Selasa, 31 Januari 2017

kuantan - Misteri makhluk bayangan puteh di bawah pohon di selekoh maut di kampung Ubai penguna di nasihatkan tidak memandu laju di selekoh ini















KUANTAN -    KAMPUNG UBAI   Penduduk memohon supaya pihak 
berkenaan menambah papan tanda amaran pada selekoh tajam 
di jalan kampung mereka, di sini, yang disifatkan berbahaya kepada
 orang ramai.

Mereka mendakwa, di selekoh itu sering berlaku kemalangan akibat 
kegagalan pemandu mengawal kenderaan mereka.dan ada pemandu
 terlihat lembaga bayangan puteh sedang duduk memarhati kenderaan 
diselekoh di situ

Seorang penduduk, Rosli Omar, 47, berkata, selekoh berkenaan 
memang dikenal sebagai ‘selekoh maut’ atau selekoh berhantu  
kerana beberapa tahun lalu, seorang pemuda maut setelah motosikal
 yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lagi motosikal 
dari arah bertentangan.

“Saya masih ingat kemalangan di selekoh tersebut dan tindakan lebih 
efektif perlu diambil bagi mengelakkan lebih banyak kemalangan berlaku
 terutamanya kepada pengguna dari luar daerah yang tidak mengetahui 
bentuk fizikal jalan di sini.

“Sebagai penduduk, saya berharap pihak berkaitan dapat menyediakan
 amaran kepada orang ramai terutamanya pada waktu malam mengenai 
selekoh bahaya di kawasan ini seperti papan tanda bercahaya,"

Menurutnya, papan tanda amaran itu dapat membantu pengguna jalan 
raya lebih berhati-hati khususnya ketika melalui kawasan itu selain 
mengelak haiwan ternakan yang dibiarkan berkeliaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan