ruang tamu dan di bawah sehelai kertas sedangkan cucunya meletakkan dokumennya di dalam bilik tidurnya sendiri.
  Disebabkan itu, bukan keluarganya sahaja yang turut berasa hairan, namun jiran tetangganya juga seakan fobia dengan kejadian itu kerana bimbang dialami oleh mereka pula. Katanya, kerana itulah terdapat daripada kalangan jiran-jirannya yang datang melihat sehingga tiga kali semata-mata ingin mengetahui perkembangan api misteri dan kejadian barangan beliau dan cucunya disorok.
   selang beberapa kejadian yang menimpanya, kain sembahyangnya yang digulung dan dibalut dengan getah pengikat, tanpa diduganya kain sembahyangnya itu dialihkan lalu dicampakkan oleh lembaga api misteri terbabit ke dalam  minyak masak yang ada di dapur rumahnya. Melihatkan kejadian itu, minyak masak yang telah bercampur dengan kain sembahyang dan getah pengikat tersebut terpaksa dibuangnya
     makhluk halus itu yang seolah-olah ingin mempermainkannya atau membalas dendam terhadap diri dan keluarganya. Selepas kejadian kain sembahyang dicampakkan makhluk itu ke dalam minyak masak, wang tunai milik Mak sendiri turut dibuang ke dalam minyak masak. Minyak masak itu Mak terpaksa buang sebab telah bercampur-aduk", ujarnya.
   Tidak lama selepas kejadian pelik yang ditimbulkan oleh lembaga makhluk ghaib itu di rumahnya, lembaga terbabit terus membuat hal lagi. Kali ini melibatkan dapur gas miliknya pula. Menurutnya, selepas air yang dijerangnya masak, beliau terus memadamkan api dapur gas tersebut. Air yang telah dimasak itu kemudiannya dimasukkan ke dalam satu bekas, jadi sebiji cerek yang digunakan untuk menjerang air yang berbaki sedikit itu diletakkan kembali di atas tungku dapur gasnya. Dengan tiba-tiba beliau terlihat seperti ada sesuatu bentuk lembaga sedang memetik dapur gasnya dan lantas dapur gasnya itu mengeluarkan api. Selang beberapa minit kemudiannya, beliau terlihat dengan mata dan kepalanya sendiri seperti lembaga tersebut mengambil sebatang lilin yang diletakkan di belakang rumahnya lalu diletakkan berdekatan dapur gasnya itu.
       kejadian seumpama itu memang tidak masuk akal (tidak munasabah) dan kejadian tersebut juga menyebabkan beberapa jirannya menjadi takut kerana dibinbangi boleh membakar keseluruhan rumahnya dan pastinya akan melarat ke rumah-rumah yang berhampiran. Katanya, bukan sahaja agak terkejut dengan kejadian itu malahan beliau sendiri pun tidak menjangkakan kejadian berkenaan akan menimpanya.
      

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan