WAKAF BAHARU, JIKA anda diberikan sepotong ayat yang dianggap aneh
dari orang yang tidak dikenali lebih-lebih lagi anda sendiri yang meragui status
sebenar individu berkenaan, anda dinasihatkan untuk merujuknya dari guru-guru
agama yang bertauliah.jin dan syaitan sentiasa menyesatkan umat manusia
ini bukanlah cerita rekaan tetapi pengalaman sebenar yang dialami oleh
Mohd. Kamal Bahrin Ibrahim, 47, dari Kampung Padang Tok Ku, Wakaf Baharu
Mohd. Kamal Bahrin Ibrahim, 47,
Menurut Kamal, kisah tersebut berlaku pada 11 Ogos, 2008 di mana ketika
itu beliau sedang memandu kereta Perodua Kancil miliknya yang dalam perjalanan
dari rumahnya ke Kampung Pohon Tanjung melalui tanah perkuburan Kubur
Ganja Menjadi kelaziman baginya setiap kali melintasi mana-mana tanah perkuburan
beliau akan memberikan salam dan menyedekahkan surah Al-Fatihah.
Sambil memandu melintasi kubur tersebut, tanpa disedarinya seorang tua
yang berserban lagak seperti seorang alim, berpakaian agak lusuh dan bertampung
di sana sini sambil membawa tongkat muncul dari arah kubur itu di mana dari
pemerhatiannya, orang tua itu seolah-olah terapung-apung di udara dan tidak
berpijak ke bumi. Dari gerak hatinya, orang tua aneh itu tentunya agak keletihan
seperti datang dari tempat yang jauh, beliau kemudiannya memberhentikan
kenderaannya lalu parkir berdekatan dengan pagar kubur tersebut.
Ana pernah tengok anta sebelum ini. Anta dari mana?" cetus Mohd. Kamal
berdekatan dengan tempat orang tua itu muncul dari tanah perkuburan itu.
Orang tua aneh itu menjawab ringkas bahawa beliau datang dari Pondok Tok
Selehor iaitu seorang wali Allah tersohor dari Kampung Laut, Tumpat,
Kelantan. Orang tua tersebut turut memperkenalkan diri dengan nama Kamal,
seorang penjaga Masjid Tok Selehor itu.
Orang tua itu memberitahunya bahawa beliau sangat-sangat ingin menemui
Mohd. Kamal sambil makan angin kerana dikatakan Mohd. Kamal telah
menyeru namanya dengan mengucapkan 'selamat sejahtera' terhadapnya.
Keadaan ini menyebabkan Mohd. Kamal kebingungan dengan keadaan
demikian lalu mengemukakan pertanyaan kedua, adakah orang tua aneh
itu dari Pondok Tok Selehor. Ini kerana, setahunya jarak di antara Pondok
Tok Selehor yang terletak di Kampung Laut dengan Kubur Ganja itu
sejauh kira-kira 13 kilometer, masakan orang tua berkenaan dapat berjalan
atau berlari sepantas itu? Itulah yang memeningkan kepalanya.
Mohd. Kamal tidak mengesyakki apa-apa terhadap orang tua aneh yang
tiba-tiba muncul dari tepi Kubur Ganja itu. Hanya yang terlintas di hatinya
berkemungkinan orang tua aneh itu mempunyai status ilmu agak tinggi seperti
ilmu ghaib, hanya Allah jua yang mengetahuinya.
Inilah Kubur Ganja iaitu tempat munculnya orang tua aneh itu.
Sebelum bertemu dengan orang tua aneh itu dua bulan lepas di Masjid
Tok Selehor, saya pernah melakukan zikir kerana menghadapi masalah
peribadi. Selepas berzikir, orang tua aneh itu muncul secara tiba-tiba
lalu memberikan salam kepada saya. Dan ketika itulah orang tua itu
memperkenalkan namanya juga Kamal", ujar Mohd. Kamal
di mana ketika itu beliau sememangnya masih berada seorang diri
di atas Masjid Tok Selehor itu.
beliau segera menghidupkan enjin keretanya lalu bergerak perlahan
meninggalkan orang tua aneh yang masih tercegat di kubur itu.
dalam masa sedang memandu kenderaannya itu, ketika itulah beliau
agak terkejut. Ini kerana, beliau dapat melihat dengan jelas di sebalik
cermin pandang belakang keretanya bahawa sewaktu keretanya bergerak
perlahan beliau melihat orang tua aneh itu melangkah perlahan-lahan
menghala di tengah-tengah jalan batu kerikil yang berdebu lalu ghaib di situ.
Tambah Mohd. Kamal, beliau tidak dapat menjelaskan tentang orang
tua aneh itu sama ada seorang wali atau jelmaan jin apatah lagi kemunculannya
secara pantas dari arah tanah perkuburan itu, sedangkan kata orang tua itu dia
datang dari jauh. Walau bagaimanapun menurutnya, Kubur Ganja memang
sebuah tanah perkuburan yang dianggap bersejarah berikutan terdapat beberapa
orang alim dari golongan tasauf turut dikebumikan di situ
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam