Rabu, 1 Februari 2017
PASIR MAS - Cara buat tembakau darat cara tradisional di Kampung Tepi Sungai Pasir Mas masih tak berubah seperti tahun 1945
AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA
Merokok Membahayakan Kesihatan. Cukai dari rokok membantu membangunkan negara.
Tembakau darat tak kena cukai.
Tembakau darat dan tembakau barat adalah dua perkara yang berbeza.
Tembakau barat datang dari Thailand dan biasanya mengandungi bahan-bahan
yang boleh menambah khayalan apabila merokok. Jika khayalan yang dicari,
tahulah anda tembakau mana yang ada perlu beli.
Tulisan ini tidak menggalakkan yang bukan perokok menjadi perokok tapi cuma
untuk membantu perokok mengurangkan kos merokok walaupun kedua-dua jenis
tembakau boleh membawa penyakit. Oleh kerana merokok membahayakan orang
yang tidak merokok kerana second hand smoke, yang bukan merokok tak kisah
sekiranya yang merokok jatuh sakit.
Sejak harga rokok mleambung naik dengan banyaknya, ramai perokok mengambil
langkah, langkah seperti berikut:
1. Tukar kepada brand yang lebih murah yang mereka tidak akan hisap masa rokok
belum naik harga.
2. Kurang merokok dan beli sebatang bila terasa ingin merokok
3. Berhenti membeli rokok dan tunggu kawan yang ada rokok untuk minta
sebatang.
4. Berhenti merokok (Jarang berlaku tapi ada berlaku)
5. Hisap rokok daun dengan menggunakan tembakau darat.
Mana-mana pun punca tersebut adalah kerana harga rokok naik
Ini adalah sebenarnya satu perkara yang baik. Sebabnya sekarang tembakau
darat dah ada harga kembali dan perusahaan ini hidup semula. tak ada
permintaan masa tu kerana rokok ciggarette murah.
bagaimana tembakau ini di proses. Kampung Tepi Sungai Pasir Mas
Ah Chai dan ibunya membuat tembakau darat.
Untuk pengetahuan kaki rokok disini saya cuba terangkan bagaiman daun daun
tembakau dihiris sehinga di keringkan dan menjadi sesuai untuk dijadikan
tembakau rokok.
Selepas dikutip dari pokok, daun tembakau basah dibuangkan pelepah atau
tulang belakang daun. Caranya adalah seperti gambar dibawah. Cara Ah Chai
sendiri buat adalah dengan menggunakan tali.
Secara bergambar saya tunjukkan bagaimana tembakau dibuat sehingga
disiapkan untuk diguna.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Bgi tips dan cara membuat tembakau jawa...bahan2 dy ap..
BalasPadam