Rabu, 8 Februari 2017

WAKAF BAHARU - Misteri ganguan makhluk halus rumah baru Mat Yie berdekatan dengan telaga pancung jepun di Kampung Perupok,











                 

    WAKAF BAHARU - , MAKHLUK halus memang tidak mengira siapa, asalkan mangsa itu dalam kelalaian, lemah semangat dan senang diperdayakan, makhluk  itu akan cuba menyakat dan membuat gangguan. Walaupun makhluk ghaib itu tidak menjelmakan dirinya yang sebenar untuk menakutkan mangsa, namun sebuah keluarga di Kampung Perupok, Wakaf Baharu yang disakat beberapa jenis makhluk halus beberapa tahun lalu sehingga hari ini dapat digambarkan supaya manusia yang mendiami di kawasan makhluk halus itu perlu berpindah untuk mengelakkan dari sering diganggu
     Mohd. Johari Muhammad Salleh, 40, atau Mat Yie dari Kampung Perupok, Wakaf Baharu, Kelantan tidak menolak hakikat itu. Beliau yang menetap di kampung berkenaan sejak tahun 1998 pada mulanya tidak pernah mengalami keadaan seumpama itu. Walau bagaimanapun, kejadian berkenaan mula menghantui keluarganya sejak tahun 2005 lalu,Apabila mendirikan rumah baru berdekatan dengan bekas telaga tempat jepun buang kepala kena pancung  keadaannya agak mencemaskan, malah kalau sekiranya bersifat kurang sabar tentunya mereke akan membuat keputusan mudah iaitu berpindah. Namun, bagi Mat Yie walau bagaimanapun yang terjadi dia tidak akan mengalah, sebaliknya dia akan lawan gangguan dari makhluk itu kerana kampung tersebut adalah tempat asalnya.

                                     Inilah telaga pancung Jepun terletak di ladang cili Mat Yie

   Di seberang jalan raya di hadapan rumahnya kini ditumbuhi rumpunan buluh yang turut dijadikan penempatan kelompok makhluk halus yang sering bertenggek di atasnya, di samping gangguan dari arah ladang cilinya dalam jarak beberapa meter dari rumahnya seolah-olah sebagai satu pertalian dan alasan kelompok makhluk halus itu untuk menghuru-harakan keluarganya. Peliknya, beliau sendiri tidak pernah disakat sedemikian rupa kecuali dialami oleh anak-anaknya termasuk isterinya serta ibunya.

Dulu di sini adalah rumpunan buluh kini sudah di tebang  sebab menjadi tempat makhluk halus bertenggek dengan mengeluarkan cahaya api

    Mat Yie mendakwa, kebanyakan kejadian gangguan dan jelmaan makhluk halus termasuk toyol itu adalah pengalaman ibunya, isteri dan anak-anaknya sendiri, namun beliau tidak pernah mengalami disakat oleh makhluk yang mendiami rumahnya kini. Beliau pernah mencabar dan menunggu makhluk berkenaan supaya bertemu dengannya, namun makhluk itu seolah-olah takut kepadanya kerana enggan menjelmakan diri apatah lagi membuat gangguan dengan bunyi-bunyi yang menakutkan ketika beliau berada di rumah.

"Saya pernah cabar makhluk itu supaya menjelmakan diri mereka dan bersemuka dengan saya. Buat apa takut-takutkan ahli keluarga saya kalau dia berani", cetusnya dengan nada geram melihat pengecutnya makhluk halus yang dimaksudkan.

Sementara itu, anaknya yang juga pelajar Tahun Tiga bernama Siti Sarah berusia sembilan tahun, mengalami kejadian gatal-gatal kulit yang amat sangat menyebabkan beliau menangis dengan keadaan yang dialami oleh anaknya itu. Kejadian yang berlaku pada tahun lalu itu memaksanya untuk membawa Siti Sarah ke klinik, namun penyakit gatal tidak juga sembuh-sembuh. Hasil pemeriksaan doktor mendapati anaknya itu tidak mengalami sebarang penyakit kulit. Sebagai alternatif terakhir, terpaksalah beliau mendapatkan khidmat rawatan tradisional kerana merekalah yang arif di sebalik yang berlaku berhubung dengan gangguan berkenaan.
   Selain rumahnya mengusik dan berpuaka, kejadian mengusik dalam ladang cili miliknya turut menakutkan dan menyeramkan bulu roma setiap kali ke situ. Pengalaman isterinya diusik pada pukul 5.00 petang itu oleh suatu suara lembaga yang tidak kelihatan menegur isterinya  masih diingatinya sehingga hari ini. Pada mulanya isterinya menganggap beliau ditegur oleh bapa sepupunya yang dikenali sebagai Pak Su. Mendengar suara seumpama bapa sepupunya itu menyebabkan isterinya berpaling secara tiba-tiba untuk melihat adakah benar pemilik suara itu bapa sepupunya, namun apabila berpaling kelibat pemilik suara itu tiada.
  Selang lebih kurang dua tiga hari, saya minta isteri saya melihat kebun itu. Selepas pulang, dengan tidak semena-mena isteri saya tidak boleh bercakap. Akibat kejadian itu, isteri saya demam selama dua minggu", ujar Mat Yie
      baru-baru ini pengalaman salah seorang wanita agak berusia dari Rantau Panjang juga turut disakat sewaktu masuk ke ladang untuk melihat cilinya itu. Pada mulanya, beliau menganggap wanita yang telah berusia sepertinya tentunya tidak diusik. Namun, setelah pulang ke rumahnya, pada malam yang sama mangsa iatu wanita tua itu tidak dapat bernafas seperti hidungnya disumbat dengan beberapa biji cili menyebabkan hidung mangsa kepanasan. Akibat kejadian itu, wanita berkenaan mendapatkan khidmat bomoh untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya, sehinggakan bomoh berkenaan bertanya kepada mangsa ke mana beliau pergi sebelum itu. Lalu diberitahu oleh mangsa bahawa beliau ke sebuah ladang cili milik Mat Yie di Kampung Perupok, Wakaf  Baharu.
     Beliau percaya kejadian yang pernah menimpa isterinya dan termasuk wanita dari Rantau Panjang itu ada kaitan dengan sebuah perigi yang dikenali 'telaga pancung Jepun' yang terletak bersebelahan dengan ladang cili miliknya sehingga hari ini. Ini kerana, kadang-kadang akan kelihatan kelibat seperti tentera Jepun di hujung ladang cilinya setiap kali selepas Asar di antara jam 5.00 petang sehingga Maghrib dan pengalaman itu pernah dilaluinya sehingga beliau tidak dapat bergerak dan melangkah seolah-olah terkaku dan dipaku oleh makhluk halus yang menjelmakan dirinya seperti tentera Jepun itu.
   


1 ulasan:

  1. Rencana dan foto yang tuan ambil ini (ciplakan, curi) dari rencana saya sebagai penulis asalnya berjudul "Misteri Rumah Mengusik". Rencana ini telah disiarkan dalam majalah RELATIF: SIRI 01 pada 9.12.2011. Sepatutnya, setiap penulis yang berhemah dan mempunyai etika dalam penulisan hendaklah menulis "sumbernya". Dengan ini, saya minta tuan gugurkan dengan segera sebelum saya buat aduan kepada: 1. Blogspot/Google 2. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) 3. Bahagian Hak Cipta, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia 4. Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Penerbitan). - AZMI MOHD. SALLEH.

    BalasPadam